Buasir - Jangan Ambil mudah
Sakitnya,azab betul rasanya,nak duduk tak boleh nak berdiri pun sakit mencangkung lagi la...nak pitam rasanya,tak boleh jadi ni,nak tak nak kena pegi hospital gak ni,start kereta,terus tuju Hospital Ampuan Jemaah Sabak Bernam,tak pasal kena sorong masuk dalam.
Hasilnya...kena cucuk sedas,dekat dua jam terbaring dekat kecemasan tu,dan ni ntah kali yang keberapa pun aku tak ingat,semua ni berpunca sakit BUASIR huhu.
BUASIR TU APA??
Buasir atau Hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.(Sumber Mr.Google)
Buasir ni ada dua jenis tau,Buasir luar dan Buasir dalam
Buasri Dalam : kita tak kan perasan yang kita sakit buasir sebab ni dia tak sakit,dan tak nampak,sebab dia duduk dekat bahagian dalam rektum,kita cuma akan tahu bila kita membuang air besar,darah akan menitik,kalau lelaki mungkin pelik,mana taknya tetiba pulak peyod kan,hoho.Kaum adam anda jangan risau itu bukan darah period dan anda tidak mungkin akan mengandung (eh apa kena mengena la pulak,wakaka)
Buasir Luar : ini la yang aku kena,Rasa macam daging lebih dekat bahagian luar dubur,memula ketulan tu kecik je,tapi boleh membesar sebesar ibu jari,punca rasa pedih,gatal dan sakit,tambah lagi waktu dan selepas buang air besar.
PENYEBAB BUASIR
Suka makan makanan pedas
Mencangkung dalam toilet lama-lama (carik ilham katanya,baca komik)
Meneran (Sembelit)
Suka Angkat benda berat (selalu buat cam gini)
Batuk teruk dan berpanjangan
Berat berlebihan
Mengandung
Bersalin
Homoseksual (erkkk seram ai)
kebanyakkan kat atas tu penah dan selalu aku buat,KECUALI yang Homoseksual,di laknat weh.
TANDA-TANDA BUASIR
Rasa gatal-gatal dibahagian dubur,rasa macam ada cacing.
Berdenyut-denyut terutama sekali sebelum dan selepas buang air besar
Buang air besar berdarah (bukan peyod okeh)
Terasa bengkak di bahagian dubur
Korang perlu ke Hospital dengan kadar segera sekiranya :
Dubur tiba-tiba menanah,dan boleh dijangkiti bakteria,dah menanah macam tu,dubur korang boleh luka.Tolong jangan pandang ringan sebab,kanser di bahagian dubur pun ciri-cirinya seperti buasir,contoh sembelit,pendarahan,dan kesakitan di dubur tau.Buasir juga boleh menyebabkan ketumbuhan.take noted okeh(aku yang takut sebenarnya)
CEGAH DARI AWAL
Sakit buasir tu tak seronok tau tak,so sebelum melekatnya ketulan daging tu dibahagian dubur,tolong baca ni (sumber wikipedia KECUALI yang No 1)
1.Kurangkan tabiat makan makanan pedas yang terlampau,punca utama aku kena buasir,cili padi aku suka buat ulam,dan sekarang padan muka aku huhu
2.Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
3.Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
4.Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan:
5.Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik.
6.Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
CARA RAWATAN
Ini cara aku,aku tak suka pakai peluru macam Farmasi Hospitsl selalu bagi tu,aku selalu amik ubat dekat farmasi luar,Ubat peluru jugak,tapi kecik dan Lembut sikit,antara ubat yang selalu aku pakai
Neohealer
Neohealer ni ada dua jenis,dua dua aku pernah pakai,ada jenis krim untuk sapu dan peluru,sumbat masuk dalam,nak tau macam mana rupa ubat tu,meh tengok gambar dekat bawah.
