Logo KBBA

Keberanianku di uji di Peladang Setiu Agro Resort




Assalamualaikum semua..

Kalau sebelum ni hakak cerita tentang Setiu Agro Resort,kali ni hakak nak cerita kan pulak aktiviti hakak dan team kbba sepanjang kami di sana.



Night Walk

Lepas makan malam kami menonton tayangan video dan serba sedikit penerangan tentang Setiu Agro Resort oleh En.Sanusi,di restoran.lepas tu kami berkumpul di luar dan dengar taklimat untuk aktiviti pertama kami malam tu.nak tahu apa aktiviti kami malam tu?
Night walk weh!!

Kalau korang nak tau hakak ni salah seorang manusia yang penakut,banyak benda yang hakak takut,dan salah satunya 'KEGELAPAN'.Seumur hidup ni tak penah terfikir nak berjalan dalam kepekatan malam,apatah lagi nak meredah hutan gelap-gelap.Tapi atas semangat berkumpulan,hakak gagahkan jugak.
Alhamdulillah dalam masa tak sampai sejam kami menamatkan Night walk kami dengan jayanya.Tanpa sebarang hantu pun yang muncul melainkan Encik pacat yang aktif memalam hari ni.



Tambahan lagi Encik Naqib,Encik Pian Encik wafi dan Encik Ihsan selaku instructor banyak membantu kami malam tu,walaupun Encik Naqib agak galak mengenakan kami dengan bunyi kucing tercekiknya tu,tapi tu semua sekadar untuk menghiburkan suasana hahahampeh tol.tapi memang friendly la dorang ni.



Flying Fox,Sekali lagi ketakutan aku di uji.

Habis night walk kami malam tu,kami balik bilik,fuh nasib baik badan hakak clear dari sebarang pacat,kalau ada pun roomate hakak Cik Ayue sejenis manusia yang tak kenal erti takut,kalau ada hakak jerit jela haha.

Kami teruskan dengan aktiviti kami yang kedua iaitu Flying Fox...eleh apa la sangat kan tali tu kan kukuh.Agak-agak takut pejam mata je la kan.

Tidak weh...sesungguhnya itu bukan lah semudah yang disangka,panjat tangga nak ke tempat pelepasan tu pun dah satu dugaan.Hakak gayat weh,tangga dia,tegak ya rabbi,tersalah langkah mau terbalik kebelakang weh.

Belum hilang kecut perut hakak,dah kena panggil sebab dah sampai giliran kena tolak,Ya ampun.Segala doa yang hakak tau semua hakak baca,mengucap kalimah syahadah tak tau la berapa puluh kali hakak baca.Dapat plak jurulatih kuat menyakat,elok-elok hakak berani nak lepas,boleh pulak dia cakap tali nak putus,hakak rasa kalau kena toreh muka hakak waktu tu,memang tak keluar darah kot...hahaha

Akhirnya setelah hakak berteriak 'go,go' baru la dia lepaskan..eh sekali dah jalan,syok plak rasa macam terbang plak,siap melambai-lambai lagi ko.Hajat nak naik lagi,tapi kesuntukkan masa,hakak terpaksalah tundakan hasrat hakak tu.






Meredah selut dan lumpur di Laguna Setiu

Habis berflying fox,kami memandu ke Laguna Setiu (Setiu Wetland).Nak ke laguna ni kami kena naik bot.Jejak je kaki kat sana,mata hakak terpanah dengan keindahan dan tenangnya suasana kat sana.Terasa damainya weh.kami tak lepaskan peluang.Apalagi sesi bergambar bermula!!macam-macam gaya,melompat baring meniarap hindustan semua ada.





