Chaiyok!!!

Al kisah malam tadi,dah berapa lama widad request nak main belon gergasi,tapi ummi malas nak layan,sesak,semak rimas pun ada,ntah macamana malam tadi rajin plak ummi dia bawak pegi ekspo yang dekat dengan bengkel senang boleh naik skuter je,lagipun kat situ tak ramai orang.so nak dijadikan cerita belon gergasi kat situ ada yang kering,ada yang basah,dah pesan awal awal dengan widad,jangan request main kat wetbaloon,dengan gaya menurut perintah bertabik bagai,perjanjian dah dibuat,maka ummi pun beli la tiket untuk masuk,murah je rm10 main sampai lebam,boleh main wet or drybaloon,tapi kalau dah basah jangan la main kat tempat kering,kang tak pasal2 orang lain pun basah,sejam yang pertama,elok je dia main kat drybaloon,tapi pas tu dia turun,request nak main kat wetbaloon plak,caitt janji dicapati betul la..nasib baik datang naik motor,kalau tak memang ummi soh balik jalan kaki je(tergamak ke nak buat macam tu huhu)
So memula main tu,widad naik cycle an acah acah mandi kat pool,pas tu dia tergoda plak nak main kat gelongsor sebelah tu,eem layankan,tapi masalahnya dekat setengah jam dia cuba naik,asik terluncur ke bawah je,tempat basah so licin la..tapi ummi tak putus asa terus bagi semangat(kesian la plak,orang lain naik elok je)banyak kali dia cuba dah nak sampai puncak,sikit je lagi,lagi,sikit lagi widad boleh,pusss ke bawah terus tak berjaya juga,macam2 cara dah dia buat,pun tak boleh..ummi suruh dia rehat kat bawah kejap,nanti cuba lagi,ada la 5minit dia dok diam,"ok ummi,widad cuba lagi ya""ok ummi widad boleh,widad cuba sampai boleh tau,ummi nak rakam ni""ok ummi".Dengan sedaya upaya dia cuba naik,ummi pun merakam dengan penuh debar,akhirnya...puss ke kecundang jugak,tiba tiba ada la sorang budak perempuan ni,pegi kat widad,ntah apa dorang berbisik ntah,pas berbisik tu widad pegi kat aku "ummi kat belakang tu ada tangga la,boleh naik atas" lah..ternganga sekejap..kelakar pun ada kesian pun ada,tanpa berlengah widad pun keluar dari pool,berjalan ke belakang,nak naik tangga,yeay akhirnyaaaaa dapat jugak widad naik gelongsor tu,siap berehat bersantai santai lagi dengan kawan yang baru dia kenal tadi.
Sebenarnya bukan salah aku,tapi tempat tu agak gelap,so tak nampak la tangga di sebalik belon yang besar gabak tu,dan satu lagi,xde budak budak lain pun yang naik pakai tangga,semua naik ikut gelongsor,so mana la aku tau ada tangga kan,pihak supa dupa pun takde mention atau tulis ada tangga di belakang..huhu.
Mula mula naik,dengan penuh semangat
naik belah sana tak boleh,cuba belah sini pulak
dah separuh putus asa ni,ummi bagi semangat.Widad boleh,cuba lagi.
Cubaan untuk yang sekian kalinya.
Walaupun asik jatuh je,senyuman tetap terukir,luv u my doter,muahh
Penat asik jatuh kedebust je,tukar main cycle kejap.
Rupa-rupanya ada tangga kat sebalik pool tu,maap la my lalink angel,ummi tak perasan huhu
Nasib baik ada anak yang baik hati ni,kalau tidak sampai kesudah ummi tak tau ada tangga heee
Yeayyyyy akhhirnya berjaya jugak ..sangat beguna tangga yang tersembunyi tu.huuu
Dok terperuk kat atas tu,ingat ummi tak nampak ke?Siap bersantai lagi dekat atas tu,dok ayun ayun kaki lagi..
Muka puashati lepas penat mencuba dan akhirnya berjaya
Punya penat,soh amik gambar pun buat tak layan,geram betul!


Pape pun yang penting anak ummi enjoy,mau tak enjoy,dari pukul 10 malam sampai dah dekat pukul 12tengahmalam baru nak balik,ummi pun dah berkematu dok tengok dia main,masa nak balik tu widad sempat cakap "terima kasih ummi bawak widad main hari ni,widad sayang ummi" ummi pun sayang widad jugak,kalau widad tak nakal rajin belajar,lain kali ummi bawak lagi,apalagi tersenyum sampai ke telinga la dia.
balik tu dengan happynya widad berdiri dekat depan sambil menyanyi nyanyi lagu rasa sayang hei.alahai anak,kau lah teman gaduh kaulah teman ummi menumpang kasih dan sayang.

Share:

0 comments