Logo KBBA

Mr.diary rehabilitation perkeso tunku andul razak melaka part 1





 

Jika semalam bukan Hari yang baik untukku,

 

bangkitlah,


mungkin bukan untuk diri aku sendiri,tapi demi orang yang aku Sayang Dan orang yang menyayangiku 


 Bismillah, alhamdulillah pejam celik pejam Celik dah 9hari (25/1/2022) aku menetap di rehabilitation perkeso melaka,Dari perkeso Petaling Jaya aku Naik van perkeso untuk ke pusat rehabilitation tunku Abdul razak melaka.


Perkeso Pertaling Jaya (by google

Pusat rehabilitation Tunku Abdul Razak Melaka(google picture)



  • Sampai ke pusat rehab kami terus do bawa ke bahagian wad saringan untuk swap covid, alhamdulillah,kami berdua yg Naik van negatif.Aku Naik van an sorang brada Dari sg.choh abg kerul namanya.


  • Settle swab covid kami di bawa ke bilik khidmat pelanggan,kat situ la segala maklumat diri di ambil Dan diiberikan sebuah buku seperti passport,Dan memang dorang pangpil client passport.,nk order makanan Dan maklumat kelas semua ada kat sana.


  • Settle di khidmat pelanggan,kami di bawa untuk membuat pemeriksaan di klinik bersebelahan kaunter perkhidmatan.,aku dapat Case Manager ber nama Puan Najihah (Cs) Dan doktor yang merawat aku adalah Doktor Azman,so kalau Pape jadi dekat aku,Dari segi kesihatan nurse akan bagitau doktor Dan cs aku.lepas ambil keterangan,cik hanie perlu duduk di wad dulu sebab ubat cik hanie adalah wad kawalan Dan masih tak dobenarkan untuk makan ubat tanpa dipantau. 

 
Pelan bangunan

Customer service,Bilik Ubat Klinik semua kat dalam ni.


Settle di bawah,aku di bawa Naik ke bahagian wad,4bilik wad lelaki Dan satu bilik wad Perempuan(hujung sekali sebelum store linen).ada 6 buah katil Dan hanya ada satu kekosongon,aku dapat bed no 3.wad besar Dan selesa.seronok,dapat pula kawan Dan auntie yg baik Dan peramah.

Pintu lift tingkat 2 (wad)

Kolam Ikan depan lift tingkat 2

Auntie malar Dan uncle Sami
(Tq sudi jadi model saya)


Hakim amir n uncle di pintu masuk transition wad,wad cik hanie
(Tq sudi ber catwalk kat situ haha)

Pemandangan Bila keluar Dari lift,tingkap Dua merangkap tingkat wad



Hari kedua(26/2/2022)
Disebabkan semalam Case Manager lupa nak ajar cara order makanan,so aku makan je apa yang ada.

Pagi Hari kedua tu aku turun pukul 9 pagi jumpa dengan cm aku,puan Najihah,cm ajar cara nak order makanan,selepas ambil serba sedikit tentang diri aku,aku di bawak untuk print jadual Dan tampal di passport di customer service.
Clients passport
Wajib bawa untuk masuk kelas Dan order makanan


Hari ni aku kena masuk bilik satu,atau lebih dikenali sebagai finger one.Dalam ni ada banyak bilik.Finger 1 ni kebanyakkannya doktor di bawah perkeso antaranya di bilik ;


  • Bilik ujian pendengaran, Alhamdulillah telinga ok,cuma aku adukan tentang masalah rasa kurang keseimbangan,tambah lg bila Dari duduk nak bangun Dan sebaliknya,maka lagi 2 minggu aku akan jumpa doktor balik

Bilik ujian pendengaran (ENT)

  • Bilik mata,kat sni memag banyak la aku fail,tapi yang bestnya doktor kat sini terangkan tentang masalah mata aku dengan sangat jelas,apa itu rabun,apa itu silau apa itu saraf mata,tak macam kedai cermin mata,yang ni baru la aku tahu,selepas kemalangan mata kanan aku rabun Dan silau,tapi mata kiri aku agak parah juga,cuma bukan la tahap kritikal.mata Kiri aku rabun silau Dan ada masalah dengan visual(semua ni berlaku selepas aku kemalangan).dan doktor masih lagi mencari punca kenapa jadi macam tu.

Bilik optometri atau lebih bahasa lebih mudah bahagian penglihatan.

  • Settle bilik mata aku masuk bilik psikologi,tak Tau kenapa aku tak banyak cakap,semua aku ok walaupun hati Dan keadaan aku sangat sangat tak ok.Doktor Lim adalah salah seorang pakar psikologi di sini,sangat² memahami,aku belum pernah jumpa doktor pakar psikologi yg macam ni,baik di hospital kerajaan mahupun swasta,why aku doktor Lim ni bagus, insyallah nanti aku ceritakan,sbb perjumpaan pertama Kali ni,kami tak banyak bersembang pun.

Settle di pintu satu hampir pukul 12 tengahari,so aku Naik Dan tengok makan Dan tersedia,basuh tangan Dan terus makan,walaupun aku xmakan Ikan dory,tapi sebab tak order ubtuk Hari ni,aku pasrah je makan apa yg ada hahaha.(tak Dan amik gambar,lapar sungguh haha,

Lepas makan tengah Hari sesi kelas pula,untuk new clients,Hari pertama adalah interview tentang kecederaan Dan penyakit yang client alamai


  • Bilik pertama pintu 4 MSD (lebih kepada merawat otot Dan muscles

  • Bilik dilevel G (Kiri) di bilik ni cikgu akan lihat kecederaan Kita Dan peralatan apa yang Kita perlukan,macam cik hanie,kaki cik hanie jadi pendek sebelah,tak banyak pun,sikit je,so cik hanie akan diiberikan lapik untuk diletakkan di dalam kasut,so tak nampak la jengket sangat.(normal untuk orang yg mengalami kecederaan kaki patah atau masuk besi)


  • Habis sesi kelas,untuk clients yang masuk 25/2/2022 kami akan berkumpul untuk sesi kenal diri,tak ramai pun 4orang je cik hanie,kak maz abg khairul,abg jazmi dan seorang penjaga(isteri abg jazmi) .so ni la group cik hanie selalu berkumpul n bergosip hahaha.
Selesai semua,kami scan makanan untuk esok pulak,sampai katil kat wad,tengok makanan dah tersedia kat meja katil.so,apalagi jom makan.

Insyallah cik hanie akan ceritakan part 2 n perjalanan sepanjang cik hanie membuat rawatan disini.

Share:

0 comments