Nak Bersajak la pulak..Pishangg

Minggu lepas amik widad balik sekolah,cikgu ila hantar sampai dekat ummi cikgu cakap,widad terpilih masuk sajak..muka widad giler excited,tambah cikgu lagi,"Puan kena cari sajak yang sesuai untuk Nur Widad,carik yang pendek pun tak pe.." pishanggg ummi nak uit..ummi awak ni jenis manusia yang takde bakat dalam sastera ni,sebab tu waktu sekolah ummi tak amik sastera..
Nak dijadikan cerita Sabtu lepas balik kampung terdengar azan magrib kat Sinar FM lepas bacaan doa ada dengar suara kanak kanak mengaji ntah macam ne tetiba ada idea untuk sajak widad(aku sendiri tau tau itu sajak ke apa,main petik je,hahaha) lebih kurang cam gini la bunyinya

Allah itu Tuhanku
Nabi Muhammad itu Rasulku
Al quran itu Panduan hidupku
Islam adalah Agamaku
Ummi ku Syurga ku
Baba pembimbing hidupku
Guru kau lah pelita yang menerangi hidupku

Boleh ke mcm tu ye?aku main redah je..sesapa yang selalu buat sajak,tolong bagi idea.Bab2 sastera ni memang ummi fail,sebab tu ummi widad ni tak jiwang,keras je hahaha.

Share:

0 comments