Logo KBBA

Buasir - Jangan Ambil mudah

Sakitnya,azab betul rasanya,nak duduk tak boleh nak berdiri pun sakit mencangkung lagi la...nak pitam rasanya,tak boleh jadi ni,nak tak nak kena pegi hospital gak ni,start kereta,terus tuju Hospital Ampuan Jemaah Sabak Bernam,tak pasal kena sorong masuk dalam.
Hasilnya...kena cucuk sedas,dekat dua jam terbaring dekat kecemasan tu,dan ni ntah kali yang keberapa pun aku tak ingat,semua ni berpunca sakit BUASIR huhu.

BUASIR TU APA??

Buasir atau Hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.(Sumber Mr.Google)

Buasir ni ada dua jenis tau,Buasir luar dan Buasir dalam

Buasri Dalam : kita tak kan perasan yang kita sakit buasir sebab ni dia tak sakit,dan tak nampak,sebab dia duduk dekat bahagian dalam rektum,kita cuma akan tahu bila kita membuang air besar,darah akan menitik,kalau lelaki mungkin pelik,mana taknya tetiba pulak peyod kan,hoho.Kaum adam anda jangan risau itu bukan darah period dan anda tidak mungkin akan mengandung (eh apa kena mengena la pulak,wakaka)

Buasir Luar : ini la yang aku kena,Rasa macam daging lebih dekat bahagian luar dubur,memula ketulan tu kecik je,tapi boleh membesar sebesar ibu jari,punca rasa pedih,gatal dan sakit,tambah lagi waktu dan selepas buang air besar.

PENYEBAB BUASIR

Suka makan makanan pedas
Mencangkung dalam toilet lama-lama (carik ilham katanya,baca komik)
Meneran (Sembelit)
Suka Angkat benda berat (selalu buat cam gini)
Batuk teruk dan berpanjangan
Berat berlebihan
Mengandung
Bersalin
Homoseksual (erkkk seram ai)

kebanyakkan kat atas tu penah dan selalu aku buat,KECUALI yang Homoseksual,di laknat weh.


TANDA-TANDA BUASIR

Rasa gatal-gatal dibahagian dubur,rasa macam ada cacing.
Berdenyut-denyut terutama sekali sebelum dan selepas buang air besar
Buang air besar berdarah (bukan peyod okeh)
Terasa bengkak di bahagian dubur

Korang perlu ke Hospital dengan kadar segera sekiranya :

Dubur tiba-tiba menanah,dan boleh dijangkiti bakteria,dah menanah macam tu,dubur korang boleh luka.Tolong jangan pandang ringan sebab,kanser di bahagian dubur pun ciri-cirinya seperti buasir,contoh sembelit,pendarahan,dan kesakitan di dubur tau.Buasir juga boleh menyebabkan ketumbuhan.take noted okeh(aku yang takut sebenarnya)

CEGAH DARI AWAL

Sakit buasir tu tak seronok tau tak,so sebelum melekatnya ketulan daging tu dibahagian dubur,tolong baca ni (sumber wikipedia KECUALI yang No 1)

1.Kurangkan tabiat makan makanan pedas yang terlampau,punca utama aku kena buasir,cili padi aku suka buat ulam,dan sekarang padan muka aku huhu

2.Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

3.Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

4.Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan. Jadikan sebagai satu peraturan:

5.Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik.

6.Pastikan najis anda sentiasa lembut. Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

CARA RAWATAN

Ini cara aku,aku tak suka pakai peluru macam Farmasi Hospitsl selalu bagi tu,aku selalu amik ubat dekat farmasi luar,Ubat peluru jugak,tapi kecik dan Lembut sikit,antara ubat yang selalu aku pakai

Neohealer

Neohealer ni ada dua jenis,dua dua aku pernah pakai,ada jenis krim untuk sapu dan peluru,sumbat masuk dalam,nak tau macam mana rupa ubat tu,meh tengok gambar dekat bawah.

Ni jenis sapu.

