Logo KBBA

Bengkel Fotofon bersama SONY dengan Kerjasama MATIC dan Cosmoderm buat aku lebih peka tentang cara ambil gambar


Siapa Suka Ambil gambar?

Assalammualaikum semua...sihat ke?
Again...hakak update blog guna handphone,ya ampun,bila la Mr.lappy hakak nak siap ni huhu.

Hai korang,hakak nak tanya sikit boleh?Korang suka ambil gambar tak?Selalunya korang gunakan kamera atau pakai handphone?Hakak memang suka giler ambil gambar,tak kisah la ambil gambar apa pun,pemandangan ke,gambar orang ke,gambar binatang ke,bila rasa nak amik gambar je,hakak akan keluarkan handphone cabuk,reput hakak ni,hehehe...tu je harta yang ada kan,nak tak nak pakai jela.

Zenfone 3,ni je yang mampu.haha

Tapi tu la,sebagai manusia biasa ni ada je benda yang buat hakak rasa tak puas,salah satunya,hasil gambar yang hakak ambil la,tengok kawan kawan lain amik gambar cantik cantik,clear,tapi bila kita ambil sendiri,alahai macam orang tak de seni langsung.Mula la rasa nak tukar handphone,tapi budget pulak ciput,sedih hakak.Tapi kan kawan kawan tu pakai handphone jugak,pakai handphone yang sama,tapi kenapa gambar dia cantik,gambar hakak biasa biasa je.

Bengkel Fotofon Bersama Sony dengan kerjasama MATIC dan Cosmoderm

Okeh disebabkan cerita ni tentang handphone dan gambar ni,maka tertulis la satu entri hari ni.Minggu lepas hakak dan team kbba9 yang lain,berpeluang menyertai bengkel fotofon,dapat pulak yang mengajar kami,memang seorang yang santai dan berpengalaman.memang tak bosan la.Photografer yang hakak maksudkan adalah En.Rahman Roslan.

En.Rahman Roslan

Banyak ilmu yang cikgu ni turunkan dekat kami,antaranya macam mana nak ambil gambar menggunakan handphone,tapi nampak macam profesional.Korang percaya tak?ramai fotografer yang hebat ambil gambar yang cantik dengan hanya menggunakan telefon.tak percaya?meh hakak tunjukkan bukti dekat bawah ni




Amacam?hebatkan?dah macam pakai dslr yang mahal tu kan.sedangkan pakai telefon je.tapi ada la caranya.

Apa fungsi Manual di kamera telefon kita?

Kalau selama ni,hakak main taram je ambil gambar,dan tak pernah tahu pun kamera dekat telefon tu boleh di setting,selama ni pakai auto je,tak pun pakai setting yang dah memang ada,mcm HDR semua tu,tak pernah terfikir pun nak godek dekat button Manual.

Selalu tu hakak godek dekat sini je.

Bukan setakat tu,kami juga di ajar tentang basic fotografer dan apa kegunaan Aperture,Shutter Speed dan ISO/ASA.


Pratikal dan Contest.

Habis dekat dalam kelas kami terjah ke perkarangan Matic untuk buat pratikal,so macam-macam gaya dan gambar yang geng kbba9 rakamkan.Yela,dalam banyak-banyak gambar yang dipost di ig,akan diumumkan 2 orang yang bertuah sebagai pemenang.

Hakak cuba nasib haha.

Terus mencuba

Balik dari bengkel fotofon,hakak apalagi cuba tunjuk skill yang hakak dah belajar,alhamdulillah,walau tak secantik mana,tapi jauh berbeza hasil gambar dulu dan sekarang hehehe.

Ada kisah disebalik gambar lembu ni.haha

Siapa sangka,Bunga liar ni,kelihatan menarik di dalam gambar.

My hero anime.Monkey D.Luffy

Pemenang contest

Tahniah buat kak nina mirza dan mama kembar tiga yang dinobatkan sebagai pemenang,memang hebat gambar yang mereka rakamkan,ada gaya kata orang.hehe.



Terima Kasih Penaja

Tak lupa jugak pada penaja,yang sudi sarapan hingga ke makan tenghari kami dan goodies bag pada peserta.Antaranya Cosmoderm,Matic,Sony Malaysia,Irabakeri,Khaisya Delite,Restoran Nelayan Gombak,Cafe Cerita Kambing,tasty_bake dan Brillpremiumcafe.Semuanya sedap sedap,memang tak jadi diet hari tu hehehe..dan terima kasih sekali lagi buat MATIC kerana menyediakan tempat dan ruangan yang selesa untuk kami belajar.terima kasih sekali lagi.



Terima Kasih Kbba9

Tak lupa jutaan terima kasih untuk Aben selaku founder kbba9 rakan rakan kbba9 yang turut serta,terima kasih sebab bagi peluang pada Zura untuk join bengkel fotofon ni,banyak ilmu yang saya dapat hari tu,buat team kbba9,Zura mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang bengkel fotofon ni berjalan.Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi.

Share:

6 comments

  1. Ruginya tak dapat join belajar haritu. Akak pun ambil gambar guna hp je. Samalah main taram je ambil gambar. Tak reti nak setting pun. Patutla gambar akak snap tak cantik 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe kak,mana tahu lepas ni ada kelas fotofon boleh join lagi kan

      Delete
  2. lawanya gambar mata lembu tu, tergoda ai tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kan,chantek mata tuan yang amik gambar gak kan..
      #doneperasan

      Delete