Berhasil juga Akhirnya
macam tak percaya je...bunga rose ni aku yang taman,hahahaha..kalau mak tau mesti mak pitam,mana taknya anak perempuan bongsu dia tak pernah lagi tanam pokok,pokoknya hidup,bukan setakat hidup,siap berbunga lagi.
Dulu pernah la sekali dua aku cuba tanam pokok bunga,dari pokok bunga rose sampai la pokok yang paling senang nak hidup,pokok pukul 8 pagi..(kalau tak salah aku tu la nama pokok bunga tu).tapi lepas sebulan comfirm mati,tak tau la kenapa,orang cakap sebab tangan aku panas,erm...yeke.So aku dah malas dan serik la nak tanam menanam bunga ni.bukan malas,tapi takut tak menjadi.
Nak dijadikan cerita,aku pergi rumah kawan aku dekat Kelantan hari tu,ternampak la dekat halaman rumah orang dekat tepi jalan tu,halaman dia penuh dengan bunga rose,berbunga berwarna-warni gitu,jelesnya...Tak boleh jadi ni,tak kira apa nak jadi pun jadi la,yang penting balik rumah esok,aku nak tanam jugak.
Sampai je rumah,memandang kan dah lewat malam,maka aku mengubah plan untuk carik pokok dan tanah esok pagi je,bangun je tidur,hantar widad pegi sekolah,aku terus ke nursery(firstime tau,aku memang tak pernah jejak nursery2 ni)
Dah puas berpusing berlegar semua bagai aku pilih la bunga rose color pink ni.balik tu dengan gigih nya aku dok tanam pokok ni,dan hasilnya...tadaaaaa
seronoknya bila tengok pokok yang kita tanam mengeluarkan bunga yang indah lg berseri...
Misi berjaya.
Tags:
lifestyle bunga rose
0 comments