Ubat untuk masuk,masukkan ke dubur ya.
Di sebabkan aku dah tembak getah dekat dalam pun,masih kurang perubahannyaan,doktor syorkan aku pakai Daflon,2 pagi,2 petang,2 malam.tapi masalah aku ni,bila sakit baru nak carik ubat,degil bak kata mak aku,huhu.Tapi ubat ni memang kuat dalam masa sejam sakit aku akan kurang.

Perhatian buat ibu-ibu yang mengandung ataupun menyusukan anak,anda dilarang keras menggunakan ubat ni okeh,bukan aku memandai mandai,tapi doktor pakar Hemoroid sendiri yang pesan kat aku.owh nak tau macam mana rupa ubat tu?jom tengok gambar dekat bawah :

Jangan makan ikut suka,dapatkan nasihat dari doktor dulu.

Ini doktor panggil ikat.ni pun aku dah buat,tapi buasir ni tetap aktif dan tumbuh yang baru.

Akhir sekali,kalau masih tak de tanda-tanda kurang rasa sakit tu,ke Hospital la jawabnya,maka akan di cucuk la punggung anda..sakit weh,so korang tolong lah jaga makan,jangan jadi macam aku,degil.
Semalam doktor dah cakap,kalau aku makin teruk doktor akan potong(operation) tak mo tak mo..
sekiranya korang ada petua petua lama atau tempat berubat tradisional,mohon bagitahu aku ye,seboleh bolehnya aku tak nak kena bedah,cukup la sekali aku di bedah waktu lahirkan Nur Widad,tak nak dah kena bedah,azab,tambah lagi dekat bahagian tu,fuh tak dapat aku bayangkan.
eh,terpanjang pulak aku membebel,semua diatas tu adalah dasar pengalaman aku,bukan dengar dari mulut orang,bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat.ok dah lewat ni,kita bertemu di lain entri,insyallah.selamat malam semua.

Update

Buat semua,aku tips untuk hilangkan keradangan,harap tips tu mampu melegakan kesakitan yang sedang kalian alami.


  • boleh klik link dibawah ye :


Petua redakan radang Buasir

New rox essential oil mujarab untuk buasir


Atau boleh tekan link saya di Whatsapp Cik hanie dibawah


Harap dengan cara ini saya dapat membantu Dan reply Komen anda semua dgn cepat.

Share:

109 comments

  1. Replies
    1. terima kasih nur.harap sgt tak makin teruk

      Delete
  2. Uihhh bahayaaa jugak buasir ni, za suka cari ilham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jgn lebih sangat carik ilham tu,bahaya,zura dl suka baca komik dlm toilet.huhu

      Delete
  3. ada 1 klinik dkt penang dia blh kluarkan bg bnda tu jatuh sndri xperlu bt pembedahan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya dapatkan nama klinik tu tak?kalau tak salah saya,yang tu doktor ikat,n ada ubat makan,nanti daging tu akan gugur sendiri,kalau yang tu saya dah buat,tapi tumbuh daging baru pulak huhu

      Delete
    2. Buasir luar ni kalau membengkak ruang dubur menjadi kecik ke cik? Dan ikat isi tu akan gugur ya?

      Delete
  4. AnonymousMay 26, 2018

    Salam. Boleh sy tahu skrg buasir sis dh mcm mana? Dh ok ke? Sis dptkan rawatan bagaimana? Sy pun kena buasir jgk ada lebihan kulit d*bur terkeluar ckit lpstu kalo sembelit mesti habis la berdarah n sakit 3 4 hari. Kena konsisten jaga makan n minum air byk. Sy penat dgn semua ni sbb kdg2 terkurang juga minum air dah dtg balik sembelit n buasir. Sis buat mcm mana skrg ye? Dh ok ke? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,Buasir ni walaupun dah buat operation,tapi kalau tak jaga makan,buasir boleh jadi balik,macam hanie memang elak untuk di bedah,huhu...so sampai sekarang ada lagi,cuma makan ubat la.

