Perginya membawa seribu kenangan.




Assalammualaikum,salam sejahtera semua.
Rasanya kita baru je dikejutkan dengan pemergiaan allahyarham abam bocey,tapi semalam kita dikejut pula dengan pemergian Asraff Sinclair.Ada sesetengah berita mengatakan allahyarham meninggal kerana serangan jantung,dan ada juga mengata kerana GERD,apa itu GERD,insyallah nanti hanie akan buat satu entri tentang penyakit tu.

Hilang Sudah sebutir Bintang



Allahyarham merupakan pelakon model dan pengacara dari Malaysia,telah telah meninggalkan seorang balu iaitu,Bunga Cinta Lestari dan seorang anak lelaki Bernama Noah,Allahyarham telah menetap dan meneruskan kerjaya dinegara jiran.

Hanie merupakan salah seorang peminat Allahyarham,rasanya baru beberapa hari lepas hanie buka ig dan melihat kemesraan mereka suami isteri,betapa bertuahnya BCL dan Noah mempunyai lelaki seperti didalam kehidupan.

Tapi siapa sangka,semalam allahyarham telah pergi meninggalkan mereka dan kita semua.Pasti yang paling terkesan adalah Noah.Bagaimana akrapnya Noah dan Ayahnya,kini semua tu tinggal kenangan.Tiada lagi insan bergelar ayah disisi,begitu juga dengan Bunga Cinta Lestari,tiada lagi suami yang super caring,yang mencintainya sepenuh hati dan insan yang bergelar suami.

Hargailah Orang Tersayang

apa yang berlaku kepada keluarga abam bocey dan Asraf Sinclair sangat2 menghibakan,semalam mereka ada disisi tapi hari ni,semuanya bagai mimpi.
Buat kita semua,hargailah orang yang kita sayang,kerna kematian itu bukan mengikut usia,jangan menyesal dikemudian hari,Sesal itu sangat menyakitkan.

Salam Takziah

Kini tiada lagi Gurau senda mereka yang dapat kita tonton,yang tinggal hanyalah video dan gambar sebagai kenangan.
Buat Keluarga Abam bocey dan Asraf Sinclair salam takziah hanie ucapkan,moga mereka terus kuat dan hari yang mendatang.Alfatihah

Share:

0 comments