Logo KBBA

Ujian Allah untukku (part 1)

 Ingin ku titip apa yang ada dilubuk hati,tapi takut takut ramai yang terasa hati,tapi hati aku sedang Lara.

Belum menulis,tapi pipi dah basah macam hujan.

Apa yg aku blh ckp,dugaan Allah bagi untuk aku perbaiki diri.

Episode malang 31/3/2021,aku kemalangan,terbabas langgar pokok kelapa sawit, alhamdulillah,Allah masih panjangkan umur aku,Dan alhamdulillah,anak aku disebelah tidak cedera.

Hanya aku,Dari proses mengeluarkan aku Dr kereta hingga ke hospital,tidak sesaat pun sakit tu hilang,sakit yg Tak mampu untuk aku gambarkan.

Luaran tiada sebarang Luka,rupanya tulang antara peha Dan pinggul aku hancur,lutut hingga betis dimasukkan besi,walaupun pembedahan dilakukan tidak sesaat pun,rasa sakit itu hilang,tambah lagi doktor tidak membenarkan aku mengambil ubat untuk penyakit bipolar aku.

Macam² dugaan dihospital,aku ditempatkan di bilik keseorangan,Bila sakit tak tertahan aku menjerit aku merayu untuk berikan ubat,paling tidak untuk ubat bipolar,tp Sayang,jeritan aku hanya didengari seperti seorang manusia gila yang hidup dirumah orang sakit jiwa.

Alhamdulillah,ada seorang makcik datang saat aku betul² hampir hilang akal,datang peluk berselawat Dan tenangkan aku,sungguh aku tenang malam tu.Malam tu makcik tu datang lagi,tayamumkan aku,aku solat,aku mengaji.tp aku tetap tak boleh tidur,kerana ubat yang mereka berikan tak mampu untuk mengubati penyakit yang ada didalam kepala aku,suara² yang tak pernah berhenti menghukum aku.bayangan² yang datang berbagai bentuk Dan rupa.tak tergambar bertapa aku mengharapkan doktor beri keizinan Untuk aku pulang ke rumah mak aku,aku rindu anak aku.

Alhamdulillah hampir sebulan dihospital aku dibenarkan pulang,kak lela datang dengan suaminya untuk bawa aku pulang ke rumah mak.

Lepas rindu aku pada anak aku.

Insyallah Nanti aku sambung lagi penulisan tentang kehidupan aku hingga ke saat ini.

Kekuatan ku hampir rapuh,hanya semangat yang tersisa,doakan aku terus kuat untuk memulis Dan meneruskan hidup.


Share:

0 comments