Punca set Happy Meal dari McDonald's,aku jadi panas hati.
argh...panas hati pasal semalam tak hilang lagi,punca hello kitty happy meal semlm habis stok selepas 9jam penjualan menyebabkan aku keberangan huhu.
TINDAKAN YANG AKU AMBIL
Dan berpunca dari keberangan aku tu jugaklah aku buat report pada bahagian aduan McDonald's Malaysia secara online.Aku buat aduan dalam jam 3petang macam tu kot,tup tup pukul 5petang pihak McDonald's sg.besar call aku utk penjelasan yang lebih details.
SEBALIK KEJADIAN
Baru la aku tau,rupa rupanya pihak McDonald's xde hak menyekat ataupun melimitkan pembelian,sebagai contoh,kalau customer nak beli 100pcs,walaupun berat hati,pihak McDonald's terpaksa jual jugak.makanya wujudlah beberapa jenis manusia yang ada sikap macam taik,amik kesempatan atasan minat orang lain,beli dengan kuatiti yang banyak dan bagi alasan untuk diberikan pada sekolah..wtfish...dan yang menambahkan keberangan aku ni,bila bukak shopping online(yang tengah viral sekarang ni),mainan ni dijual dengan harga yang mampu membuatkan aku mencarut...
MEREKA MENCADANGKAN
Berbalik la pada perbualan aku dengan staff dan manager McDonald's tu,aku tanya la,takde ke solutions untuk masalah ni,nasib baik la staff McDonald's sg.besar ni bagus,n layak la dipuji dengan cara dorang handle custome,so reda la sikit kemarahan aku dengan penjelasan dorang ni.
So buat korang yang menghadapi masalah dan ketidakpuashati dengan benda ni,jom kita reramai buat cam gini;
buat report pada page McDonald's malaysia,memohon agar McDonald's mengambil tindakan dengan menyekat pembelian secara tak bermoral ni,maksud aku limitkan pembelian happy meal untuk setiap pelanggan.contoh satu pelanggan hanya boleh boleh beli 5 happy meal untuk sekali pembelian.Mana tau McDonald's malaysia ni boleh keluarkan arahan sekatan pembelian pada franchises McDonald's dalam malaysia ni kan...pape pun kita cuba.
Caranya mudah je... tgk kat bawah okeh.
masuk page McDonald's,click contact us. |
isi maklumat kat sini,simple je |
pas tu,tulis la pape komplain yang korang nak buat,nak buat contoh macam aku buat tu pun boleh. |
pssssst...korang nak tau tak..kadang2 sebab melayu ni suka tengok je apa yang jadi menyebabkan bangsa lain mengambil tindakan yang kita tak jangka,kita tak boleh salahkan dorang bila dorang beli secara banyak,sedangkan kita hanya sekadar,lihat angguk dan membuat kecaman....paham tak?kalau tak paham jugak,xdapat hakak nak menolong..buat korang yang tak heran dengan hello kitty ni,korang boleh la dok lepak tgk bola dan tido dengan lena,aku sebagai peminat hk ni,memang takkan lepaskan peluang untuk merebut kesemua set hello kitty dari happy meal ni.
Lain orang lain perangainya...ok chow..muahciked.
1 comments
eh apsal tak tahu apa2 ni.. kalau tau mau berebut gi dptkan kereta
ReplyDelete