"Awak..saya dapat baby boy",alhamdulillah,tahniah,tapi di ruang paling dalam,di sudut hati aku,hati aku menangis,hati aku menjerit,aku merintih..6 kali aku pregnant hanya satu yang lahir dengan sempurna dari rahim aku,itu pun melalui pembedahan,maka lahirlah Nur Widad,siapa sangka selepas Nur Widad,aku kembali hamil,twin..kembo ko..sapa tak seronok,tapi..cuma mampu bertahan selama 6bulan.Aku keguguram di saat aku tengah beradu,tapi yang gugur cuma satu,yang satu lagi hilang tanpa di kesan,doktor sendiri pelik dengan apa yang berlaku,haish aku waktu tu tak payah cakap la,dah macam orang giler,merayu dekat doktor,carik anak aku,aku nak anak aku!!!aku nak Muhamad Akqil terus berada didalam kandungan aku.aku boleh terima hakikat,aku dah hilang Muhammad Azwar Rayyan,sebab aku tengok dengan mata aku sendiri,janin tu dalam bekas besi doktor,tapi mana akqil??sampai sekarang aku masih lagi dalam kebingungan tentang apa yang jadi,masih tak mampu melupakan,walaupun aku tak melahirkan Muhammad Akqil,sumpah,aku rindu.ada juga kawan kawan cuba "tengok tengokkan" dua tiga tempat,semua cakap,Akqil dipinjamkan di Alam lain,korang rasa,korang boleh terima alasan macam tu?memang tak la kan.Sekarang aku cakap dekat dorang,berenti buat benda merepek macam tu,jangan tambah lagi luka di dada aku!!
Memang aku akui susah untuk aku terima semua ni,rasa dunia tak adil untuk aku,widad pulak asik mengadu,bosan sorang sorang tak de kawan,zakwan ada faizul,yaya ada damia,anak papa pun dah dapat baby baru,pergh..perit weh nak dengar semua tu,menjerit dalam hati jela,kemurungan la sekejap,pantang tengok atau dengar pasal anak kecil,hati aku mesti terusik.asal pegang baby baru mesti ada mutiara keluar dari tepi mata,haru dibuatnya,penyudahnya tengok dari jauh jela.Bukan aku menolak takdir Allah,tapi aku perlukan masa untuk rawat hati aku,untuk terus jadi kuat,untuk redha dan terima hakikat,ada sebab knp ALLAH pinjamkan akqil dan Rayyan dalam rahim aku,walaupun seketika cuma.
Bila orang tanya bila nak tambah anak lagi,aku menjerit dalam hati je,cukup apa yang aku lalui,kalau mampu,satu hari nanti aku amik anak angkat je untuk jadikan adik Nur Widad dan tempat aku menumpang kasih.
|
ada iras Nur Widad kan..mungkin macam ni la rupa Akqil dan Rayyan -sumber Mr.Google |
Diruang paling dalam Ummi tak pernah lupakan anak anak ummi,tidak pernah sama sekali,terbayang dimata di saat aku mula merasakan pergerakkan,walaupun sesekali,tapi itulah kenangan terindah dalam hidup aku,dua pergerakkan dalam satu rahim,terima kasih ya allah,atas peluang yang KAU berikan,moga aku makin kuat dalam menempuh hari hari yang mendatang,dengan soalan soalan bodoh dari manusia yang tak reti nak jaga hati insan lain!
Buat sahabat,tahniah atas permata yang ALLAH amanahkan kepada kamu,pelihara dan bimbinglah ia dengan sebaik baiknya..