Logo KBBA

~AIR JAGUNG KLEBANG~



"air jagung,air jagung,air jagung,sekali rasa pasti datang lagi,jagung ori,pekat likat melekat" 
Tu la rutin aku hampir sebulan ni,macam tak percaya je,manusia pemalu lagi penyegan sopan santun lemah lembut macam aku ni(mohon jangan muntah ye,hahaha)akan menjerit di tengah² pasar malam,tapi tu la hakikatnya.

PASAR MALAM

aku sendiri tak percaya,walaupun aku memang suka pegi pasar malam,tapi tak pernah terlintas pun di dalam kepala aku,untuk berniaga di pasar pasar,kalau orang kampung kat sini,dorang tak panggil pasar,tapi pekan sehari.Semua bermula bila aku selalu temankan seorang kawan aku berniaga air jagung di pasar malam.Aku tengok macam best pula,sambutan pun menggalakkan,dan yang membuatkan aku makin teruja nak berniaga ni sebab aku memang peminat air jagung,dan air jagung yang kawan aku jual ni memang lain dari yang lain.




AIR JAGUNG KLEBANG

Korang pernah dengar air jagung klebang?kalau pernah dengar,yang pernah dengar tu,pernah cuba beli dan minum tak?yang pernah minum je tahu keenakkannya macam mana,kalau hantu air jagung macam aku ni,'confirm' tak cukup satu cawan, rasa jagung asli,pekat,siap ada jagung kisar lagi,yang lebih menariknya,air jagung ni langsung tak menggunakan gula.Memang 'best giler',aku puji ni,bukan sebab aku jual tau,tapi disebabkan rasa dia yang kaw ni la aku tergerak hati nak berniaga air ni dekat Sungai Besar.Sebab aku nak berkongsi keenakkan Air Jagung Klebang ni dengan orang sekitar tempat tinggal aku.

BERMULANYA DI SINI

Seminggu juga aku fikir lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai,mula² aku cadang nak berniaga berdekatan Politeknik Sabak Bernam,tapi lepas puas berfikir,kos minyak,itu ini,akhirnya aku buat keputusan untuk berniaga di kawasan Sungai Besar je...tapi tapak tak dapat lagi,fikir pasal tapak je aku jadi kemurungan sekejap(tahap stress melampau betul aku ni kan,hahaha)Akhirnya ada sorang kakak ni,kebetulan dia tolong ayah angkatnya berniaga durian dekat tepi jalan,dia dengan ayah angkatnya yang cadangkan dekat aku,untuk berniaga bersebelah dengan tempat dorang jual durian.Nampak macam jalan penyelesaian buat aku,tapi,ada satu lagi masalah aku ni,aku memang tak boleh hidu bau durian ni,dari kecik bawa ke besau gajah ni,kalau ter bau aroma durian ni,confirm mual nak muntah.Tapi tak pe la,aku kena cuba,kalau tak cuba,tak tahu kan.
Akhirnya hari yang di tunggu pun tiba,tepat jam 11.00 pagi,berbekal kan meja bulat lipat tu,khemah bersaiz 10x10 dan sebalang bekas jual air tu,aku pun memulakan perniagaan kedua aku(Selepas Widad AutoSport) lokasi bersebelahan uncle jual Durian tepi jalan Taman Ehsan Sungai Besar.Alhamdulillah,dapat sambutan,malah ada yang datang balik,habis jugak sebalang air Jagung Klebang yang aku jual.Tapi yang tak bestnya,sepanjang aku berniaga,tekak aku mual,mengalahkan orang mengandung,huhu,minyak cap kapak jadi teman setia aku,perghh ni baru sehari,kalau sebulan,ntah macamana gayanya,lepas bincang dengan ayah angkat kakak tu,akhirnya kami dapat kata putus,aku jarakkan gerai air jagung aku dari kedai Uncle,tak jauh pun,dalam 200meter macam tu.dan sampai la ke hari ni,tu la tapak gerai yang aku daftarkan dekat Majlis Daerah Sabak Bernam,tu pun lepas seminggu berniaga,baru aku tahu kena mohon tapak dekat Majlis Daerah.


