Logo KBBA

Dusun di putrajaya - Taman Warisan Putrajaya



Cuti hujung minggu je,mesti tak tahu arah mana nak ditujukan,paling tidak pun pergi mall,layan movie,window shopping segala bagai,pas tu balik,itu la rutin orang sekarang(termasuk la hakak hehe).Tapi Sabtu yang baru ni,rutin tu bertukar 360%,dari berjalan dalam mall yang penuh ekon tu,kami dari team kbba meluangkan masa melawat Taman Warisan Pertanian,Putrajaya.

Taman Warisan Putrajaya





Taman Warisan Putrajaya berkeluasan 35 ekar.
Terletak di Presint 16(boleh rujuk waze)

Dibuka 
8.30am - 5.30pm
Setiap hari termasuk cuti umum

Bayaran masuk
mykad RM8.50(dewasa) 
RM6.50(kanak-kanak).
Tiada mykad Rm13.50(dewasa) 
Rm9.50 (kanak-kanak)


Pengalaman di Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Siapa sangka di sebalik keindahan seni reka bentuk bangunan dan taman taman bunga di Putrajaya,terselit satu taman yang penuh dengan pokok berbagai jenis dan buah-buahan tempatan,bukan setakat buah buahan yang biasa kita tengok,tanaman yang hampir pupus pun ada disini.Taman Warisan Pertanian ni sangat sesuai dikunjungi oleh anak-anak dan juga pelancong luar.

pestime hakak tengok buah Beruas ni-kredit foto Ben Ashaari


Kalau sebelum ni kita cuma melihat gambar,disini hakak boleh sentuh dan lihat sendiri rupa bentuk buah dan pokok tu sendiri,contohnya macam Lada hitam dan lada putih,seumur hidup baru semalam hakak tau,Lada hitam dan lada putih datang dari pokok yang sama.

Biji Lada - sumber kbba9

Buah dan biji kopi - sumber foto kbba9


Hakak memang anak felda,kat kampung memang ada kebun getah,tapi tak pernah lagi hakak tengok orang proses getah beku tu live depan mata.Tapi dekat sini kitarang berpeluang menlihat staff Taman Warisan Pertanian buat demo proses getah beku,bukan pakai mesin macam sekarang,tapi dorang pakai pakai mesin penggelek tu,nanti hakak campak gambar kat bawah okeh.Kalau korang datang sini dan dan nak tengok cara proses getah korang cuma prlu tambah RM5.50/pax

sedikit penerangan dan sejarah awal kemasukan pokok getah di Malaysia oleh staff Tamn Warisan Pertanian

okeh adik-adik ni,begini caranya kita memotong pokok getah ye.
Sebelum di gelek.kredit foto 

Ni la yang hakak maksudkan gelek tadi tu ye.kredit foto 



proses buang air selesai,kemudian masukkan ke rumah asap-kredit foro kbba9


Setelah dimasukkan kerumah asap selama beberapa hari-kredit foto kbb9


Selesai tengok demo memproses getah,kami di jamu dengan buah-buahan yang ada di dalam dusun ni.



kredit foto kbba9

kredit foto kbba9
Sarang madu kelulut

Kat sini bukan hanya ada dusun dan pokok getah,tapi sarang lebah pun ada tau,madu kelulut.sempat la kami tengok mereka sedut madu dari sarang madu tu,siap rasa lagi,sedap.Apa yang hakak paham,sarang madu kelulut ni,di bawa dari kelantan,perghh jauh jugak lebah ni mengembara kan.





Sebenarnya bermacam macam lagi aktiviti yang ada disini,kalau hakak nak tulis,memang panjang berjela la jawabnya,untuk memudahkan korang disini hakak sertakan cara menghubungi Taman Warisan Pertanian Putrajaya untuk sebarang pertanyaan.

Hubungi melalui telefon di talian: 03 8888 2722 / 03 8893 1967
Media sosial
Facebook: Floria Putrajaya
Instgram : @floriaputrajaya


Kbba9

Sebelum hakak mengundur diri izinkan hakak lemparkan beberapa keping gambar kami sepanjang berada di Taman Warisan Pertaniaan Putrajaya.Saya mewakili kelab blogger ben ashaari mengucapkan ribuan terima kasih Pihak dan staff Taman Warisan Pertanian Putrajaya.













p/s : kredit foto , team kbba9

Share:

5 comments

  1. seronok sangat datang sini..

    ReplyDelete
  2. Best kan.. Sambil2 kita berlenggang kangkung dalam tu mengeluarkan peluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mel,nak harap berjalan sesorang memang ntah bila la.

      Delete
  3. rasa macam nak pergi sana juga lah..ada macam-macam buah ehh yang tak pernah dengar & rasa

    ReplyDelete