IMBAS KEMBALI
Lepas je habis sekolah aku terus tinggalkan kampung,cuba hidup berdikari,macam2 kerja aku buat,kerja dekat pasaraya,dekat kedai makan,ada duit sikit aku sambung belajar,amik kursus tu kursus ni,dari kedai makan tepi jalan aku cuba nasib dalam bidang perhotelan,dari bahagian F&B ,sampai bahagian pentadbiran,dari bahagian pentadbiran aku bertukar bidang ke bahagian kewangan,mewah tak usah cakap la,hari hari pegi shopping,sampai staff dekat mall tu pun kenal aku.tapi semua tu sekejap je,nak tau sebab apa?sebab tak berkat,aku susah hulurkan belanja dekat mak,ingat lagi,dalam purse tak pernah kurang 500-1k,tapi bila jumpa mak,aku cuma hulur 50ringgit,Allah,kejamnya aku yang dulu.
BILA ALLAH BUKA MATA DAN HATI AKU
Sehinggalah Allah tarik sedikit demi sedikit kemewahan aku,aku terduduk,dari account asst. aku jadi penganggur,selalu pinjam duit dengan mak,tanpa berkira,mak hulurkan pada aku,percaya tak...waktu tu aku tak rasa malu pun,aku tak menyesal pun,nak malu apa,aku pakai duit mak aku,bukan duit orang.Sampai lah satu masa tu,mak memang tak de duit,nak makan pun,makan apa yang ada,tapi bila aku balik kampung,mak cuba hidangkan makanan yang sedap2.Tersentak hati aku,selama ni aku tak pernah terfikir,mak makan atau tak...di saat tu la Allah buka mata aku,betapa tak bergunanya aku menjadi seorang anak,hidup cuma tahu menyusahkan mak,bukan menyenangkan dan gembirakan mak aku.Mulai saat itu aku cuba bangkit,dari penganggur aku cari kerja dengan segala kelayakkan dan pengalaman aku,Alhamdulillah aku diterima bekerja sebagai pembantu tadbir walaupun berstatus kontrak,aku menyambil buat perniagaan atas talian,Alhamdulillah Allah buka pintu rezeki untuk aku,cukup sekali aku tersasar,kali ni bila ada duit je aku hulur dekat mak,walaupun tak banyak,tapi Alhamdulillah,mak gembira.
Sekali lagi aku di uji,kontrak ditamatkan,pergh melepek dok rumah,sampai lah aku tolong kawan berniaga di pasar malam,aku nak cuba nasib,aku berniaga,Alhamdulillah,siapa sangka,dengan hanya jual air ditepi jalan,di pasar pasar malam,aku mampu bantu dan memberi lebih banyak dekat mak.Malah lebih banyak dari aku bekerja dengan orang.
IMPIAN AKU
Alhamdulillah biarlah anak mak ni makin hitam berkarat gemuk ke apa,yang penting Allah murahkan rezeki adik untuk berbakti dekat mak,mana tahu satu hari nanti,dengan berniaga air jagung ni,adik mampu bawak mak pergi haji,insyallah doakan adik ye mak.
Sempena hari lahir mak yang ke 40 (ecceh) ni haha,adik doakan mak sentiasa diberi kesihatan oleh Allah,sentiasa dilindungi dan dirahmati.mak doakan rezeki kami(adik,kak yan kak no,kak lela abg usin adik iwan abang sawal) murah,supaya dapat kami berbakti dan membalas segala budi mak membesarkan kami(walaupun aku tahu tak termampu untuk kami membalasnya).
Sekali lagi adik mohon maaf,dua minggu ni kesibukkan melanda,insyallah seminggu lagi kita jumpa,adik belanja mak.kita pergi travel,tinggalkan yang lain,kita pergi berdua,eh bertiga dengan cucu mak yang kepoh ni,lalalalalalalalala..sayang mak.
Ini buat kalian,hargai ibu kita selagi mereka masih lagi bernyawa,sayangi mereka,mereka tak minta dibanjirkan dengan intan permata,cukup kita berjaya,jangan lah kita bebani fikiran mereka dengan masalah kita.beri lah peluang ibu berehat setelah penat lelah dia membesarkan kita,Tanpa ibu dan ayah,kita tak lahir pun ke dunia ni.Aku pernah alpa,aku harap semua itu tak berulang kembali,aku ingin berbakti sebelum aku mahupun ibu dijemput Ilahi,doakan kami.
Selamat hari lahir mak.
Wrote by hanie azura