![]() |
Ni jenis sapu. |
![]() |
Ubat untuk masuk,masukkan ke dubur ya. |
Perhatian buat ibu-ibu yang mengandung ataupun menyusukan anak,anda dilarang keras menggunakan ubat ni okeh,bukan aku memandai mandai,tapi doktor pakar Hemoroid sendiri yang pesan kat aku.owh nak tau macam mana rupa ubat tu?jom tengok gambar dekat bawah :
Jangan makan ikut suka,dapatkan nasihat dari doktor dulu. |
![]() |
Ini doktor panggil ikat.ni pun aku dah buat,tapi buasir ni tetap aktif dan tumbuh yang baru. |
Akhir sekali,kalau masih tak de tanda-tanda kurang rasa sakit tu,ke Hospital la jawabnya,maka akan di cucuk la punggung anda..sakit weh,so korang tolong lah jaga makan,jangan jadi macam aku,degil.
Semalam doktor dah cakap,kalau aku makin teruk doktor akan potong(operation) tak mo tak mo..
sekiranya korang ada petua petua lama atau tempat berubat tradisional,mohon bagitahu aku ye,seboleh bolehnya aku tak nak kena bedah,cukup la sekali aku di bedah waktu lahirkan Nur Widad,tak nak dah kena bedah,azab,tambah lagi dekat bahagian tu,fuh tak dapat aku bayangkan.
eh,terpanjang pulak aku membebel,semua diatas tu adalah dasar pengalaman aku,bukan dengar dari mulut orang,bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat.ok dah lewat ni,kita bertemu di lain entri,insyallah.selamat malam semua.
Update
Buat semua,aku tips untuk hilangkan keradangan,harap tips tu mampu melegakan kesakitan yang sedang kalian alami.
- boleh klik link dibawah ye :
Petua redakan radang Buasir
69 comments
Syafakillah zura .
ReplyDeleteterima kasih nur.harap sgt tak makin teruk
DeleteUihhh bahayaaa jugak buasir ni, za suka cari ilham..
ReplyDeletedah jgn lebih sangat carik ilham tu,bahaya,zura dl suka baca komik dlm toilet.huhu
Deleteada 1 klinik dkt penang dia blh kluarkan bg bnda tu jatuh sndri xperlu bt pembedahan pun.
ReplyDeleteboleh saya dapatkan nama klinik tu tak?kalau tak salah saya,yang tu doktor ikat,n ada ubat makan,nanti daging tu akan gugur sendiri,kalau yang tu saya dah buat,tapi tumbuh daging baru pulak huhu
DeleteSalam. Boleh sy tahu skrg buasir sis dh mcm mana? Dh ok ke? Sis dptkan rawatan bagaimana? Sy pun kena buasir jgk ada lebihan kulit d*bur terkeluar ckit lpstu kalo sembelit mesti habis la berdarah n sakit 3 4 hari. Kena konsisten jaga makan n minum air byk. Sy penat dgn semua ni sbb kdg2 terkurang juga minum air dah dtg balik sembelit n buasir. Sis buat mcm mana skrg ye? Dh ok ke? T_T
ReplyDeletewsalam,Buasir ni walaupun dah buat operation,tapi kalau tak jaga makan,buasir boleh jadi balik,macam hanie memang elak untuk di bedah,huhu...so sampai sekarang ada lagi,cuma makan ubat la.
DeleteMacam yang sis cakap di atas,sakit sis baru diperingkat awal.seeloknya jaga makan,elakkan yang pedas,banyakkan minum air dan makan buah.kalau ubat makan saya cadangkan sis jumpa doc dlu,tapi untuk sapu,sis boleh cuba krim yang macam saya cakap di atas.Moga sis sihat kembali.
Mcm mana keadaan hani skrg? Suami saya baru kena ikat di buasir.hari2 menderita sakit.buntu saya.apa yg saya perlu buat?