      Macam yang sis cakap di atas,sakit sis baru diperingkat awal.seeloknya jaga makan,elakkan yang pedas,banyakkan minum air dan makan buah.kalau ubat makan saya cadangkan sis jumpa doc dlu,tapi untuk sapu,sis boleh cuba krim yang macam saya cakap di atas.Moga sis sihat kembali.

      Delete
  5. Mcm mana keadaan hani skrg? Suami saya baru kena ikat di buasir.hari2 menderita sakit.buntu saya.apa yg saya perlu buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanie dah reply di email ye sis.moga suami sis cepat sembuh

      Delete
  6. Mcm mana keadaan hani skrg? Suami saya baru kena ikat di buasir. Hari2 mengerang sakit. Buntu saya. Ada apa2 tips yg bole saya buat? Tolong hani😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kak,hanie lewat reply.terima kasih sudi email hanie.

      Delete
  7. Tq sis utk entry ni.. Sy tengah mengalami ni.. Buasir yg kt dalam.. Sakitnya.. Dh mkn ubat pun mcm berkurang sket je.. So perlukah sy pi beli ubt yg sis guna ni eh? Sbb yg sy dpt tu ubt makan.. Yg peluru ni takde plak dpt, krim pun takde.. ��

    ReplyDelete
  8. salam...sis, boleh ws saya...skrg sye mngalami buasir...agk kritikal bg saye...pls ws sye ye...
    0129765630

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  9. Adui takut nya nk pergi hosp.. Ad masalh yg sama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan macam tu,kena pegi jumpa doc dl,tgk doc cakap apa,dan kalau boleh,cuba tanya doc,ubat apa yang doc boleh suggest sebagai tahan sakit.

      Delete
  10. Assalamualaikum sis. Saya pernah mengalami buasir dalam sebelum ni. Tapi sekarang sedang derita buasir luar. Baru2 ni saya ada ikat buasir tu tapi masih sakit masa membuang.bila tengok di cermin nampak ada isi macam anal fissure. hari2 saya makan buah Dan minum air kosong saja.dah p hospital tp doktor suruh operate. Sakit xtertanggung...xtau nk bt mcamana dah... 😭😭Tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis,hanie dah up entri baru untuk petua kurangkan keradangan,harap sis boleh cuba,dan membantu sis

      Delete
    2. salam..Petua kurangkan keradangan tu apa ye hanie?

      Delete
    3. Sy skrang tgh alami buasir dalam .seksa nya xtaw nk cakap .xtaw nk makan ubat apa dah .sblum ni jd yg luaq dah lega lama jgk la betahun pastu dh skrg jd yg dalam plak .hari2 mmbuang skli menangis dlam toilet .sakit dia tu xboley nk bayang rasanya besalin xteruk mcam buasir ni 😭😭 .mana nak dapatkan ubat macam sis beli tu ya?

      Delete
  11. salam hani boleh sy dapat kan email hani ? nak tanya pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ellysyahanie@gmail.com
      atau sis boleh pm di fb hanie
      Azura Sapiai

      Delete
  12. Kalau yang baru kena...g hospital atau makan ubat farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru kena peringkat yang bagaimana?kalau terkeluar sikit tapi tak sakit terlalu teruk,hanie suggest beli ubat sapu tu.untuk legakan kegatalan dibahagian tu sekali.

      Delete
  13. Bole wasap sy 0132779244 cmne nak rawat buasir ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada up entri baru tips untuk keradangan.

      Delete
  14. Maaf mencelah..sy pun sedang menderita sakit ni..sy smp menangis dlm bilik air ketika membuang..sakit nye ya Allah..tknk operate sume..so mcm2 la ubat sy mkn..pun beli cream bio ever yg mahal la sgt rs asalkan sembuh.tp elok nye kejap ja..pastu sakit balik ms membuang..kadang tk berak keras pun..tp tktau knp ia sakit😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham,dulu selalu mengalami.mungkin entri terbaru saya tentang tips hilangkan keradangan mampu membantu.

