Salam lebaran

Assalammualaikum semua,
macam mana dengan sambutan syawal kali ni?mesti meriahkan.
Dalam menyambut bulan Syawal yang mulia ni,aku rasa yang paling meriah dan gembira anak-anak la,mana tak happy baju raya pun sampai 2,3pasang,belum kasut raya lagi.Tahun ni rezeki my lalink angel murah,mana tak nya,aku beli baju untuk dia je dah 2pasang,ayahnya beli 2pasang,atuk beli 2pasang,ibu fiza buatkan 2pasang,mak aiii 8pasang baju anak dara aku,kalah ummi dia,tu baru baju raya,kasut raya pun nak 2pasang jugak,nak heels okeh,tak nak kalah,adeh.senang cerita,pakaian raya dia je penuh dua beg balik kampung.ummi baju raya 2helai je huhu.
Tahun ni,aku ikut petua Umminani (pasal duit raya)awal-awal aku dah pesan,bila pegi beraya,jangan mintak,jangan buka sampul duit raya depan tuan rumah,terima berapa pun orang bagi,dan ucap rasa syukur alhamdulillah,pergh memang menjadi la...memang tak mintak,tapi tak boleh nak blah bila dia sebut "alhamdulillah,seringgit pun tak pe,yang penting bersyukur" kalau cakap dekat aku tak pe jugak,ni dia cakap waktu pakai kasut keluar dari rumah yang dia pegi beraya,t uan rumah dengan okeh..huhu bertabahlah makcik TT,(kakak merah a.k.a kakak sepupu dia yang cerita dekat ummi).
Tu pasal pegi beraya,ni cerita pasal biskut raya pulak,kebetulan tahun ni aku baraan dengan kawan-kawan sekolah(dekat 10 tahun tak jumpa,lama dah aku tinggalkan sekolah rupanya ye huhu)benda pertama yang dia tengok balang biskut raya,kalau dia tak jumpa,dengan selamba badak je dia tanya dekat tuan rumah a.k.a kawan ai,"untie biskut sarang semut tak de ke?"basah kepala ummi dibuatnya,padahal aku dah buat dua balang,dua hari dia habiskan.alahai anak,kawan aku sengih je.
Lepas tu,pasal duit raya(nak bagi orang)aku dah pesan macam ummi nani ajar,raya ni,kita bagi duit raya dekat orang bukan kita mintak dengan orang,ok faham katanya,so bila ada tetamu yang datang,dengan penuh raya terujanya dia mintak angpau dekat aku,so aku bagi la,yang jadi masalah dekat sini,dia bagi duit raya bukan dekat budak-budak je,tapi mak bapak budak pun dia bagi jugak,ya ampunnnnn,siap cakap lagi "tak pe,acik amik je,ummi cakap bila raya kita kena bagi duit raya dekat orang yang datang rumah kita" okeh pengajarannya dekat sini,explain dengan terang dan jelas tentang sesuatu perkara tu okeh.
Tahun ni banyak mengajar aku tentang erti berkongsi,baik dengan ahli keluarga mahupun orang luar,bukan hanya berkongsi rezeki,tapi juga berkongsi kasih sayang,dan terima kasih Tuhan,atas puteri yang KAU pinjamkan pada aku.walaupun banyak akal,tapi dia la penyeri hidup harian aku.sayang Widad.
Owh hampir terlupa,di kesempatan ini aku dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,aku juga ingin merakamkan jutaan maaf zahir dan batin,andai selama aku berblog ni ada menyakiti hati sesiapa secara sengaja ataupun tidak sengaja,termegah-megah,terlupa diri,berbahasa kasar,tidak menjaga hati,dan segala kekhilafan yang datang dari aku,maafkan aku ye.

Malam Raya baru nak keluar beraya
Anak dara ai dengan kazens
Try baju raya katanya
Baraan dengan kawan-kawan sekolah

Share:

0 comments