Habis bergambar,kami bergerak ke kawasan laguna.Meredah muara ke pokok-pokok bakau untuk mencari lokan,Memula nak jumpa tu,makan masa 10minit jugak la,tapi bila dah dapat,dapat lagi..pergh rasa bangga giler,macam nak tukar kerjaya plak,nak jadi penangkap lokan plak haha(gurau je)




Habis di pokok-pokok bakau kami masuk ke air semula,masuk je dalam air hakak rasa nak teriak,selut weh,bayangkan kalau selut tu kompom la tanah kat dasar air tu lembik kan,ya ampun geli geliman la plak.Tapi tanah lembik tu tak lama pun,kat tengah sikit dasarnya dah keras dan dah boleh jalan tanpa pegang orang dah.Kat tengah muara tu kami carik kepah dan tiram pulak,Walaupun ditengah terik mentari,semua tu tak menjadi penghalang buat kami.ecehhh.


Lebih kurang jam 6petang kami tiba di resort,badan pun dah penat,makanya hakak pun ambil peluang bersihkan diri dan rehat sekejap,sebelum memulakan sesi senaman suara malam nanti.

Malam Terakhir Kami,Senaman Suara

Tak sia-sia kami meredah air mencari lokan siang tadi,hasilnya kami bawak balik ke resort dan menjadi menu bbq malam ni.

Sambil makan,kami ada sesi karaoke,semua sporting,termasuklah En.Sanusi sendiri,eh suara En.Sanusi sedap kot,terkezut hakak dengar.Lebih kurang pukul 12 malam kami beransur balik ke bilik untuk tido,yela esok masih ada aktiviti yang perlu kami lakukan sebelum balik ke rumah.

Confidence Water dan Berkayak

Lepas sarapan kami balik ke bilik untuk menukar pakaian,yela nak basahkan,sayang la pulak nak basahkan baju bersih.
Tapi untuk aktiviti hari terakhir ni,hakak cuma tengok dari atas,lagipun co-pilot hakak tak berapa sihat,dah tentu la hakak memandu sorang hari ni,so hakak ambil langkah selamat,hakak duduk di tebing sambil ambil gambar guna kamera Azura abu(amizing terengganu)




Lepas lunch kami bergambar kenangan,sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.




Udang Tepung Viral



Sempat la menyinggah di kedai udang tepung yang viral tu.erm...seperti yang hakak jangka,hanya hebat dilaman sosial belum tentu hebat ditekak,tapi tak tau la orang lain macamana,sebab hakak memang duduk kawasan nelayan,so ikan dan seafood memang segar-segar dan murah.

Cerita Hanie.

Berkampung selama 3hari 2malam di terengganu,buat hakak lebih kenal dan rapat dengan rakan-rakan blogger yang lain,Siapa sangka Kak Long yang garang macam mak tiri tu,terselit satu sifat yang giler-giler.Kechik yang pendiam tu,tiba-tiba boleh join berkaraoke,hakak yang galak ni pun kecut perut nak pegang mic,takut pecah gegendang telinga kekawan hahahaha.Ni kali kedua hakak berjumpa dengan Kakya dan Huda,dan merupakan kali pertama berdepan mata dengan Eyqa,dik non bawak keta jangan laju laju hokeh.
Kalau di Cherating hakak cuma senyum tanpa sembang dengan Ayahji,tapi di terengganu ni,baru lah hakak tau,kelakar rupanya seketul insan bernama Ayahji.kenangan weh bila kau corner lipat depan resort tu,tertonggeng hakak kat tempat duduk belakang hahaha.
Terima kasih buat Zarin dan Yanty,sebab sudi jadi teman setia hakak sepanjang perjalanan pergi dan balik untuk trip Kembara Kbba9 kali ni.korang memang best.
Tanpa korang,Kak Min,Raji Nan dan Mimin trip kali ni takkan ceria tau.

Akhir kata,ribuan terima kasih hakak ucapkan pada Peladang Agro Resort Setiu,Terengganu,Aben dan team kbba9 untuk trip kali ni.Bertemu lagi dilain entri.

Kredit photo by :
Azura Abu (Amazing Terengganu)
Team Kbba9

Share:

2 comments

  1. bestnya aktivitiiiiii jelesssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak sue,memang banyak giler aktiviti,sampai tak dan nak main handphone.hehe

      Delete