      Delete
    2. Salam..akak nak tanya mcmna til nak hilangkan keradangan..tq

      Delete
  15. Saya pun dah cuba mcm2 ubat klinik/farmasi.ubat tradisional mcm pil/kapsul buasir pun dh 2 jenis cuba.pergi klinik doktor cuma ckp jaga pemakanan dan exercise.Ada tak ubat yang boleh mengecutkan buasir tu smula?skrg pakai ubat sapu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba pakai NewRox,sy Ada jual di shopee,sis blh Cari di widad collection ye.pada sy mnyk tu sangat2 membantu saya

      Delete
    2. Ubat newrox ni function utk apa ya

      Delete
  16. Moga Kita diberikan kesihatan yg baik..sembuh dari penyakit ini, imahpun baru je 3hari lepas buat rawatan banding yg ke-2, tapi bila membuang tetap kluar ktulan bengkak tu tak ada pun getah yg mengikat bengkak tu huhu..skrg tiap2 Hari mkn lactusole utk lembutkn najis smntra ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,ikat pun belum tetap selesai masalah,kadang2 yg dh operat pun kena balik,maybe Tak jaga pemakanan Dan sebagainya

      Delete
  17. macam mana tolak masuk pakai tangan tu? doktor suruh try time mandi tapi sakit sangat la nak pegang pun 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai vaseline sis.. Jgn tolak masa tangan kering. Mmg sakit.. Sy pun derita masalah sama.

      Delete
    2. Dari Vaseline saya suggest kan pakai essential oil NewRox. sebab Vaseline Tak blh mengecutkan

      Delete
  18. Ikat buasir sakit tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit sikit,tapi memang akan rasa taak selesa

      Delete
  19. Ikat buasir sakit tak

    ReplyDelete
  20. Ikat buasir sakit tak

    ReplyDelete
  21. sya pun baru ja terken...nie dh msok 3 hari..tp berak tak klua drh...berak ok ja..tp kat bahagian dubur tu kembang db ada macm drh beku...sa tak tau itu buasir ka atau bisul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya bawak jumpa doctor dulu untuk pengesahan

      Delete
  22. sypun ada busair, sebelum ini saya guna maajun busair Kelantan, mmg bagus tapi lama menunggu penghantarannya,boleh akak email kat sy ubat yg akak gunakan kucingdebab89@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Sy ada buasir luar sejak melahirkan anak pertama 6tahun lalu skg buasir makin besar selepas anak ke2 dan yg paling teruknya luka di permukaan buasir akibat keradangan dr bulan mac lg sampai skg tak sembuh2 dah mcm2 ubat mkn,cream,ubat peluru,antibiotik,losyen kuning segala ubatla luka tak sembuh2 juga sampai takut nak makan sbb takut nak buang air besar. Bg sy kalau buasir ni xde luka n bole masukkan balik ok jer xla mengganggu sangat tapi kalau ada luka 2 yg buat kita xselesa n trauma nak membuang air besar sbb luka buasir bila tekena air bole begegar lutut jugala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,Cuba amalkan minum air rendaman kurma,sambil2 tu sis boleh Cuba essential oil NewRox,if nak try boleh pm hanie,hanie Ada stok lagi.

