Logo KBBA

RichWorks 2021 Kembali Bangkit

 

Seramai 605,000 Usahawan Dibantu RichWorks Sepanjang 2021 Untuk Terus Berjaya

Cabaran pandemik dan ujian banjir yang berlaku pada tahun lalu menyaksikan bagaimana kita rakyat Malaysia saling berganding bahu untuk membantu sedaya yang termampu. Pelbagai agensi tampil memberi sumbangan tidak hanya dikalangan NGO, orang pribadi malah pelbagai pihak lain yang sudah tentunya ikut rasa terkesan dengan apa yang berlaku.

Salah satu pihak yang ikut memberi sumbangan adalah RichWorks. Berbeza dengan orang lain, RichWorks tidak semata-mata memberikan bantuan dalam bentuk kewangan tetapi juga dari bentuk ilmu dan semangat.



RichWorks memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd.

(RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnyaRichWorks pada tahun lalu.



Malah salah satu program mereka iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat.


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu,Berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.




Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang denganu Jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion,RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.



Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

RichWorks yang sudah sememangnya ramai orang kenal sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia benar-benar memberi inspirasi para ramai usahawan di luar sana.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 lagi, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

RichWorks 2021

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring,RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian.

Jika kalian mempunyai minat dalam bidang perniagaan atau mungkin sudah pun mula berniaga tapi sedang mengalami masalah bagaimana untuk bangkit dan terus berjaya, boleh sertai RichWorks untuk mendapat pelbagai bimbingan.

Tidak mahu sertai program yang berbayar (mungkin kerana takut ditipu atau sebagainya), boleh ikut serta dalam pelbagai program percuma yang telah RichWorks aturkan dari masa ke semasa.

Akhir kata, semoga RichWorks International Sdn Bhd ini akan terus menapak maju dalam membantu rakyat. Program kempen zero to million RichWorks seharusnya patut diteruskan kerana RichWorks prihatin ini dapat memberi impak positif pada ramai orang.

Share:

0 comments