JADI BUAH MULUT ORANG RAMAI.
Seminggu lepas aku berniaga di Taman Ehsan,aku mohon tapak di Majlis Daerah,seram pun ada,macam nak bersalin pulak perasaan aku waktu tu, T----T.Mana tidaknya,bantainya Majlis Daerah tak luluskan,mana aku nak berniaga,macam² bermain dalam kotak fikiran aku.Lulus ke tak ni,risaunya.Bila sampai giliran aku ke kaunter aku pun tunjuk la borang yang aku isi tu,Cik Adik yang manis lagi comel tu pun baca.
"berniaga apa kak?"
"Air Jagung je dik"
"Air Jagung?dekat mana"
Dalam hati..ish adik ni,kan aku dah tulis kat borang tu,baca la...nak kena babab ni lolz
"Taman Ehsan dik,tepi jalan je"
"Ni Air Jagung Klebang tu ke kak?"
"Aah,mana adik tau?"
"Kecoh dah pasal airJagung akk ni"
La kecoh pasal apa pulak ni,aku ada buat salah ke apa ke?dup dap dup dap dah jantung ni...
"Kenapa dik,ada yang mengadu ke?akak ada buat salah ke?"
"Eh bukan la kak,dorang cakap air jagung ni,sedap,akak tak bawak ke?"
"Tak bawak dik,tak bancuh pun lagi,takut lesen tak lulus heee"
"Ala...kenapa tak bawak,saya nak beli,boleh jual dengan kami,saya nak rasa"
Ya ampun dik agak² la,kau nak suruh akak meniaga dekat sini?mampus kena halau dengan pak guard pulak karang..(cakap dalam hati je)
"Tak pe,lain kali kalau akak datang lagi akak bawak ye,kami nak beli"
"Ye dik insyallah,lesen akak tu macamana?lulus tak?"
"Owh pasal tapak akak tu susah sikit nak cakap,sebab tepi jalan kan,takut ganggu lalu lintas..."
Kalau tadi hati aku kembang semangkuk sebab adik ni tau dan puji air jagung yang aku jual tu,tapi sekarang ni,aku rasa jantung aku macam kena siat² pulak,nak menangis pun ada...
"Akak tunggu sekejap ye,saya tanya bos dulu"
Tak lama lepas tu...
"Kak,akak bawak borang ni pegi kaunter depan ye"
"Kenapa dik?tak lulus ye?"
"Tak la,akak kena buat bayaran untuk tapak akak ni,bos saya bagi."
Ya Allah,rasa nak menjerit dibuatnya..giler suspen betul.Maka hari tu aku pun berniaga dengan lapang dada,takde la aku risau kalau kena halau dengan MDSB.

FEEDBACK 

Alhamdulillah sepanjang aku berniaga Air Jagung Klebang ni,rata² pelanggan aku datang balik,kadang² belum bukak payung,dah ada yang tunggu.Pelanggan aku bukan hanya orang melayu,cina dan india pun ada,ramai yang air Jagung ni sedap,ada adik sekolah rendah (chinese) tak berapa pandai cakap melayu,paksa mak dia berenti,beli air Jagung,tiba² dia menjerit,terkejut giler aku dibuatnya,dah kenapa budak ni,mak dia translate dekat aku,anak dia suka Air Jagung Klebang aku,pas tu budak tu cakap dengan aku "ini air banyak bagus" "hah?bagus?" Mak dia betulkan "dia mau cakap sedap,dia tak berapa pandai cakap melayu..."haha macam²  ragam.

MULA MASUK PASAR MALAM

Dari tepi jalan aku mencuba nasib masuk ke pasar malam,agak mengecewakan jugak,sebab aku cuma mampu jual tak sampai 15cup air(mungkin disebabkan lokasi aku kurang menarik,aku duduk dekat tapak paling hujung)
Tapi aku cuba kuatkan semangat,mungkin dah tertulis,rezeki aku cuma 30ringgit je hari tu.Bak kata orang lama,tu la adat resam orang meniaga,yang penting sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah beri,lagi satu,sedekah jangan lupa.Insyallah,makin murah rezeki kita.

IKLAN SEKEJAP

Alang alang dah menulis ni,aku nak beriklan sekejap,heee..selain berniaga di tepi jalan dan pasar-pasar malam,aku juga menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk mereka yang ingin merasai sendiri Air Jagung Klebang Sg.Besar tetapi ada masalah dengan transport atau kepadatan masa bekerja,kami akan hantar terus ke depan pintu rumah mahupun pejabat anda,minimun order 3cups keatas dengan harga RM3.00/cups,bukan tu je untuk kami di AIR JAGUNG KLEBANG juga ada menawarkan pakej untuk majlis-majlis dan kenduri kendara bukan hanya dikawasan Sungai Besar sahaja,malah di serata Malaysia, so sesiapa yang ada hajat nak menamatkan zaman bujang atau menyambut kehadiran orang baru,tunggu apalagi,tempahlah sekarang.



CARA TEMPAHAN

Korang boleh hubungi atau lawat page kami di
 
WhatsApp : 017 3270733(hanie)
No Telefon : 012 3684673 (hanie)

Eh dah lewat ni,Maaf hakak membebel panjang,penat korang nak baca kan hehe..insyallah banyak lagi yang aku nak kongsikan,dan bermacam cerita dan ragam yang aku jumpa,la ni nak setting barang niaga,sesiapa yang berkesempatan moh la terjah page hakak di fb.Bertemu lagi kita di lain entri.

Share:

2 comments

  1. salam akak.

    nak tnya mcm mn nak dapatkan pati Air Jagung Klebang zari Amuk ni?

    sebab pena rasa, mmg sngt sedap. Nak cari supaya ble buat sndiri bila teringin. hehe


    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,boleh pm saya terus,no 012-3684873.

      Delete