Serik sudah.

Al kisah berbuka petang tadi,puteri kesayangan ambe sibuk nak berbuka nak makan steamboat(mengalahkn orang yang berpuasa pulak)memandangkan jam dah pukul 7.00 petang,nk taknak aku pegi la salah sebuah restoran grill & steamboat yang baru bukak dekat sungai besar ni,n ak pegi steamboat mak engku jauh sangat pulak,dia caj harga untuk satu kepala RM24.90 untuk dewasa,dan RM13.90 untuk kanak-kanak,ok la tu..so aku pun buat tempahan,sebab nak balik sekejap,nak mandi(jarak dari rumah ke restoran tu tak sampai 2minit pun)
Kitarang sampai restoran tu betul-betul waktu azan maghrib,aku ambil air minum dulu,dah buka,baru la bangun nak ambil makanan pulak,owh banyak yang dah habis,aku cakap dengan salah seorang staff,nasi putih dah habis,dia boleh cakap,kalau dah habis,habis la,makan la nasi goreng,hah terkezut aku dengar jawapan dia,kata buffet kot,takkan tak refill??what the fish??ok la malas nak bising,aku ambil la nasi goreng yang dia cakap tu,dan makan,apakah???rasa nak mengamuk,my big boss cakap bia la,tak payah makan,nanti makan lagi dekat tempat lain,ok la.nak dijadikan,cerita nur widad nak ais krim,so aku pun pegi la temankan dia ambil,eh mana scoop ais krim?tanya dekat bos dia,scoop ais krim dekat mana ya?dengan selamba badaknya bos dia cakap,takde,kena pakai sudu,arghhh apakah??!!Harga buffet boleh tahan,scoop ais krim pun tak boleh beli ke,aku dah malas nak cakap banyak,makan lebih kurang,lepas tu terus bayar dan blah,serik dah nak makan dekat sini,baik aku makan dekat kedai tepi jalan.dah tentu puashati.dan di sebabkan benda ni,aku di landa kelaparan sekarang ni.benci betul la.macam mana melayu nak maju,kalau meniaga macam ni?lepas ni kalau nak makan steamboat aku rela pegi kedai mak engku,walaupun jauh sikit yang penting layanan dan makanan dia ok.
Ni scoop ais krim,harga 5ringgit pun boleh dapat.

Share:

2 comments