ReplyDeleteHanie dah reply di email ye sis.moga suami sis cepat sembuh
DeleteMcm mana keadaan hani skrg? Suami saya baru kena ikat di buasir. Hari2 mengerang sakit. Buntu saya. Ada apa2 tips yg bole saya buat? Tolong haniðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteMaaf kak,hanie lewat reply.terima kasih sudi email hanie.
DeleteTq sis utk entry ni.. Sy tengah mengalami ni.. Buasir yg kt dalam.. Sakitnya.. Dh mkn ubat pun mcm berkurang sket je.. So perlukah sy pi beli ubt yg sis guna ni eh? Sbb yg sy dpt tu ubt makan.. Yg peluru ni takde plak dpt, krim pun takde.. ��
ReplyDeletesis dah jumpa doc?doc cakap apa?
Deletesalam...sis, boleh ws saya...skrg sye mngalami buasir...agk kritikal bg saye...pls ws sye ye...
ReplyDelete0129765630
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteAdui takut nya nk pergi hosp.. Ad masalh yg sama ni..
ReplyDeleteJangan macam tu,kena pegi jumpa doc dl,tgk doc cakap apa,dan kalau boleh,cuba tanya doc,ubat apa yang doc boleh suggest sebagai tahan sakit.
DeleteAssalamualaikum sis. Saya pernah mengalami buasir dalam sebelum ni. Tapi sekarang sedang derita buasir luar. Baru2 ni saya ada ikat buasir tu tapi masih sakit masa membuang.bila tengok di cermin nampak ada isi macam anal fissure. hari2 saya makan buah Dan minum air kosong saja.dah p hospital tp doktor suruh operate. Sakit xtertanggung...xtau nk bt mcamana dah... ðŸ˜ðŸ˜Tolong
ReplyDeletesis,hanie dah up entri baru untuk petua kurangkan keradangan,harap sis boleh cuba,dan membantu sis
Deletesalam hani boleh sy dapat kan email hani ? nak tanya pendapat..
ReplyDeleteellysyahanie@gmail.com
Deleteatau sis boleh pm di fb hanie
Azura Sapiai
Kalau yang baru kena...g hospital atau makan ubat farmasi?
ReplyDeletebaru kena peringkat yang bagaimana?kalau terkeluar sikit tapi tak sakit terlalu teruk,hanie suggest beli ubat sapu tu.untuk legakan kegatalan dibahagian tu sekali.
DeleteBole wasap sy 0132779244 cmne nak rawat buasir ?
ReplyDeleteSaya ada up entri baru tips untuk keradangan.
DeleteMaaf mencelah..sy pun sedang menderita sakit ni..sy smp menangis dlm bilik air ketika membuang..sakit nye ya Allah..tknk operate sume..so mcm2 la ubat sy mkn..pun beli cream bio ever yg mahal la sgt rs asalkan sembuh.tp elok nye kejap ja..pastu sakit balik ms membuang..kadang tk berak keras pun..tp tktau knp ia sakitðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteFaham,dulu selalu mengalami.mungkin entri terbaru saya tentang tips hilangkan keradangan mampu membantu.
DeleteSaya pun dah cuba mcm2 ubat klinik/farmasi.ubat tradisional mcm pil/kapsul buasir pun dh 2 jenis cuba.pergi klinik doktor cuma ckp jaga pemakanan dan exercise.Ada tak ubat yang boleh mengecutkan buasir tu smula?skrg pakai ubat sapu je.
ReplyDeleteCuba pakai NewRox,sy Ada jual di shopee,sis blh Cari di widad collection ye.pada sy mnyk tu sangat2 membantu saya
DeleteMoga Kita diberikan kesihatan yg baik..sembuh dari penyakit ini, imahpun baru je 3hari lepas buat rawatan banding yg ke-2, tapi bila membuang tetap kluar ktulan bengkak tu tak ada pun getah yg mengikat bengkak tu huhu..skrg tiap2 Hari mkn lactusole utk lembutkn najis smntra ni..
