Logo KBBA

Anak angkat ke?

Nur Widad Cahaya Kasih Sayang nama diberi,ayah dia yang pilih,lahir secara caesar,dilahirkan pada 1ramadhan pada 10 ogos 2010.
Satu2nya anak yang aku ada,dia lah si dara dia lah si teruna,memekak membebel,memomen,melasak semua dia hentam,kadang2 manja kadang2 mengada ada..tapi dia ni jugak teman ku bergaduh teman yang sapukan airmata saat aku sedih.
Suara dia menangis je boleh dengar satu taman,kalau tengok cerita,kemain lagi dia punya feeling,kalau dia tengok cerita semut kena pijak dia pulak yang menangis,huhu.dulu pernah la aku kalih cerita sedih semata mata tak nak bagi dia tengok,kalau dia tengok kompom teriak punya,tapi kalau dapat layan cerita hindustan,dia pun menari dari ruang tamu sampai ke dapur..haha alahai lah anak.
Tapi ada satu benda yang selalu membuatkan aku kecik hati,kalau bawak dia shopping ke,travel ke,ramai yang tanya anak angkat ke?cait,penat aku mengandungkan dia,siap kena belah perut,sedap2 je orang cakap anak angkat,sabo jela.takde rupa aku langsung ke?
Sepanjang dia membesar ni banyak betul benda yang aku belajar,belajar menjadi seorang manusia,belajar menjadi matang,tapi yang paling susah adalah bersabar,sabar bila gk dia buat perangai,bila datang time mengada ada dia,time memberontak dia..tapi kadang2 takboleh gak nak tahan sabar,dapat la rotan kat tapak kaki sekali dua das(garang kan ummi dia)
Kalau pasal pelajaran plak,widad ada masalah pada membaca,setakat suku kata tu boleh lagi,tapi bila disambung atau nak buat ayat,memang susah sangat pada dia,pernah sekali dia menangis pegang tangan aku sambil merayu "ummi widad minta maaf sangat,widad tak boleh,widad tak pandai kawin kan huruf huruf tu,widad mintak ampun,widad dah cuba,tapi widad tak tahu,widad tak paham,tak tahu ada apa dalam kepala widad ni,kenapa widad ni bodoh sangat,widad tak boleh pandai ke ummi(tersentap sekejap bila dengar dia cakap macam tu,ummi dah dok tahan air mata je)ummi jangan la rotan lagi,widad memang tak pandai" nak taknak aku tukar subjek lain,aku bukak buku math,buat kira kira,seyes,tak payah tunjuk,bila dia nampak simbol +,- laju je dia buat,tahun depan dah masuk sekolah rendah,so kompom la ada sedikit kegusaran dalam hati aku.sesapa yang pernah alami masalah macam aku,atau ada tips untuk anak belajar,tolong share dengan aku boleh,buat masa ni,aku dah ajar dia guna buku read easy dengan bacalah anak ku,tapi dia tetap tak boleh membaca lagi.
Ok kalau bab makan plak,sejak kebelakangan ni,selera makan dia menakutkan aku,huhu kalah orang dewasa,dapat plak kalau aku masak lauk yang dia suka,memang berulang la dia makan.
Kalau bab sukan plak,dia sangat sangat suka berlari,pantang kalau aku cakap 'ummi nak jogging petang ni'dia kuarkan kasut dia dulu.

Percaya tak,bila ada anak ni apa pun yang korang buat,apa pun keputusan yang korang nak buat,korang mesti fikir pasal anak dulu,kadang2 terpaksa berkorban perasaan,jiwa dan raga semata2 nak tengok hidup dia bahgia dan sempurna.ok la panjang dah aku membebel..kat bawah ni ada la sikit gambar budak buchuk budak itam budak gemokz kesayangan ummi dunia dan akhirat,doa ummi,jadi anak yang solehah,yang menjaga hati adap dan agama.Ummi sayang NUR WIDAD 


Dengan Ayam pun jadi di buat kawan

Ini uncle la kan,geram betul aku dibuatnya,lain aku soh dia buat lain plak dia buat,siap cakap lagi ni la comey,bila aku tegur,kita plak dimarahnya,siap pintal2 lidah lagi..huhu

waktu mega gathering club kereta di muar johor

Pakai skirt pendek pas tu bergaya dengan tudung mak lang,haish la anak

Bakat terpendam,memang anak pomen betul la huhu

"yeay..i like it's"

Pegi memana pun mesti orang tanya,anak angkat ke?hellloooo anak ai okeh!

Widad dengan abg sepupu,anak kakak aku.dari umur 4tahun sampai sekarang masih bersekolah di tadika PASTI

memori,terpaksa tinggalkan dia 10 hari sebab ada kursus yang tak dapat di elakkan,demam plak tu..

Hanya dirimu yang ku cinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku




Share:

2 comments

  1. Buah hati pengarang jantung.. ^-^

    ReplyDelete
  2. Kan,buah hati hempudu urat usus semua ada,haha

    ReplyDelete