      Delete
    2. Pm sis..saya nak..ada link shopee tak

      Delete
    3. https://shopee.com.my/product/278449393/5440746352?smtt=0.278454781-1643915344.9?smtt=0.278454781-1643915344.9

      Delete
    4. Blh wasap saya di 01136447443.maaf sy jarang bukak blog sejak kemalangan ni.maaf sgt

      Delete
    5. Blh hubungi saya 01136447443,maaf sy bnyk terlepas pndg Komen ni

      Delete
  24. Rawatan tabib cina di daerah kerian parit buntar perak.. memang sgt2 berkesan boleh google hari ni mkn ubat ins sya allah buang air besar tak brdarah lg dan bengkak beransur surut.. sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan alamat Tak?sebab sy pernah pergi yg di teluk intan,tapi bayarannya saya Tak mampu,1.2k.pitam huhu

      Delete
  25. Rawatan tabib cina di daerah kerian parit buntar perak.. memang sgt2 berkesan boleh google, hari ni mkn ubat ins sya allah buang air besar tak brdarah lg dan bengkak beransur surut.. sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousJuly 23, 2020

      Hi boleh tak email saya dekat nadaisy77@gmail.com alamatnya? ☺️

      Delete
    2. Bole bgtau lokasi tabib ni x?

      Delete
  26. Haney..nak Tanya..klu buat pembedahan buang buasir.apa kesan buruk / baik yg dapat ..Ada dgr kata..bila buat pembedahan buang buasir akan menyebabkan hilang kawalan kentut Dan buang air besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...saya Tak pasti sebab saya Tak pernah buat operation lg,to apa yg hanie pasti,if Tak jaga pemakanan Dan berat badan,buasir tetap boleh jadi lg.

      Delete
  27. Sy kenai buasir dh lama ambil ubat hospital...ttp tk sembuh...lepas tu jumpa pakar..nk ikat buasir...buasir keluar darah masa nk menbuang kekadang banyak..kekadang sedikit...apa yg sy harus buat...ubat mcm ubat tk jugak sembuh.....

    ReplyDelete
  28. Sy kenai buasir dh lama ambil ubat hospital...ttp tk sembuh...lepas tu jumpa pakar..nk ikat buasir...buasir keluar darah masa nk menbuang kekadang banyak..kekadang sedikit...apa yg sy harus buat...ubat mcm ubat tk jugak sembuh.....

    ReplyDelete
  29. Minum minyak zaitun dengan makan buah tin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pengidap buasir. Tahun lepas dah pergi buang cara laser dekat kl. Ok la tapi lepas setahun jadi balik sebab memang sembelit, dan dekat dubur pun dah ada lebihan kulit sikit. Sebab takut sakit buasir makan teruk, saya beli buah tin kering, makan 2 hari. Hari kedua makan, baru berak. Masa ni biji2 buah tin yang halus dan keras tu dah berkumpul jd besar sangat. Saya berak sakit gila. Lepas tu buasir saya makin teruk. Sekarang tengh bula posa, dok terbaring ja kat rumah. Amik ubat dekat klinik saja. Lepas yg semeblit teruk tu, muncul bonjol dekat sebelah lubang dubur dan sakit sangat. Belum pergi hospital lagi untuk check. Tengah sedih sangat skrg ni. Nadib baik skrg MCO jadi x perlu kerka hari2.

      Delete
    2. Minum air rendaman kurma sis.insyallah Tak sembelit

      Delete
    3. Berapa kos rawatan laser tu ye.. Saya buasir bila buang air besar kene tolak masuk balik.. Tp xsakit.. Tp setiap kali buang air besar kene tolak masuk balik.. Klu sembelit lg dia tersembul kuar.. Klu keras dia koyak kuar darah.. Sy makan mukmeen herb.. Alhamdulilah ok dh xkoyak.. Cuma tolak masuk balik tu ada lagi.. Operate buang lg sy takut..

      Delete
  30. Hrga ubat tu sapu tu berapa akak? .

    ReplyDelete
  31. Dulu ad buasir satu da terkluar dan dah mati daging tu..sekarang tumbuh lagi satu adehh sakitnye lahai..rasa tak selesa nak kentut pun sakit..ya Allah .

    ReplyDelete
  32. Assalam.. sy pun terkena blk buasir slpas ngandung anak prtama dlu.. pnh kena wktu bujang2 dlu tp bole masukkn blk klu trkeluar. Tp lpas bsalin n dua anak dh skang, kena blk, bila kita sbelit.