ReplyDeleteYup,ikat pun belum tetap selesai masalah,kadang2 yg dh operat pun kena balik,maybe Tak jaga pemakanan Dan sebagainya
Deletemacam mana tolak masuk pakai tangan tu? doktor suruh try time mandi tapi sakit sangat la nak pegang pun ðŸ˜
ReplyDeletePakai vaseline sis.. Jgn tolak masa tangan kering. Mmg sakit.. Sy pun derita masalah sama.
DeleteDari Vaseline saya suggest kan pakai essential oil NewRox. sebab Vaseline Tak blh mengecutkan
DeleteIkat buasir sakit tak
ReplyDeleteSakit sikit,tapi memang akan rasa taak selesa
DeleteIkat buasir sakit tak
ReplyDeleteIkat buasir sakit tak
ReplyDeletesya pun baru ja terken...nie dh msok 3 hari..tp berak tak klua drh...berak ok ja..tp kat bahagian dubur tu kembang db ada macm drh beku...sa tak tau itu buasir ka atau bisul...
ReplyDeleteSebaiknya bawak jumpa doctor dulu untuk pengesahan
Deletesypun ada busair, sebelum ini saya guna maajun busair Kelantan, mmg bagus tapi lama menunggu penghantarannya,boleh akak email kat sy ubat yg akak gunakan kucingdebab89@gmail.com
ReplyDeleteSy ada buasir luar sejak melahirkan anak pertama 6tahun lalu skg buasir makin besar selepas anak ke2 dan yg paling teruknya luka di permukaan buasir akibat keradangan dr bulan mac lg sampai skg tak sembuh2 dah mcm2 ubat mkn,cream,ubat peluru,antibiotik,losyen kuning segala ubatla luka tak sembuh2 juga sampai takut nak makan sbb takut nak buang air besar. Bg sy kalau buasir ni xde luka n bole masukkan balik ok jer xla mengganggu sangat tapi kalau ada luka 2 yg buat kita xselesa n trauma nak membuang air besar sbb luka buasir bila tekena air bole begegar lutut jugala.
ReplyDeleteSis,Cuba amalkan minum air rendaman kurma,sambil2 tu sis boleh Cuba essential oil NewRox,if nak try boleh pm hanie,hanie Ada stok lagi.
DeleteRawatan tabib cina di daerah kerian parit buntar perak.. memang sgt2 berkesan boleh google hari ni mkn ubat ins sya allah buang air besar tak brdarah lg dan bengkak beransur surut.. sekadar perkongsian.
ReplyDeleteBoleh dapatkan alamat Tak?sebab sy pernah pergi yg di teluk intan,tapi bayarannya saya Tak mampu,1.2k.pitam huhu
DeleteRawatan tabib cina di daerah kerian parit buntar perak.. memang sgt2 berkesan boleh google, hari ni mkn ubat ins sya allah buang air besar tak brdarah lg dan bengkak beransur surut.. sekadar perkongsian.
ReplyDeleteHaney..nak Tanya..klu buat pembedahan buang buasir.apa kesan buruk / baik yg dapat ..Ada dgr kata..bila buat pembedahan buang buasir akan menyebabkan hilang kawalan kentut Dan buang air besar..
ReplyDeleteHi...saya Tak pasti sebab saya Tak pernah buat operation lg,to apa yg hanie pasti,if Tak jaga pemakanan Dan berat badan,buasir tetap boleh jadi lg.
DeleteSy kenai buasir dh lama ambil ubat hospital...ttp tk sembuh...lepas tu jumpa pakar..nk ikat buasir...buasir keluar darah masa nk menbuang kekadang banyak..kekadang sedikit...apa yg sy harus buat...ubat mcm ubat tk jugak sembuh.....
ReplyDeleteSy kenai buasir dh lama ambil ubat hospital...ttp tk sembuh...lepas tu jumpa pakar..nk ikat buasir...buasir keluar darah masa nk menbuang kekadang banyak..kekadang sedikit...apa yg sy harus buat...ubat mcm ubat tk jugak sembuh.....
