Air Jagung Klebang Di Bazar Ramadhan



Alhamdulillah,ALLAH masih lagi beri hakak peluang untuk merasai nikmatnya ramadhan pada tahun ni.Kalau tahun sebelum ni hakak banyak berbuka di luar kawasan,kemungkinan besar tahun ni,hakak cuma berada dalam kawasan je...

*Ramadhan Tahun ini*

Kalau tahun lepas aku banyak buat review untuk berbuka puasa,mungkin tahun ni slow sikit,bukan tak ada,cuma aku terpaksa kurangkan,bukan tak nak,kalau boleh,tiap tiap hari nak buat review untuk berbuka puasa.
Tahun ni aku mencuba sesuatu yang baru,yang tak pernah aku fikirkan aku boleh buat,kalau sebelum ni hakak cuma berniaga air jagung klebang di pasar pasar malam atau di tepi jalan,kali ni hakak cabar diri hakak sendiri untuk masuk bazar ramadhan.Bukan la sesorang,hakak upah sorang budak lelaki untuk bantu apa yang patut,tambah lagi kalau nak angkat benda berat.

*Tapak Berniaga*

Proses pengambilan tapak berlangsung pada bulan lepas,mula2 isi borang ni,tawakal je,sebab staff majlis daerah sabak bernam cakap,tapak dah penuh.Hakak cakap tak pe,saya isi je,ada rezeki saya dekat sana,insyallah dapat.Alhamdulillah akhirnya,Sg.Besar hakak dapat,Sabak Bernam pun hakak dapat,so hakak lepaskan yang Sg.Besar dan hakak ambil tapak di Sabak Bernam.Harga tapak untuk sebulan pun sangat berbaloi hanya Rm250 sahaja.




*Bisik sekeping hati*

Apa yang hakak harapkan,moga rezeki hakak dan rakan2 yang berniaga di sepanjang bilan Ramadhan ni nanti murah dan dipermudahkan oleh Allah.Dan yang paling penting,semoga apa yang hakak impikan selama ni jadi kenyataan,hajat hakak cuma satu,ingin meraikan anak anak yang serba kekurangan.Jadi disepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni,keuntungan jualan di bazar Ramadhan nanti akan hakak selitkan untuk anak anak yang terpilih.Rindu rasanya ingin memberi dari asyik terus menerima.doakan impian ni jadi kenyataan ye.amin.

*Peluang Perniagaan*

Buat mereka yang ingin menjana pendapatan dengan berniaga boleh hubungi hakak,kami di Air Jagung Klebang membuka tawaran pada yang berminat untuk menyertai franchise kami dengan modal permulaan serendah Rm800.Tawaran ini di buka untuk belah semenanjung sahaja,Sabah dan Sarawak pengambilan franchise terpaksa ditutup untuk sementara waktu,memandangkan kekurangan Bahan mentah dari pihak pembekal.
sekiranya berminat boleh hubungi hakak di talian 012-3684673.

Share:

0 comments