Logo KBBA

Kari kapitan baba nyonya

Tak tahu la,dua tiga menjak ni,rajin plak aku masak,kalau mak tau anak pompuan bongsu dia ni rajin masak,mau ternganga mulut mak sekejap,hahaha.
Hidangan yang aku buat hari ni,selalu aku buat time raya,(sebab aku tak suka makanan yang ada kerisik)resepi ni aku dapat dari majalah mingguan wanita 7tahun yang lalu,sekarang ni,majalah tu pun dah hilang ntah ke mana.so sekarang ni,aku buat sukatan,ikut suka aku hehe..
Jom aku share resepi,bukan apa,aku takut,bila dah jarang masak,aku sendiri pun boleh lupa dengan resepi ni.
Bahan bahannya
Seekor ayam(potong 18)
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah keras
Kunyit hidup
Serbuk kari
Kiub knows(terpulang nak letak atau tidak)
Daun limau purut
Daun kunyit
Kentang
Cili boh
Santan
Cara2nya
Kisar semua bahan diatas kecuali ayam
Tumiskan sehingga naik bau,masukkan cili boh,agak agak cili tu dah masak,masukkan serbuk kari,kacau hingga sebati dan naik bau,masukkan ayam(boleh dimasak mentah atau digoreng terlebih dahulu)bila ayam dah masak dengan cantiknya,masukkan secawan santan,tunggu mengelegak,masukkan kentang yang telah digoreng tadi ke dalam kuali,kacau dalam 3minit,matikan api,dah matikan api,baru masukkan garam secukup rasa.angkat dan hidang
P/s potong daun kunyit halus,taburkan diatas kari kapitan tadi,dah siap.


bahan-bahannya
bahan untuk dikisar


Setelah siap dikisar,jangan terlampau halus,dan jngan terlampau kasar

masukkan bahan kisar ke dalam kuali,tunggu hingga naik bau,masukkan secawan cili boh(ikut kesesuaian anda)
kacau sehingga sebati
Masukkan semangkuk kecil kari ayam babas


Masukkan ayam


gaul sehingga sebati,biarkan ayam tu empuk
ayam dah masak,masukkan secawan santan pekat,tambah air jika perlu.tunggu masak dan boleh dihidang.

P/s potong daun kunyit halus,taburkan diatas kari kapitan tadi,dah siap.
Kari kapitan baba nyonya ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi impit ataupun lemang,makan dengan nasi putih pun sodap hehe,boleh kongsikan dengan saya sekiranya anda mencuba resepi ini..selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Share:

0 comments