ReplyDeleteMinum minyak zaitun dengan makan buah tin
ReplyDeleteSaya pun pengidap buasir. Tahun lepas dah pergi buang cara laser dekat kl. Ok la tapi lepas setahun jadi balik sebab memang sembelit, dan dekat dubur pun dah ada lebihan kulit sikit. Sebab takut sakit buasir makan teruk, saya beli buah tin kering, makan 2 hari. Hari kedua makan, baru berak. Masa ni biji2 buah tin yang halus dan keras tu dah berkumpul jd besar sangat. Saya berak sakit gila. Lepas tu buasir saya makin teruk. Sekarang tengh bula posa, dok terbaring ja kat rumah. Amik ubat dekat klinik saja. Lepas yg semeblit teruk tu, muncul bonjol dekat sebelah lubang dubur dan sakit sangat. Belum pergi hospital lagi untuk check. Tengah sedih sangat skrg ni. Nadib baik skrg MCO jadi x perlu kerka hari2.
DeleteMinum air rendaman kurma sis.insyallah Tak sembelit
DeleteHrga ubat tu sapu tu berapa akak? .
ReplyDeleteDalam rm18
DeleteDulu ad buasir satu da terkluar dan dah mati daging tu..sekarang tumbuh lagi satu adehh sakitnye lahai..rasa tak selesa nak kentut pun sakit..ya Allah .
ReplyDeleteAssalam.. sy pun terkena blk buasir slpas ngandung anak prtama dlu.. pnh kena wktu bujang2 dlu tp bole masukkn blk klu trkeluar. Tp lpas bsalin n dua anak dh skang, kena blk, bila kita sbelit.
ReplyDeleteBaru2 ni kena lagi.. beli ubat hemosol kt farmasi. Ubat cream. Cuma nya ubat ni mmg dh kecut bgkak luar tu, alhamdulillah x sakit dah, tp lpas dh baik dia nye gatal nak bergaru je rasa kt dubur tu. Ubat puan yg jenis cream ke? Gatal2 x slpas dah baik tu? Lpas bsalin anak 1 ada appointmnt dgn doc utk buasir sy. Tapi sbb lama nau nunggu nya dlm pantang plak lgi trus blk. X jmpa2 dh doc psl buasir ni. Cuma bli ubat farmasi je.
Cuba minum minyak zaitun, 2 sudu sebelum tidur dan waktu pagi 2 sudu. Sapu manjakani dkt tmpt y kene buasir. insyaAllah makin baik. Yang penting minum air banyak.
ReplyDeleteYup mnyk zaitun pun baik utk kesihatan,tapi kena tahu mnyk zaitun Ada 2,satu utk masakan Dan satu lg utk salad.so mnm yg utk salad tu.
DeleteAssalam...kak nak cerita..kak kena buasir bulan 12 2019 disebabkan batuk yg lama hampir 3 bulan..kak seorang guru di utara semenanjung..sakit buasir ni hanya Allah ja yg tau sakitnya..duduk salah..berdiri salah..nk tidur x boleh..seksanya hidup..dah jumpa pakar..mcm2 ubat lm fb kak beli tapi x baik2..daflon lagi la dah berapa kotak makan..x jadi juga..akhir sekali berkat doa kak makan satu produk yg memang bagus..buasir kak dah baik...alhamdulillah..
ReplyDeleteproduk apa yer kak?
DeleteApa ubatny sis..bole bgtau x...bole wsap sy x? 0138729710
DeleteApa ubatny sis..bole bgtau x...bole wsap sy x? 0138729710
DeleteApa ubatny sis?
Deleteboleh tahu product apa sis?
DeleteProduk apa tu sis
Deleteikat buasir tu sis buat dekat mana di sabak bernam?
ReplyDeleteSaya buat di hospital serdang
Delete