Logo KBBA

Kami bukan Gila ~MDD~



Jumpa pakar psikiatri,kenapa kau gila ke?kau tak ingat tuhan ni,kau takde iman sebab tu kau jadi macam tu perghh berdesing rasa telinga ni.Itulah pandangan orang yang kolot tentang penyakit yang berkaitan dengan emosi ni,apa dia ingat kita saja suka² nak makan ubat tu?dia ingat doktor suka² je nak diagnosis kita,nak masukkan kita dalam mesin mri semua tu?
Tapi yelah,itu pandangan masing2 kita tak tutup mulut orang yang macam tu,kita doa je moga satu hari nanti dia akan faham dan mengerti apa maksud kecelaruan emosi tu.
Tahun ni tahun kedua hanie disahkan mengidap MDD dan BPD,nak tahu apa yang maksud MDD.
Dibawah ni,hanie cuba terangkan sedaya dan semampu hanie. 

Apa maksud MDD?

  • MDD (major depressive disorder) atau lebih dikenali sebagai kemurungan melampau.

  •  Ia melibatkan perasaan sedih,hiba,pilu,sepi,kecewa,hilang harapan

  •  Merupakan penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki dan wanita,kanak²,remaja,dewasa dan warga emas

Tanda-tanda MDD

  •  Tidak bermaya,Badan terasa Lesu

  •  Sukar tidur ataupun terlebih tidur 

  •  Suka duduk ditempat sunyi dan gelap 

  •  Tidak mahu jumpa sesiapa

  •  Hilang minat dengan perkara yang mereka suka sebelum ini.

  •  Merasakan hidup ini tiada makna dan sia²

  •  Keinginan bunuh diri yang mendalam

Cara mengatasi


  • Bercakap dengan orang yang anda percayai
  • amalkan cara hidup yang sihat
  • Elakkan pengambilan dadah dan alkohol
  • Teruskan aktiviti yang digemari sepertu biasa
  • Keluar dengan kawan²
  • Dapatkan rawatan pakar 






 Beri Perhatian dan bantulah mereka

Sekiranya perkara ini berlaku pada diri anda ataupun kawan dan keluarga anda,janganlah dicemuh tetapi bantuan mereka untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.Kami tak minta sakit begini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau luahan boleh la balas dibahagian komen dibawah.

Disini hanie sertakan link ujian untuk mengesan tahap kemurungan yang ada pada kita.

Ujian Dass


Buat masa ini,hanya ini yang mampu hanie konggsikan,insyallah dilain hari hanie akan kongsi dan ceritakan apa itu BDP.

Terima kasih pada semua yang memberi sokongan dalam penulisan hanie selama ini,semoga apa yang hanie kangsikan ini,mampu memberi manfaat kepada kalian.


Salam sayang buat semua


Share:

7 comments

  1. 🥺😞 i need help.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont lost hope. Get help go seek doc and best friend to share.

      Delete
    2. Boleh Whatsapp hanie kalau perlukan org utk berbual.i here.

      Delete
    3. Hai hanie boleh kita berbuat

      Delete
    4. Boleh, Whatsapp je hanie k

      Delete
  2. Hanie, apa khabar awk skrg? Boleh ke nak berbual di wasap?

    ReplyDelete