Logo KBBA

Diari Hati.

 Ujian... 

allah uji sebab allah sayang,ya aku tahu... tapi kadang aku tak kuat,sakit... 

makin sakit bila semua ni kena tanggung sorang²

aku tak de siapa,

aku tak de kawan yang sanggup ada susah payah dengan aku

aku tak de keluarga yang sanggup berkorban bila aku sakit

aku ada suami,tapi... 

terkadang aku tertanya² untuk apa aku teruskan hubungan ini kalau semua aku kena hadap sendiri.semua aku tanggung sendiri. 

aku ada anak,tapi...

aku tak nak ganggu emosi anak aku.tambah lagi baba dah tak de.anak aku pun macam aku,dia cuma ada aku.

aku tak nak anak aku rasa sakit seperti yang aku rasa.terasa diri ni gagal. 

Tapi bila aku pandang diri aku balik,bukan sebab kawan,keluarga dan orang sekeliling yang tak boleh faham,tapi mungkin aku yang tak nak faham orang,aku tak faham keadaan orang lain.Aku hanya nak orang faham aku.

Dan akhirnya aku sedar aku hanya seorang manusia yang gagal... 

gagalnya aku sebagai ibu,

gagalnya aku sebagai anak, 

gagalnya aku sebagai hamba allah. 


dan akhirnya yang mampu aku ucapkan... 

Allah...Hanya KAU yang aku ada.

terima kasih kerana pinjamkan aku seorang anak perempuan yang matang sebelum usianya.dan aku tahu,anak aku juga rasa sakit bila aku tak terdaya malah baba juga telah pulang ke pangkuanMU. 

Kuatkan anak ku,moga hidupnya tidak sepertiku.bantu aku ya tuhan ❤. 



Share:

0 comments