The Jungle Book,Berbaloi ke ?

"Ini hukum rimba
Seusia dan setelus langit
Serigala Yang mematuhi ia akan makmur
Tapi yang tidak mematuhi ia akan mati"

Semalam buat kali kedua aku layan cerita the jungle book,first aku,waktu balik dari event Zalora hari tu,kali ni aku pegi dengan widad,buat pertama kalinya widad boleh dok diam dan layan cerita ni sampai habis,tapi ummi dy tersengguk2,penat balik dari melaka tak hilang lagi kot..
cerita ni ok la,tak la membosankan sangat,jalan cerita sama macam book story the junle book,cuma yang ni versi manusia bukan animasi.sepanjang cerita ni dimainkan aku nampak muka widad teruja,tersentak,terkejut,sedih ketawa semua ada,memang.
Dan satu lagi yang membuatkan aku suka tengok cerita ni sebab muka mowgli kat dalam movie ni ada iras macam muka widad hahahaha.


Ada iras sikit kan,hahaha.

Posing dulu hehe,

Oyeah..jom layan katunnnn
perghhh memang layan,rasa macam nak masuk je dalam screen tu.

Tanpa sedar,menitik plak airmata ni..



Aku syorkan pada ibu bapa yang anak korang suka tengok discovery channel,moh layan cerita ni,memamg tak rugi,tapi cerita ni akan lebih menarik kalau dibuat dalam 3D.Pape pun aku layan cerita ni,walau pun penat dan tersengguk sengguk,dan yang paling penting widad sangat sangat enjoy tengok cerita ni,hasilnya dari keluar panggung wayang sampai la ke rumah mulut dia asik dok cerita pasal mowgli,Raksha,Baloo,Bagheera dan yang paling dia benci Sheere Khan.Kalau nak tau kenapa widad benci dengan Sheere Khan,korang wajib tengok the jungle book ni.

Kalau korang tanya berbaloi ke,jujur aku cakap,sapa peminat the jungle book,atau ibu bapa yang ada anak yang cintakan haiwan,korang takkan rasa menyesal bila menonton cerita ni,Ummi Widad bagi 5 bintang.

Share:

0 comments