Buasir - Jangan Ambil mudah

Sakitnya,azab betul rasanya,nak duduk tak boleh nak berdiri pun sakit mencangkung lagi la...nak pitam rasanya,tak boleh jadi ni,nak tak nak kena pegi hospital gak ni,start kereta,terus tuju Hospital Ampuan Jemaah Sabak Bernam,tak pasal kena sorong masuk dalam.
Hasilnya...kena cucuk sedas,dekat dua jam terbaring dekat kecemasan tu,dan ni ntah kali yang keberapa pun aku tak ingat,semua ni berpunca sakit BUASIR huhu.

BUASIR TU APA??

Buasir atau Hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.(Sumber Mr.Google)

Buasir ni ada dua jenis tau,Buasir luar dan Buasir dalam

Buasri Dalam : kita tak kan perasan yang kita sakit buasir sebab ni dia tak sakit,dan tak nampak,sebab dia duduk dekat bahagian dalam rektum,kita cuma akan tahu bila kita membuang air besar,darah akan menitik,kalau lelaki mungkin pelik,mana taknya tetiba pulak peyod kan,hoho.Kaum adam anda jangan risau itu bukan darah period dan anda tidak mungkin akan mengandung (eh apa kena mengena la pulak,wakaka)

Buasir Luar : ini la yang aku kena,Rasa macam daging lebih dekat bahagian luar dubur,memula ketulan tu kecik je,tapi boleh membesar sebesar ibu jari,punca rasa pedih,gatal dan sakit,tambah lagi waktu dan selepas buang air besar.

PENYEBAB BUASIR

Suka makan makanan pedas
Mencangkung dalam toilet lama-lama (carik ilham katanya,baca komik)
Meneran (Sembelit)
Suka Angkat benda berat (selalu buat cam gini)
Batuk teruk dan berpanjangan
Berat berlebihan
Mengandung
Bersalin
Homoseksual (erkkk seram ai)

kebanyakkan kat atas tu penah dan selalu aku buat,KECUALI yang Homoseksual,di laknat weh.


TANDA-TANDA BUASIR

Rasa gatal-gatal dibahagian dubur,rasa macam ada cacing.
Berdenyut-denyut terutama sekali sebelum dan selepas buang air besar
Buang air besar berdarah (bukan peyod okeh)
Terasa bengkak di bahagian dubur

Korang perlu ke Hospital dengan kadar segera sekiranya :

Dubur tiba-tiba menanah,dan boleh dijangkiti bakteria,dah menanah macam tu,dubur korang boleh luka.Tolong jangan pandang ringan sebab,kanser di bahagian dubur pun ciri-cirinya seperti buasir,contoh sembelit,pendarahan,dan kesakitan di dubur tau.Buasir juga boleh menyebabkan ketumbuhan.take noted okeh(aku yang takut sebenarnya)

CEGAH DARI AWAL

Sakit buasir tu tak seronok tau tak,so sebelum melekatnya ketulan daging tu dibahagian dubur,tolong baca ni (sumber wikipedia KECUALI yang No 1)

1.Kurangkan tabiat makan makanan pedas yang terlampau,punca utama aku kena buasir,cili padi aku suka buat ulam,dan sekarang padan muka aku huhu

2.Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

3.Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

4.Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan. Jadikan sebagai satu peraturan:

5.Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik.

6.Pastikan najis anda sentiasa lembut. Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

CARA RAWATAN

Ini cara aku,aku tak suka pakai peluru macam Farmasi Hospitsl selalu bagi tu,aku selalu amik ubat dekat farmasi luar,Ubat peluru jugak,tapi kecik dan Lembut sikit,antara ubat yang selalu aku pakai

Neohealer

Neohealer ni ada dua jenis,dua dua aku pernah pakai,ada jenis krim untuk sapu dan peluru,sumbat masuk dalam,nak tau macam mana rupa ubat tu,meh tengok gambar dekat bawah.

Ni jenis sapu.

Ubat untuk masuk,masukkan ke dubur ya.
Di sebabkan aku dah tembak getah dekat dalam pun,masih kurang perubahannyaan,doktor syorkan aku pakai Daflon,2 pagi,2 petang,2 malam.tapi masalah aku ni,bila sakit baru nak carik ubat,degil bak kata mak aku,huhu.Tapi ubat ni memang kuat dalam masa sejam sakit aku akan kurang.

