Logo KBBA

*Nu Skin Ekspo*


Assalammualaikum semua

Lama dah rasanya tak update entri dalam blog ni,bersawang berkarat dah rasanya,huhu.Ni semua gara Mr lappy yang masuk wad tak sihat-sihat lagi.


Opss ok stop meraban sekejap,aku ada something nak kongsikan tentang ekspo yang aku,cik za,yuyin dan bonde hadiri pada 13.ogos yang lalu,bertempat di bangunan PNB Kuala Lumpur,Ekspo Nu Skin 15years.


*Perjalanan ke PNB*

Disebabkan aku tak berapa pandai jalan di sekitar ibukota,maka kami berempat telah membuat kata sepakat untuk bertemu di kl sentral,naik public transort lebih mudah dari nak meredah jam,kereta hakak dah la manual,boleh cramp kaki dibuatnya.


Dari Kl sentral kami menaiki LRT,turun ke ampang park,dan hanya berjalan kaki ke Bangunan PNB(dekat je).Sampai di perkarangan ekspo kami disambut mesra oleh Shu yi (PR).Shu yi la yang banyak membantu dan menerangkan tentang Nu Skin pada kami.


*Nu Skin*

Korang mesti tertanya-tanyakan,apa Nu Skin tu,okeh meh sini aku share sikit apa yang aku tahu tentang Nu Skin ni(hasil penerang Shu Yi jugak sebenarnya hee)
Aku di fahamkan Jenama Nu Skin telah lama bertapak di Malaysia hampir 15tahun,lama kan...


Nu Skin ni merupakan produk anti penuaan kulit,bukan sekadar penjagaan kulit,tetapi lebih kepada merawat.So sesiapa yang kulitnya macam hakak,yang telah menampakkan garis-garis kedut,kusam dan lain-lain,korang boleh la lawat website Nu Skin ni,bermacam macam jenis produk yang ada,ubat gigi lipstik,minuman kesihatan pun ada tau.

*Layan gambar dulu*
Asik membebel je kan,sory...okeh jom aku tebarkan gambar2 yang sempat kami rakamkan sepanjang kami di ekspo tempoh hari.




*Terima kasih*

Jutaan terima kasih aku ucapan pada Shu yi selaku pr pada hari tersebut,terima kasih kerana sudi menjemput kami ke ekspo nu skin,dan melayan kerenah kami sepanjang hari,terima kasih pada sahabat blogger aku yang sudi melayan kegilaan aku sepanjang waktu kita bersama,moga korang tak serik keluar dengan aku.



insyallah kita bertemu di lain hari,di lain waktu.assalammualaikum.
#muahciked

Share:

0 comments