    Baru2 ni kena lagi.. beli ubat hemosol kt farmasi. Ubat cream. Cuma nya ubat ni mmg dh kecut bgkak luar tu, alhamdulillah x sakit dah, tp lpas dh baik dia nye gatal nak bergaru je rasa kt dubur tu. Ubat puan yg jenis cream ke? Gatal2 x slpas dah baik tu? Lpas bsalin anak 1 ada appointmnt dgn doc utk buasir sy. Tapi sbb lama nau nunggu nya dlm pantang plak lgi trus blk. X jmpa2 dh doc psl buasir ni. Cuma bli ubat farmasi je.

    ReplyDelete
  33. AnonymousMay 07, 2020

    Cuba minum minyak zaitun, 2 sudu sebelum tidur dan waktu pagi 2 sudu. Sapu manjakani dkt tmpt y kene buasir. insyaAllah makin baik. Yang penting minum air banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup mnyk zaitun pun baik utk kesihatan,tapi kena tahu mnyk zaitun Ada 2,satu utk masakan Dan satu lg utk salad.so mnm yg utk salad tu.

      Delete
  34. Assalam...kak nak cerita..kak kena buasir bulan 12 2019 disebabkan batuk yg lama hampir 3 bulan..kak seorang guru di utara semenanjung..sakit buasir ni hanya Allah ja yg tau sakitnya..duduk salah..berdiri salah..nk tidur x boleh..seksanya hidup..dah jumpa pakar..mcm2 ubat lm fb kak beli tapi x baik2..daflon lagi la dah berapa kotak makan..x jadi juga..akhir sekali berkat doa kak makan satu produk yg memang bagus..buasir kak dah baik...alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk apa yer kak?

      Delete
    2. Apa ubatny sis..bole bgtau x...bole wsap sy x? 0138729710

      Delete
    3. Apa ubatny sis..bole bgtau x...bole wsap sy x? 0138729710

      Delete
    4. AnonymousJuly 05, 2020

      boleh tahu product apa sis?

      Delete
    5. PRODUK APA TU YE SIS? MOHON BANTU

      Delete
    6. kak, mohon share produk apa tu ye? sbb sy juga mengalami buasir dan sembelit yg teruk, sakitnya hanya Allah shj yg tahu, susah nk membuang, tolong respon sis, terima kasih

      Delete
    7. Sis.. Boleh bgtau apa ubat tu?

      Delete
    8. Mohon kongsi jenama ubat yg bagus tu

      Delete
  35. ikat buasir tu sis buat dekat mana di sabak bernam?

    ReplyDelete
  36. Saya baru kena.. Lepas bersalin anak pertama, saya sembelit teruk sampai luka di bahagian dalam.. Bila nk buang sakit terasa mcm ada benda tajam..
    Skrg ni sya rasa trauma sgt bila nk buang air besar..
    Skrg ni saya cuba pakai ubat krim neo healar..dan saya bnyak makan buah dan air kosong.. Em.. Harap sgt cepat sembuh..

    ReplyDelete
  37. Assalam..puan masih ada sakit buasir tu ke?mcm mana buat rawatan skrg ni?sy dah pernah buat ikat getah tu tahun 2013 camtu.sebab bhgn dalam dan selalu najis berdarah.tahun ni kene balik.sakitnya sebab jenis yg bhgn luar tu.tidak berdarah tapi perit dan gatalnya selepas buang air besar.macam mana nk hilangkan gatal2 tu ye? Boleh share tips di emel eizazuriaty@gmail.com

    ReplyDelete
  38. salam kak saya berak darah dalam 3 hari ni tapi takde sakit apa. perlu jumpa dr ke beli ubat kat farmasi saja? terima kasih kak

    ReplyDelete
  39. kak kalau nak check ni di klinik keluarga atau di klinik spesifik?

