Dugaan bercuti part 2.Cukuplah sekali


Sumber Mr.Google



Episod Baru

Bermula la hari baru di Melaka,sebelum tido malam tadi,Mr.S tolong bookingkan hotel baru,untuk hari ni,anak-anak request hotel yang ada pool.maka kami pilih Hallmark Crown Melaka Melaka,4 star katanya.Tengok gambar booking.com,memang cantik tempatnya,harga pun tak mahal mana,siap ada pool lagi.

Check in

Sampai hotel,plan nak daftar je dulu,bayar kedian,tapi reception kata tak boleh,kena tunggu pukul 3,erm ok la.So pukul 3 kami datang balik,pergh.
first-time aku tengok hotel 4 ✨ yang kaunternya kelam kelibut.tapi dalam kepala aku positif lagi.so,aku beratur jela.
tetiba...bila tang part aku,dorang suruh ke belakang,bagi laluan kat sorang amoi ni.

Menguji Kesabaran Betul!!

katanya orang tu dah tunggu lama,eh aku dah mula la nak baran ni.dah la lama.aku mencelah kat kaunter tu,"memang boleh potong que macam ni ke?" "sekejap ye puan,miss datang dulu tadi,so aku cakap la,kalau macam tu saya duduk dan nanti lepas miss ni siap awak akan panggil saya ke?" "ye boleh puan,puan duduk dulu,kejap lagi saya panggil"
Tapi seyes weh...aku rasa nak mencarut,lepas je orang tu settle,haram kejadah tak panggil aku pun weh.

Bad Service.

Lepas 3 orang check in,aku ke kaunter,beratur balik okeh.sampai turn aku terus aku bahasakan,"eh kat sini memang boleh sesukahati potong que dan pilih sapa yang you all nak serve dulu ke??"maaf tadi saya nak panggil tapi terlupa" seyes rasa nak carut je dah ni,Mr.S tenangkan aku,dia suruh aku duduk,dia tau kalau mulut aku dah start berpuaka,memang teruk kejadiannya hahaha,sebelum blah aku sempat sound semua kat kaunter reception tu,tak kuat pun suara aku,tapi keras."ni ke yang dinamakan 4star?sedangkan servis kalah hotel budget??baik tukar terus ranking hotel ni,jangan gah di online booking je,tapi hakikatnya menyakitkan hati."

Indah Khabar dari Rupa

Aku tak tau macamana hotel ni dinilai dengan 4bintang,baik dari servis,bilik dan channel tv memang kalah hotel budget.hahaha geramnya lahai.Ni baru betul indah khabar dari rupa..ceitt.
Tengok bola pun macam duduk dekat bulan.bersawang gambarnya.Haha

Ni je yang sempat aku snap,seyes dah tawar hati waktu ni.


Nasib baik check in sehari je dekat sini,Apa² pun aku harap hotel ni akan menambahbaikan lagi apa yang kurang,terutama kecekapan staff yang bertugas.
.Insyallah lain hari aku share entri,pengalaman aku menginap di Mio boutique hotel Melaka pula.

Share:

1 comments

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete