Logo KBBA

Photoshoot Raya Kbba9 2017







Alhamdulillah,jika tahun lalu hakak dan team Kbba9 berphotoshoot Raya di MAtic Kuala Lumpur,Lain pulak buat kali ini,Tahun ni kami memilih lokasi di Muzium Warisan Melayu,UPM

LOKASI

Serius,hakak suka dengan lokasi pilihan photoshoot kali ini,jatuh cinta pandang pertama gitu,ecehhh..
mempamerkan rumah rumah tradisional yang pernah ada di malaysia,memang sangat sesuai dijadikan lokasi pilihan untuk penggambaran,tambah lagi buat kalian yang berjiwa kampung macam hakak.Jom layan gambar yang terhasil dari bedikan blogger dari kbba9.

Sumber Mr.Google

Photo by Team Kbba9


Photo by Mr.Google

Photo by Athirahassin



JURUGAMBAR

Andai lokasi dah menarik,kalau tak de jurugambar pun,tak terhasillah Photoshoot raya kbba9 2017 ni,betul tak.Kali ini kbba9 berpeluang untuk bekerjasama dengan seorang jurugambar yang berbakat besar,siapa orangnya?




Wan Izhar Abu Bakar,Walau tidak sepopular jurugambar lain di media sosial,tapi melihat hasil kerja di Instagram dan facebook,cukup membuatkan hakak kagum.Kalau sebelum ni hanya melihat di media sosial,Sabtu lepas kbba9 bekerjasama dengan Wan Izhar menjayakan Photoshoot Raya KBBA9 2017.


Photo by Team Kbba9

Photo by Team Kbba9


Dari sudut pandangan hakak tentang dia,seorang yang peramah,cepat mesra,dan yang paling penting pandai dan tenang je mengajar 'pose' yang perlu kami buat,terutama orang macam hakak,kalau bab bergambar memang kayu,hahaha.ingin tahu lebih lanjut tentang Wan Izhar,boleh la terjah blog Ben Ashaari ,sedikit sebanyak ada cerita tentang Wan Izhar,atau boleh terjah terus Facebook dan Ig dia.

Facebook : Wan Izhar Abu Bakar
Instagram : @wanizhar

MUA

Dalam sesi Photoshoot,selain Lokasi dan jurugambar,MUA pun memainkan peranan penting tau.Kali ni hakak bertuah sebab di touch up oleh MUA dari the blush guru.nak tengok hasil tangan mua dari group ni?jom layan gambar kat bawah.

Sebelum dan selepas







bersama MUA yang touch up muka hakak


Berubah giler wajah hakak kan,nampak ayu muda remaja gitu,ceh perasan hahahaha..serius hakak happy bekerjasama dengan mereka ni,walaupun masih baru,tapi kerja memang cekap,kemas dan yang paling penting tak sombong,berkomunikasi dengan cara yang sangat best,macam kawan kawan,yang lagi best,kita boleh pilih jenis touch up macamana yang kita mahukan,nak Glam ke,Babydoll ke,Natural ke,insyallah dorang boleh buat dan hasilnya puashati.Jangan risau,kalau korang gunkan pekhidmatan dari the blush guru ni,korang boleh berbincang jika ada sesuatu yang korang suka atau tidak.Nak usha ig dorang?boleh..jom tengok dekat bawah.

Dari kiri Nad,The Blush Guru(founder),Fyra,Zatty & Lisa.


Sebelum terlupa mereka juga ada buka kelas MUA untuk korang yang berminat.Baik untuk diri sendiri ataupun untuk menjana pendapatan.

Intagram : @theblushguru
Handphone No : 012-6707107

PENAJA LOKASI DAN MAKANAN

Selain menaja lokasi penggambaran Muzium Warisan Melayu UPM juga menaja Sarapan Pagi dan Makan Tenghari kami.

Photo by Team Kbba9

Photo by Team Kbba9

Pergh..memang syahdu,lepas makan rasa nak bersandar je,bukan rumah je yang melambangkan Warisan Melayu,Makanan yang di sajikan pun,memang masakan kampung sejati,sedap,orang diet pun boleh hilang arah dibuatnya.(nasib hakak tak diet hahahaha)serius memang sedap.

PENAJA LAIN

Jika tahun lepas mereka menaja kami untuk tournament bowling kali ini K.Rogers Butter cookies turut menjadi penaja kami sepanjang berlangsungnya sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017.terima kasih En.Amin

Perjalanan balik agak jauh penat,dan mengantuk?Sampai rumah dah lewat malam,Nyamuk pula banyak?Jangan risau,Spray je Waazu Sanitizer & Disinfectant di muka(pejam Mata okeh) dan badan,kalau tadi muka hampir layu,kini segar kembali,dan kalau tadi Nyamuk jadi teman setia,kini tak lagi.nyamuk bertempiaran lari dan takut untuk kembali
.
Untuk tempahan
Puan.Noreen : 018-3675119


Akhir Kata

Jutaan terima kasih,zura ucapan buat semua yang terlibat,terutama sekali founder KBBA9 Ben Ashaari kerana sudi menerima zura sebagai team kbba9 sehingga ke hari ini,buat rakan rakn blogger,maaf andai ada terkurang,terkasar bahasa dan kelakuan,mohon dimaafkan.Buat penaja penaja terima kasih kerana sudi menaja PHOTOSHOOT RAYA KBBA9 2017,jasa kalian akan kami kenang sehingga akhir hayat.
-LUV-

Share:

14 comments

  1. bestnyaaaa.. tak pernah berkesempatan nak join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah tahin depan ada lagi,jom jon sekali ye moon.

      Delete
  2. sama jugak zura.. tq tumpang brg dlm keta dan utk MUA tu ye.. thanks dear..

    ReplyDelete
  3. Meriah dan best photoshoot kali ni. Tak sabar nak tengok hasil gambar dari Wan Izhar.

    ReplyDelete
  4. Eh, kita baru nak follow hanie la.. maaf tak sempat nak ramah mesra tempoh hari yer..shok kan dapat bergambar ramai-ramai mcm ni..seperti adik beradik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq follow hanie,insyallah ada peluang nanti kita beramah mesra lagi ea.

      Delete
  5. Samalah kita..kayu je bergambar..tapi wan izhar sempoi je layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,tak rasa kekok,santai je shoot dgn dia.

      Delete
  6. Replies
    1. terima kasih,ni semua atas solekan MUA.kalau tak mekap,seram hehe

      Delete
  7. fuhhh meletopppp hahahahha

    ReplyDelete