    ReplyDelete
  40. Sis..Sy bru bp hri kne...Msk ni dlm 4 hri cmtu...Dia kua skt..Tp skt...Xley ddk sis...Td try mskkn...Da msk...Kua blk..Mmbuang pn dia kua blk...Skt sgt...Cmne ea sis...Sy da jmpe dktr krjan...Dia kte nrmal..Xdpn bg ubt y kne mngena...Smua mrapu...Ubt gstrik dbginye...Blh thn bingai...Blh ke pakai ubt spu tu utk prgkt awl ni

    ReplyDelete
  41. untuk yang sakit semasa membuang.saya syorkan physilium husk,sesudu dicampur dengan air,minum sebelum makan,Insyallah tak sakit lagi semasa membuang...

    ReplyDelete
  42. kak..lps ikat buasir tu lama tak sakit?masa gth tu ada lagi,kalau buang air bsr dan buasir tu keluar,blh tlk masuk x?

    ReplyDelete
  43. Sy dtg ke page ni.. sbb tgh mencari macam mana nak treat buasir. Sy tgh alami sekarang. Tak selesa.. pedih. Dan rasa terkeluar kat bawah.. xboleh nak masuk kan pun. Rasa keras. Saya takut sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan masukkan tanpa mnyk atau essential oil,boleh jadi Makin parah

      Delete
  44. Kalau pakai ubat peluru tu utk tolak sekali isi yg terkeluar tu boleh ke

    ReplyDelete
  45. Saya ada sakit buasir jugak..tapi makan siput gondang dalam 3 hari terus kecut dan hilang selama 8-9 bulan..sekarang kena balik..kena makan siput gondang lagi..tapi bagi saya siput gondang memang terbaik untuk rawat buasir..saya da try makan ubat dispiles, dioflex ,xyloproct oinment, hemorid, minyak burung but but,anucare yang macam peluru tu,daflon.semua takde kesan..kesan yang dirasai adalah kurang sakit je..saya try makan siput gondang sekejap dalam 3 hari terus elok..sakit hilang .buasir semakin kecut..nasib baik la....kadang2 benda senang je ubat nya..tepi rumah je ubat nya... -_-..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak dapat ye kak siput gondang tu.. akak dok area mana.. mcm mana sy nak berhubung dgn kak

      Delete
    2. Series ka ni sis.mkn siput gondang membantu ke?sy nak cuba kalau mcmtu

      Delete
    3. Mcmana cara masak gondang tu sis,ada cara dia kee

      Delete
    4. buasir dalaman boleh ke

      Delete
  46. boleh tau apa perkembangan sis sekarang?

    ReplyDelete
  47. Saya baca komen, ramai sangat yang buntu cari ubat untuk buasir.
    Kesian sangat saya baca.

    Meh saya kongsi sikit pengalaman saya supaya dengan ini dapat bantu yang hidap buasir.

    Saya ada 2 orang anak.
    Masa lahir anak sulung, alhamdulillah.. tak kena Buasir.

    Tapi, masa lahir anak ke2 tu, saya kena Buasir.
    Masa tu saya suruh suami carikan ubat.

    Masa tu, suami saya bagi satu produk.
    Bila makan je, tak sampai 1 kotak dah sembuh dah. Kurang sebulan sembuh.

    Sekarang ni, kalau rasa pedih sikit kat dubur, saya akan makan produk ni sebab risau buasir timbul balik.

    Saya tak jual pun produk ni.
    Just nak share pada yang sakit Buasir.

    Kalau nak, boleh masuk facebook, search je page "Ubat Buasir Ramuan Taufiq" ye.
    Suami saya beli kat sana la.

    Apa saya boleh bagi tau, ubat dia memang terbaik untuk rawat Buasir dan sampai sekarang saya simpan in case kalau sakit atau pedih di dubur.

