Domino's extra lagre hanya Rm23.

"RM0.00 Hurry! Limited time ONLY! Domino's is giving Reg/Large/Xtra Large pizzas at 50% off! Takeaway at your nearest store NOW! Code:SM4  Exp:21/7/16 T&C apply"
Kali ni aku rasa dah masuk kali ke 4 atau ke 5 aku dapat mesej macam,tapi terbuang mcm tu je,lagipun nak pegi dominos tu jauh sangat,kalau ada dengan sungai besar,dh lama aku redeem,heealam tadi aku nak bawak widad pegi tengok wayang,sibuk nak tengok katun katanya,so memang menghala ke kuala selangor la kan,satu kebetulan pulak di situ hehe.otway ke One plaza kami berhenti di dDominos Kuala Selangor,alang-alang dapat diskaun 50% aku apalagi,order yang extra large la,kemain...macam boleh habis.
Agak lama la aku an Widad dok bertekak manja dekat kaunter tu,semata-mata nak pilih topping pizza,haha,nasib baik adik dekat kaunter tu sporting,layan je kerenah aku dengan Widad,dan adik tu jugak la yang tolong pilihkan.haha sonang keje den.Alamak tapi aku lupa apa nama pizza yang aku pilih tu,adik kaunter tu ckp,menu baru.


Hambik ko..mampu nak hadap berdua?Tapi memang berbaloi la,biasanya harga untuk extra large ni dalam Rm46.++,tapi di sebabkan aku ada mesej diskaun tu,harga yang aku perlu bayar cuma RM23 sahaja,rugi beli satu,kalau ramai-ramai tadi memang aku beli 3,baru RM 69.Tapi yang satu ni pun azab nak habis,makanya jangan tamak.haha

Lepas beli Domimo's kami teruskan perjalanan(ecehh macam jauh je hehe) menuju ke 1(one) Plaza Kuala Selangor.Beruntung Nur Widad ni sebab ummi dia pun giler kartun,asal ada cerita kartun baru,kompom pegi tengok hehe..

Nak tau kitarang layan cerita apa?cuba usha gambar depan bawah ...

Layan cerita Ice Age..best walaupun jalan ceritanya ice age ni lebih kurang sama,yang pasti menghiburkan,asik gelak je layan cerita ni tadi,yang bertambah best dalam wayang tadi tak sampai 20 orang pun keluarga melayu ad la 2orang,3 lagi dari chinese family.memang macam tengok dekat rumah la.sesiapa yang tak layan Ice Age ni boleh la bawak family pegi tengok,sesuai sangat kalau bawak anak-anak,buat korang yang baru putus cinta pun sesuai,insyallah terhibur.Ok lah,makan pun sudah,tengok wayang pun sudah,kita terus balik rumah dan tidur.😘😘

Share:

0 comments