Di Legend Cherating Beach Resort Kami Bertemu


"Widad,bangun,dah sampai sayang"
"Urm,sampai mana,Widad ngantuk la Ummi"
"sampai Legend Cherating Beach Resort la"
Sampai hotel ye ummi??boleh mandi kolam ye ummi,yeayyyy,eh mana selipar Widad,eh mana baju renang Widad,ummi"
Perghh sebut hotel terus segar bugar mata tu,bertabah je ummi tengok.


KERANA HARI KELUARGA KAMI BERSUA

Sepanjang 2 tahun,hakak bersama kbba9,ni merupakan kali pertama hakak berkesempatan menyertai hari keluarga kbba9.Seramai 30orang blogger bersama pasangan dan ahli keluarga yang turut serta.seyes,dalam banyak banyak percutian yang penah hakak pegi,ni paling best,sebab apa?sebab penuh dengan aktiviti,kalau pergi sendiri,memang banyak terperuk dalam bilik je,acah2 nak release tension gitu,hahaha.

Sampai je,hakak terus ke lobi,rupanya hakak antara orang yang terawal sampai hehe..so pegi amik kunci,terus ke bilik.Sementara tunggu team kbba9 yang lain sampai,sempat hakak bergolek golek dengan widad kat bilik hehehe.

selpie Sat hehe.

Lebih kurang jam 5petang hakak lepak santai dengan rakan2 kbba9 yang dah sampai.Memandangkan petang tu tak de pape aktiviti,apalagi aktiviti kuang telentang dalam pool la,yang paling happy time ni,anak anak la,sampai tak ingat nak naik huhu.

Kita Minum dulu.




LEGEND CHEARATING BEACH RESORT

Rasanya asal pegi kemaman atau Kuala Terengganu je hakak mesti nampak sign board ni,cuma tak pernah berpeluang untuk jenguk ke dalam,dan menginap kat sini.Dari Tg.Malim nak ke Legend Chearating Beach Resort ni,senang je,hakak pilih jalan potong Batang kali-Genting Highland terus masuk ke LPT,exit Jabor dan terus tuju ke Cherating.Anggaran masa perjalanan tu dalam 3jam je.kalau banyak berhenti,mungkin 4jam.
Walaupun jarak perjalanan kami agak jauh,tapi bila dah jejak je kaki ke bilik,terbang segala kepenatan.Seyes tak tipu,kalau tak caya,meh hakak belanja gambar bilik sikit.

Masuk bilik je,singkap tirai terus nampak kehijauan,tak jauh dari pokok2 boleh nampak pool.

Sofa ni boleh buat extra bed,sayangnya dah balik baru hakak tau function sofa tu.lol

Ada bathtube okeh,malangnya,umpan hakak tak mengena,
Widad mengamuk nak mandi pool jugak.Maka ummi pun berhuhu

Tak dan nak amik gambar,Widad dah lompat atas katil dulu,huhu


Simple tapi menarik,suka tengok tengok lampu ni.Macam nak diy sendiri.hehe


Kalau stay kat sini 2,3 hari,boleh la susun baju dalam ni,senang nak amik.

Tetiba ada princess keluar dari lemari,terkezut ummi.

eh,ada welcome fruit lah..

Hakak berangan nak beli cermin camgini,campak satu kat dalam bilik kat rumah hehe.

Bilik kami dari luar


138 No bilik yang diberi.




RIBUAN TERIMA KASIH

Sebelum menutup bicara,hakak ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Ben Ashari,selaku founder kbba9,kerana sudi menganjurkan hari keluarga kbba9 dan tak keberatan mengundang hakak dan Widad untuk turut serta,buat semua team kbba9 yang terlibat,sudi beramah,berselpie,dan beraktiviti bersama hakak,sayang korang semua.Tak lupa buat En.Meor Amran selaku Director of Sales The Legend Beach Resort Cherating,En.Hafiz tuan punya Hafiz's Cherating Firefly yang membawa kami menerokai keindahan malam melihat kelip kelip dan menyusuri paya bakau Sg.Cherating.(nanti hakak cerita di entri satu lagi yang lebih details tentang aktiviti kami okeh) tak lupa penaja rasmi kbba9 COSMODERM.
Terima kasih semua,maaf atas salah silap tergurau melawak terlebih tanpa sedar dan sengaja.


Share:

11 comments

  1. Family day ni kali kedua kak Ti jumpa Zura kan.. seronok dangat jumpa Zura dgn kawan2 KBBA yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kali kedua kan kak,seronok dpt knl n borak an akak.

      Delete
  2. takper...saya maaf kan heheheh

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kan..ni br bilik yang hakak dok,nnt hakak up gambar suite room ea.

      Delete
  4. Enjoy sangat Family Day kali ni, banyak aktiviti menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..macam2 aktiviti.xsempat nak rasa bosan.

      Delete
  5. Enjoy sangat Family Day kali ni, banyak aktiviti menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang enjoy,walaupun bnyk aktiviti,tak terasa penatnya.

      Delete
  6. Seronok dapat jumpa rakan-rakan blogger kbba9 di The Legend Cherating Resort. Suatu kenangan manis yang pasti menjadi memori terindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan manis yang tak mungkin dilupakan.first time jumpa pak ya kat sini hehe.

      Delete