tiba2 kita bahagia,tiba2 kita rs kita dapat semula smua yg milik kita,kdg2 kita rasa aman bila org yg huru hara kan hidup kita dah lenyap dari muka bumi ini.
tapi dalam tak sedar,sebenarnya...allah datang kan rasa itu uji kita,bersihkah hati kita,ikhlaskah atau redha kah kita?
kata2 ini,untuk diri aku sndiri jugak.
moga kita dijauhkan dari rasa riak,bongkak dan takbur.amin.
Kuatkan aku ya allah,kuatkan hati aku.
aku ingin rasa apa itu redha,moga dengan rasa redha itu,aku mampu tenang,dan moga dengan redha itu,aku mampu lepaskan rasa sakit selama 10tahun didalam hati aku ini.
Bab kata doktor,sikit je la azura,awk boleh,awk kuat,sikit je lagi,aku akan rasa ketenangan tu.
t.kasih doktor suraya,t.kasih jebeng,t.kasih anis.
terima kasih buat semua yg sentiasa bagi semangat dan kata2 supaya aku lebih kuat.
terima kasih semua
Alhamdulillah,dalam tak sedar hari ni masuk 12Ramadhan.
Syukur alhamdulillah juga,allah masih beri peluang dan kesempatan untuk kita menjalani ibadah puasa.
Namun dalam gembira berpuasa dan menunggu Syawal yang bakal tiba,pastinya kita akan rindukan insan yang telah tiada,begitu juga dengan hanie,tahun ni merupakan tahun ke9 hanie beraya tanpa ayah disisi.Tak tahu kenapa,tapi hari ni rasa rinduuuu yang amat sangat dekat abah.Macam baru semalam abah ada dengan kami.Belum sempat hanie tabur bakti,abah tinggalkan kami.
Moga Allah tempatkan abah disamping insan² yang beriman.Moga puasa kali ini hanie mampu berbakti dan hadiahkan sesuatu buat emak dikampung.Dan moga Ramadhan kali ini,memberi sinar baru buat kita semua.Aminnn
Lama betul aku tak menulis,bukan tak nak,tapi aku buntu,aku sendiri tak tahu apa yang hendak aku karangkan.Hati aku kosong,sekosong kertas A4.
Seingat aku,dari zaman sekolah lagi aku suka menulis,aku rajin hantar cerpen dan puisi ke segala bagai majalah yang ada kat dalam malaysia ni.ada yang disiarkan,ada yang tidak.Malah aku pernah memenangi sejumlah wang untuk sebuah cerpen yang bertajuk IBU.
Tapi tu dulu,sekarang aku hilang,jiwa aku hilang,hati aku kelam.Aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku,sedangkan banyak info yang hendak aku kongsikan.
Doakan aku temui kekuatan untuk terus menulis,aku nak sangat siapkan entri aku tentang paranoid,depression,dan bahayanya kemurungan.Aku rasa hampir 3bulan,entri tu masih terperap di dalam draf.
Lunch hari ni,bukan saja saja nak diet,tapi doktor paksa.Sebelum penyakit lain datang menerjah,maka aku kena la bertindak,hujung bulan ni doktor nak aku turun 3 atau 4 kilo.Mampu ke?,buat sementara ni memang aku terpaksa tolak permintaan kawan² nak belanja makan. 😫😫.Tapi kalau nak belanja tengok wayang aku on je hahaha.
Tengok la kejadiannya akhir bulan ni macam mana.Doakan la aku kuat ye. 😘
Bila kau seorang wanita yang bersaiz comel,salah satu masalah yang selalu kau hadapi : memilih pakaian!
Aku salah seorang wanita yang dulunya bersaiz M tapi sekarang bertukar saiz kepada Xl dan xxl.Haru betulkan,tapi tu tak mematikan aku untuk memilih pakaian yang sesuai dan kalau boleh menampakkan aku sedikit kecil,bersaiz besar bukan bermakna kau tak boleh bergaya,betul tak?
Disebabkan,aku duduk kawasan luar bandar,butik untuk orang yang bersaiz besar ni memang susah la nak jumpa.Jadi aku memilih untuk membeli di atas talian.
Hati aku terpaut dekat satu fashion store ni.
Bukan hanya disebabkan baju yang cantik dan bersaiz besar,tapi servis yang diberikan memang terbaik.
Zucca butik
Ni la fashion store yang aku maksudkan tu.Menariknya kat zucca ni,semua baju yang dijual khas untuk wanita yang bersaiz macam aku.Yang membuatkan aku jatuh hati dengan butik ni,designnya cantik dan terkini.yang penting harganya sangat² berbaloi.semua ready stok tau.Tak payah la nak tunggu lama lama,bank in hari ni,esk terus di pos kepada kita.
Unboxing zucca butik
first-time tau aku buat video cam gini hehe.Maaf sangat sebab video ni agak gelap.aku akan cuba perbaiki lagi okeh.
Pilihan Hati
Aku pilih tiga helai baju,1 t-shirt dan 2 blouse.
Dah lama sebenarnya aku nak carik baju "meow" ni,tapi susah sesangat nak crik saiz aku.Nasib baik kat zucca ada,terus aku grab.
Baju kedua pulak,bercorak sulam ditangan kosong dibadan .Aku pilih ni sebab aku rasa baju ni boleh dipakai dengan jeans dan skirt.
Baju ketiga ni,Mr.S yang pilihkan,dia yang nak sangat aku pakai baju ni,so aku amik jela.Biar labuh sikit katanya.Baik biy.
Tips
Sedikit tips dalam pembelian pakaian online dari aku,terutama untuk korang yang bersaiz 3g ni,tips ni juga akan menampakkan kita ni kecil sedikit.
3. jika mencari baju yang borcorak garisan,pilih garisan menjalur.garisan melintang akan menampakkan badan kita lebih berisi.
5. Pilih kain yang lembut dan ringan(boleh pm tanya jenis kain pada dealer)
6. Elakkan membeli baju yang terlalu longgar,kerana ia akan menampakkan kita lebih berisi dan rendah.
7. Elakkan memilih baju yang terlalu kecil,Agak jelek bila wanita bersaiz besar memakai baju terlalu sendat hingga menampakkan lemak-lemak tepu.
Website Zucca
Buat korang yang tengah mencari baju tu,bolehlah singgah ke website zucca,atau boleh lihat di Instagram dan Faceebook Zucca.Kat bawah ni aku sediakan link untuk memudahkan korang.
Selamat membeli belah.