Anak perempuan Allahyarham,Husna Yusof telah mengemaskini status di akuan facebooknya
“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah,” tulisnya.
Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.
"Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.
"Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.
"Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi," katanya
Takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarham,semoga mereka tabah dan redha diatas pemergian insan yang disenangi dan disayangi ramai ini.


SEDIKIT SEBANYAK TENTANG Mr.OS 

Sepanjang aku membesar aku sering dihidangkan dengan lakonan lakonan lucu dan sedih dari Allahyarham,seperti Awang Spana,Kembar Siam,Filem OK(orang kampung otak kimia) dan ada satu filem,lakonan Mustapha Kamal(sebagai Abang) Mr.Os sebagai adik yang menghidapi autisme kalau tak salah aku tajuk cerita tu ADIK.Asal tengok cerita tu,kompom aku menangis.

Mula terjebak dalam dunia seni selepas Mr.os menghantar sepucuk surat kepada RTM untuk menyertai bidang lakonan setelah Mr.os menonton rancangan Drama Minggu Ini dan merasakan lawak mereka tidak menjadi,Mr.os juga marah dengan pelakon-pelakon yang terlibat & juga di cabar oleh kedua orang tuanya menghadiri ujibakat sekiranya Mr.os yakin mampu menandingi pelakon tersebut.

Mula berlakon pada tahun 1987 menerusi filem Balik Kampung

Satu satunya filem seram yang pernah Mr.os lakonkan adalah Bisikan Arwah

Mr.Os pernah menjuarai MaharajaLawak Mega pada tahun 2014(bergandingan dengan Abun).Walaupun telah dinobatkan sebagai juara Mr.Os masih lagi merendah diri,dan tetap memandu teksi seperti biasa.



Mr.Os jugak pernah membintangi filem hollywood yang bertajuk  Beyond Rengoon dan Fifty Fifty
Mempunyai homestay di kuala kangsar untuk maklumat lanjut,boleh click DISINI