Berbuka puasa bersama anak-anak yatim D'Arina Skyview
Assalammualaikum semua,Semalam aku dan beberapa orang rakan dari kbba9 berkesempatan berbuka puasa bersama Anak-anak yatim dari Baitul kasih.Majlis dijayakan oleh Persatuan Pereka Fesyen Muda atau lebih dikenali engan nama YODA bersama Persatuan Seniman Malaysia 2016 di dokong oleh D'Arina Skyview selaku penaja rasmi.
Aku sampai dalam jam 4.45 petang,kebetulan jalan tak berapa sesak semalam,sampai je menara Arina,park kereta,aku terus ke tingkat 20,dekat situ la D'Arina Skyview.Aku disambut mesra oleh pengasas YODA iaitu Puan Baizura Tazri.
KETIBAAN ANAK-ANAK YATIM DARI BAITUL KASIH
Dalam Jam 5.30 anak anak yatim dari baitul kasih pun tiba,comel-comel semuanya,first time aku meraikan anak-anak yatim sekecil ini,sebak pulak rasa hati.Sempat la aku beramah mesra dengan mereka.
KETIBAAN TETAMU DAN UCAPAN
Sementara menunggu ketibaan tetamu dan jemputan kehormat,majlis diserikan dengan Tazkirah Ramadhan dari Imam Muda Yusof Din,
Majlis diteruskan dengan kata kata aluan dari pengasas Yoda Puan baizura Tazri,disusuli oleh Chief Executive Officer D'Arina Skyview En Nasir Che Fa dan ucapan dari Yang Berbahagia Datuk Effendi Zahari.Dan saat yang menyeronokkan pada aku,waktu penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim,terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini.
MAJLIS BERBUKA PUASA
Bacaan berbuka puasa di bacakan oleh Imam Muda Yusof Din,hidangan kali ini memang kena dengan selera aku terutama sekali rendang daging dan ayam,rasa macam nak tapau bawak balik(tak senonohnya perangai ahakz)macam-macam menu yang ada D'Arina Skyview Open House 2016 antaranya,Soto Ayam,Nasi Impit,lemang,Kuah Lodeh,Kuah Kacang,Rendang Daging,Serunding.Menu utama pula Nasi Putih,Nasi Minyak,Ayam Masak Merah,Daging Kurma,Daging Masak Hitam,Sayur campu,Dalca dan Ikan Dowry Fillet Sweet Sour,tak lupa juga Kambing Panggang di bahagia Grilled Item(psst sos black paper dengan mushroom souce memang sedap,terangkat beb).Macam -macam lagi la,kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah.
Hidangan istimewa ini disediakan oleh Chef dari Restorsn D'Arina Skyview,menampilkan hidangan hidangan hebat berteraskan Masakan Melayu Tradisional bercitarasa mewah sebaik hidangan di istana.patut la sedap belaka.
Selepas Majlis berbuka puasa,Majlis penyerahan sumbangan raya untuk anak-anak yatim oleh individu yang turut menjayakan majlis semalam.Majlis turut diserikan dengan persembahan artis dari persatuan seniman malaysia.
D'Arina Skyview juga ada menyediakan surau berdekatan dengan kawasan buffet,tak sempat keluar peluh dah sampai.selepas majlis berakhir,tetamu ke surau untuk solat sunat terawih berjemaah.
SEBARANG TEMPAHAN
Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan ataupun mempunyai sebarang tempahan,anda boleh hubungi talian atau terus ke alamat dibawah
Hubungi Talian : 03-2202 7353
Whatsapp: 017- 229 4669
Alamat
D'Arina Skyview
Tingkat 20 Menara Arina Uniti,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,Kuala Lumpur
4 comments
Cantik kan view kat situ...
ReplyDeletememang cantik kan ss..kalau nak wat wedding pun ok kan.angin pun bnyk
DeleteMakanan sgt menyelerekan di sini. Lagi2 kambing dia. Ditambah dua sos yg sangat sedap. Ada 'kick'.
ReplyDeleteKambing dia,perghh terangkt la,lembut je.rendang daging pun sedap.lapar...
Delete