Cerita Hari ini ~Datiing Sat~



Mencuri Waktu Buat Puteri Hati
Sejak dua tiga menjak,aku sibuk sikit,pagi petang meniaga,kadang kadang kesian dekat Nur Widad,seakan terabai...maafkan ummi ya sayang,ummi keluar cari rezeki..
kebetulan hari ni aku tak masuk mana-mana pasal,so lepak rumah je,memang aku plan nak layan anak dara pengarang hati jantung limpa aku ni hee,so hari ni dia mintak nak makan kfc,ummi pun dah lama tak masuk kfc,apalagi start kereta,terus pegi kfc sg.besar.

Jemput Makan

Ke Hospital Pulak ...
Lepas makan Widad ajak pegi hospital(dari malam tadi dia ajak sebenarnya),Widad dengan Hospital berpisah tiada kata orang,kalau minggu lepas sakit telinga,minggu ni kena ulser pulak dalam mulut,nasib tak seteruk yang hari tu,lepas doktor buat pemeriksaan,terus ambil ubat.Siap ada nurse tanya lagi,"memang anak puan ke?""ye anak saya,kenapa?macam anak angkat ye?penat saya lahirkan dia hehe""Maaf Puan"sabo jela..
Main Basikal...
Balik dari hospital,mandi tetau dia capai basikal je,"ummi jom main basikal,nak tengok mbok" huhuhu bertabah la zura..bukan selalu kan...makanya ku keluarkan juga basikal yang dah lama terperuk tu malasnya nak mengayuh.Kalau dekat pekan orang suka naik basikal pusing pusing taman kan,paling tidak pun stadium,tapi aku dengan Widad lebih suka pusing jalan kampung sambil tengok lembu katanya,memandangkan jam dah demam pukul 6.30 petang,so pemandangan memang lagi cantik aman damai la...ni yang aku suka duduk Sg.Besar ni,tak sesak,penuh suasana kampung lagi,yang paling best pemandangan dia..tak percaya?jom layan gambar kat bawah,

















Buat korang yang duduk bandar tu,sesekali balik kampung,tak salah rasannya beriadah dengan anak macam ni,

Lepas je balik meronda,aku paksa dia mandi,lepas makan malam dan solat,tengah aku sibuk sibuk kemas barang jam baru pukul 8.30 malam dia dah nak terlena,tu pun aku pujuk dia bertahan,lepas isyak baru tidur...penat sangat la tu.Okla...ni pun dah lewat sangat,esok nak meniaga,insyallah andai ada kelapangan nanti,aku update entri baru.nunite all.

Share:

0 comments