Perhatian buat ibu-ibu yang mengandung ataupun menyusukan anak,anda dilarang keras menggunakan ubat ni okeh,bukan aku memandai mandai,tapi doktor pakar Hemoroid sendiri yang pesan kat aku.owh nak tau macam mana rupa ubat tu?jom tengok gambar dekat bawah :

Jangan makan ikut suka,dapatkan nasihat dari doktor dulu.

Ini doktor panggil ikat.ni pun aku dah buat,tapi buasir ni tetap aktif dan tumbuh yang baru.

Akhir sekali,kalau masih tak de tanda-tanda kurang rasa sakit tu,ke Hospital la jawabnya,maka akan di cucuk la punggung anda..sakit weh,so korang tolong lah jaga makan,jangan jadi macam aku,degil.
Semalam doktor dah cakap,kalau aku makin teruk doktor akan potong(operation) tak mo tak mo..
sekiranya korang ada petua petua lama atau tempat berubat tradisional,mohon bagitahu aku ye,seboleh bolehnya aku tak nak kena bedah,cukup la sekali aku di bedah waktu lahirkan Nur Widad,tak nak dah kena bedah,azab,tambah lagi dekat bahagian tu,fuh tak dapat aku bayangkan.
eh,terpanjang pulak aku membebel,semua diatas tu adalah dasar pengalaman aku,bukan dengar dari mulut orang,bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat.ok dah lewat ni,kita bertemu di lain entri,insyallah.selamat malam semua.

Share:

18 comments

  1. Replies
    1. terima kasih nur.harap sgt tak makin teruk

      Delete
  2. Uihhh bahayaaa jugak buasir ni, za suka cari ilham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jgn lebih sangat carik ilham tu,bahaya,zura dl suka baca komik dlm toilet.huhu

      Delete
  3. ada 1 klinik dkt penang dia blh kluarkan bg bnda tu jatuh sndri xperlu bt pembedahan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya dapatkan nama klinik tu tak?kalau tak salah saya,yang tu doktor ikat,n ada ubat makan,nanti daging tu akan gugur sendiri,kalau yang tu saya dah buat,tapi tumbuh daging baru pulak huhu

      Delete
  4. AnonymousMay 26, 2018

    Salam. Boleh sy tahu skrg buasir sis dh mcm mana? Dh ok ke? Sis dptkan rawatan bagaimana? Sy pun kena buasir jgk ada lebihan kulit d*bur terkeluar ckit lpstu kalo sembelit mesti habis la berdarah n sakit 3 4 hari. Kena konsisten jaga makan n minum air byk. Sy penat dgn semua ni sbb kdg2 terkurang juga minum air dah dtg balik sembelit n buasir. Sis buat mcm mana skrg ye? Dh ok ke? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,Buasir ni walaupun dah buat operation,tapi kalau tak jaga makan,buasir boleh jadi balik,macam hanie memang elak untuk di bedah,huhu...so sampai sekarang ada lagi,cuma makan ubat la.

      Macam yang sis cakap di atas,sakit sis baru diperingkat awal.seeloknya jaga makan,elakkan yang pedas,banyakkan minum air dan makan buah.kalau ubat makan saya cadangkan sis jumpa doc dlu,tapi untuk sapu,sis boleh cuba krim yang macam saya cakap di atas.Moga sis sihat kembali.

      Delete
  5. Mcm mana keadaan hani skrg? Suami saya baru kena ikat di buasir.hari2 menderita sakit.buntu saya.apa yg saya perlu buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanie dah reply di email ye sis.moga suami sis cepat sembuh

      Delete
  6. Mcm mana keadaan hani skrg? Suami saya baru kena ikat di buasir. Hari2 mengerang sakit. Buntu saya. Ada apa2 tips yg bole saya buat? Tolong hani😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kak,hanie lewat reply.terima kasih sudi email hanie.

      Delete
  7. Tq sis utk entry ni.. Sy tengah mengalami ni.. Buasir yg kt dalam.. Sakitnya.. Dh mkn ubat pun mcm berkurang sket je.. So perlukah sy pi beli ubt yg sis guna ni eh? Sbb yg sy dpt tu ubt makan.. Yg peluru ni takde plak dpt, krim pun takde.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis dah jumpa doc?doc cakap apa?

      Delete
  8. salam...sis, boleh ws saya...skrg sye mngalami buasir...agk kritikal bg saye...pls ws sye ye...
    0129765630

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  9. Adui takut nya nk pergi hosp.. Ad masalh yg sama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan macam tu,kena pegi jumpa doc dl,tgk doc cakap apa,dan kalau boleh,cuba tanya doc,ubat apa yang doc boleh suggest sebagai tahan sakit.

      Delete