    Fobia dah kena Buasir.
    Harap dijauhkan.. huhu

    Harap membantu la ye

    ReplyDelete
  48. kalau nak try cara perubatan kampung cik boleh cari keladi hutan ..tapi kena betul2 ambil petua cara makan .insyaAllah akan sembuh .saya dah cuba mcam2 sbelum nie .tp Alhmdullah dh membaik

    ReplyDelete
  49. AnonymousJuly 05, 2022

    sy pun ada buasir,.buasir dalaman..tak rasa sakit..cuma akan membengkak bila sembelit..cuma yg takut tu..buasir dalaman ni..bila berak..kluar darah..sgt banyak sampai memancut2. tahun 2014.sy pernah ikat..lps tu lama kelamaan dia jd balik.kalu ptong mcmana puan..adakah akan hilang..dan brapa lama tempoh nk sembuh tu.bab sakit sy xsakit sgt..cuma yg paling risau..darah byk sgt kluaq..sy pernah admit ward dulu.kehilangan darah yg byk..smp 5 beg darah kena tambh..

    ReplyDelete
  50. Sy dah 10 tahun buasir ada isi yg keluar makan daflon, ubat peluru, lembutkan najis tp kejap je ok then datang balik. Baru ni sy kena buasir teruk membengkak sampai x boleh duduk. Menangis, stress dan sakit yg mmg x tertanggung. Ketulan tu membengkak sgt yg amat. Colombia hospital ada teknik laser, sy cadang nak pg tapi sy cuba ikhtiar terakhir cari ubat tradisional. Entah mcm mana dekat youtube ada seorg ustaz kata daun semperai bagus utk buasir. Keberkesanannya 90% dan ustaz tu ajar rebus dan masak guna minyak sapi. Kt tengah kl mana pulak nak cari daun tu kan so sy cari kat shopee, sy taip daun semperai dan hanya ada 1 seller yg jual. Tp jual bentuk dah diproses (makjun) mcm ustaz tu kata. Sy terus beli tp sy dah x boleh tahan buasir sy makin teruk. Saya chat dengan seller dan tanya boleh tak sy ambil terus dgn dia. Syukur dia kat salak tinggi sepang. Selepas dapat location sy terus dapatkan makjun tu. Mmg asli, tiada bahan pengawet hanya bau daun tp semua tu sy x fk dah janji derita tu sembuh. Hanya sekali makan dan keesokkannya, saiz ketulan berkurang, bengkak berkurang, saya boleh duduk dan berdiri. Saya nangis bersyukur dengan izin Allah, saya sembuh. Kepada kawan2 yg buasir cubalah daun semperai ni RM15 saja. nama kedainya di shopee MRSBAT shop. Sempat sy beberbual dgn seller, katanya dia belajar di Darul Shifa dan seorg ustazah ajarkan buat ubat buasir ni. Dan seller juga pesakit buasir teruk yg dah sembuh dgn makan daun ni dengan izin-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, tq komen sis ni sgt2 membantu saya yg da terkena buasir tahap 4 lepas lahir kan baby no.2

      Saya tercari2 ubat buasir sbb dah try siput godang & ulam patah, sekejap je okay lepas tu datang balik siap pakej terkeluar & berak darah2.

      Saya cube daun semperai yg sis gtau ni, beli kat shoppee kat seller yg sama. Mula2 mcm pasrah je tapi terkejut gak la lepas makan malam tu, esok pagi dah tak sakit. Buasir pun dah kurang radang, berak tak sakit sangat.

      Sape2 yg tersampai kat page ni sebab cari ubat buasir, boleh la cuba sebagai ikhtiar. Saya tak jual, just berkongsi sbb saya tahu rasa sakit buasir sgt2 la terseksa.

      Doa kan saya diberikan kesembuhan, semoga sis2 semua yg sama nasib dengan saya pun dapat sembuh juga..Amiinnn

      Delete
  51. Masyaallah,lama dah entri ni,ramainya yg mengidap sakit yang sama,so far, alhamdulillah cik hanie Masih ada buasir cuma dah tak sakit,cik hanie amalkan new rox Dan jaga pemakanan,moga kita semua kembali sihat semula ye

    ReplyDelete