Petua Redakan Radang Buasir

Assalammualaikum
Selamat malam,sihat ke semua.nak ikutkan hari ni hanie nak share,pasal percutian hanie bebaru ni,tapi disebabkan ramai yang "pm" tentang sakit buasir yang dorang alami,maka kat sini hanie nak share seketul dua petua yang hanie buat selain amalkan ubat dari hospital dan farmasi.Sesungguhnya hanie paham kesakitan yang korang alami.

Buasir,hanya mereka yang mengalami je yang paham dan tahu macamana sakit dan azabnya bila ketulan daging tu terkeluar dan keradangan.

Petua Dari Hanie

Kadang² kita tak perasan ubat dalam simpanan kita habis,tambah lagi orang yang macam hanie ni,makan waktu sakit je huhu.Maka jalan alternative yang hanie amik mcm kat bawah ni.

Kurma.

Hanie dapat petua ni dari seorang makcik yang menetap di kelantan.
Cara²nya.
Ambil 3 biji kurma,rendamkan dengan air panas yang baru lepas mendidih.dan bila air tu dah suam,bolehlah diminum air rendaman kurma tu,pastu bolehlah dimakan buah kurma tu.Sangat elok kalau di amalkan setiap hari.

Banyak khasiatnya,bukan setakat buasir,untuk buang toksik dalam badan pun ye jugak.


Air Suam.

Amalkan minum segelas air suam sebaik je korang bangun tido dan sebelum tido

Cuka Epal.


Korang tau tak,cuka epal ni,banyak sangat khasiatnya,terutama orang yang sakit gout dan buasir macam kita ni.
Caranya...
Ambil 1 sudu cuka epal,dan tambahkan sedikit madu(kalau tak letak pun takpe)
bancuh dengan segelas kecil air kosong tak kisah suam atau sejuk.Pastu terus minum.


Essential oil NewRox




Ok,kat sini hanie nak bagitau,hanie bukan MENJUAL produk,tapi disebabkan hanie pakai,dan serasi dengan hanie,maka hanie share dengan korang.
Essential oil ni keluaran dari syarikat Carsis Pharma nama minyak ni NewRox,sangat² sesuai digunakan oleh ibu ibu hamil atau baru lepas bersalin,buat mereka yang mengalami buasir dalam.Kalau hanie,tiap kali melabur,wajib sapu ubat ni(sory kalau tak berapa senonoh huhu)
So buat kalian yang pm hanie,boleh la cuba cari essential oil di farmasi berdekatan an korang okeh.

Mitos

Orang selalu cakap,dah tau buasir makan la buah,yup memang boleh makan buah,tapi hanie nasihatkan,jangan makan buah pisang,betik dan Orange terlalu kerap,bukan apa,kita buasir,bukan sembelit.Berbeza tau,buasir dan sembelit.Bila kita buasir,kita kena elakkan membuang terlalu kerap,bila kita membuang terlalu kerap,buasir tu akan keradangan.waktu tu la kita akan rasa usus kita menegang,ari-ari rasa senak dubur macam dicucuk²,azabnya hanya kita yang tahu.


Akhir Kata dari Cik Hanie.

Dan satu lagi,buat mulut tahap puaka kat luar tu,jangan pandang orang yang sakit buasir ni mesti orang yang berbadan gempal,eh anda silap okeh,kegemukan memang salah satu faktor,tapi orang yang kurus pun boleh kena buasir ye.Buasir ni tak mengenal usia dan saiz badan.Yang penting jaga pemakanan kalian.bak kata orang cegah sebelum terlewat,ngerti kamu?
eh apa hanie merepek ni,hahaha maaf ye,teremosi dengan orang yang tak paham dengan penyakit orang lain,yang dorang tahu,nak kecam je.
Akhir kata,Hanie harap perkongsian hanie ni,dapat memberi manfaat pada kalian.
Buat korang yang email hanie,tapi hanie tak reply,boleh la pm hanie di fb untuk dapatkan no wasap,kalau rajin boleh la follow hanie di Ig hehe...

Facebook : Azura Sapiai
Instagram : Hanie Azura

Share:

2 comments