Logo KBBA

Warkah untuk Cahaya Kasih Sayang Baba

Setelah 4tahun menanti,berbagai kata-kata baik dan buruk kami dengari...akhirnya 10/08/2010 5.55pagi (1ramadhan 1431) lahirlah puteri yang kami nanti-natntikan.Nur Widad nama yang baba beri,yang membawa maksud cahaya kasih sayang,kata baba,kamu adalah bukti kasih sayang baba dan ummi.

Anakku berbagai rintangan dan dugaan,tak kurang juga kebahagiaan dan kegembiraan yang tercipta buat umi dan baba dalam membesarkan kamu. 

Ternyata kamu ank yang hebat sayang,setiap ujian dan dugaan yang berlaku,semuanya berjaya kamu tempoh.tak perlu ummi ungkapankan,kerana kamu tahu apa yang keluarga kecil kita lalui sehingga terjadinya perpisahan ummi dan baba.

sekiranya ramai ibu dan ayah dluar sana merasa mereka banyak berkorban demi zuriat mereka,tapi percayalah,dalam sudut hati ummi yang paling dalam,kamulah yang banyak berkorban untuk kami.saat kami sakit,saat kami jatuh,saat kami lumpuh,kamulah yang sentiasa ada disisi kami.

Nur Widad,kini baba tiada lagi,tapi kenangan bersamanya tak mungkin akan terpadam,ummi mohon teruslah berjuang,teruslah kuat,sentiasa doakan baba di alam sana.Jangan sesekali awak salahkan diri sendiri atas apa yang terjadi,baba dah tak sakit lagi,baba dah boleh berlari dan jumpa mbah dan atok di alam sana,kita doakan moga baba tenang,dan ditempatkan disamping prang yang beriman.

Pada mereka yang menidakkan hak awk,biarlah...biarlah MEREKAberkata gah dan angkuh dihadapan semua orang,biarlah mereka ambil segalanya hingga tidak meninggalkan sisa apa pun untuk kamu,biarlah mereka hina insan yang melahirkan kamu seperti hidup mereka abadi dan takkan mati,kerana memang begitu sifat mereka sejak dulu.Biarlah yang lain dibutakan dengan kata-kata orang yang hebat itu,sesungguhnya kita yang melalui dan Allah mengetahui semuanya

Tapi mereka tidak boleh menidakkan,bahawa kamu adalah cinta pertama dan terakhir,malah kamu lah satu satunya zuriat MUHAMAD JEFFREY.

Sayang sempena hari lahir ke15 kamu kali ini,ummi mengucapkan selamat hari lahir chenta,ummi tidak berjanji akan ada hingga ke akhir hayat kamu,namun ummi berjanji,selagi ummi hidup dan waras,saat jatuh bangun kamu umi akan setia disisi awak dan ketahuilah doa ummi akan sentiasa mengiringi kehidupan chenta hati ummi dan baba ini.Terima kasih kerana selalu ada disisi ummi,selalu menjadi tulang belakang ummi,tak mengeluh saat hidup susah payah dan serba kekurangan selama ini.

teruskanlah perjuangan kamu,melangkahlah dengan berani,dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama kita,Amin.


Ummi Nur Widad 

09/08/2025

6,46pagi.


Share:

0 comments