Logo KBBA

Dugaan bercuti Part 1 - Dugaan demi Dugaan

Selalu bila kita nak jalan jauh dah tentu la kita nakkan perjalanan yang tenang dan selamatkan,tapi berbeza pulak cerita aku kali ni,dugaan demi dugaan datang bertimpa-timpa sampai satu tahap tu rasa nak cancel je pegi bercuti tu,nak balik tido dekat rumah je.tapi bila pandang muka anak²,maka aku teruskan jugak perjalanan ni.

Bertukar Segala rancangan

Memula aku plan nak bercuti di Hatyai,tapi memandangkan kesihatan tak berapa cun dan matawang kita yang kian tenat,maka aku dan widad tukar tempat percutian,kami bercuti di dalam malaysia je.Plan asal nak pergi berdua bertukar menjadi 5 orang,tetiba anak aku bertambah 2 orang hahaha.Kebetulan Mr.S tengah cuti,maka dia jadi driver tidak berbayar la jawabnya.haha...

Kaki aku kena gilis


bengkak giler kaki aku waktu ni

Nak jadikan cerita,kami mulakan perjalanan lepas magrib macam tu,waktu perjalanan ke Melaka tu,Kami berenti isi minyak di Shell Sg.Ramal,lepas isi minyak kami park kat tepi shell tu,nak makan kat warung belakang tu.
Aku rasa macam sekelip mata je,kaki kiri aku dah dok bawah tayar kereta orang sebelah,serta merta aku dah terduduk tepi kereta.dalam kepala dah tak pikir apa dah,ni jap lagi mau dok bawah kereta ni kang(kereta tu bergerak lagi okeh).Nasib baik Mr.S menjerit an ketuk kereta sebelah,aku dah nangis dah waktu tu,sakit weh.tak boleh gerak langsung kaki aku.
Nasib baik la orang yang langgar tu pun ok,dia ikut kami ke Klinik berdekatan.

Teruskan perjalanan

Alhamdulillah,kaki aku cuma keradangan.doktor bagi injection dengan ubat makan.kalau ada lebam atau naik biru,doktor suruh ke hospital terus.
Anak-anak dah risau,takut aku kena masuk hospital,dan lagi dorang risau kalau cancel pergi melaka hahaha..siot je.

Dugaan Check in Di hotel

Lepas kena injet,kaki pun dah okey sikit,kami terus ke hotel,sampai hotel lebih kurang dalam pukul 12 macam tu.
Ingatkan boleh terus dapat bilik,sekali staff hotel tu bagitau "puan,tarikh yang puan booking ni,bukan utk hari ni,tapi utk hari rabu dan khamis.hari ni baru hari isnin...
pergh what the what the...segala carutan bermain kat kepala aku...penat lelah rasa nak menjerit je.Mr.S nak tenangkan aku,tak pasal2 kena jerit an aku...maaf bie,hilang kawalan sekejap.

Bilik Habis pulak

So kami terpaksa booking untuk 2bilik malam tu,tapi...arghhh bilik tinggal satu je.tu pun bed king je,ya ampun,takkan Mr.S nak tido dalam kereta.nak berair dah mata aku.Mr.S suruh amik je dulu bilik tu,lagipun dah lewat sangat,kesian kat anak²,esok pagi2 keluar cari hotel lain.
Nasib baik la layanan dan bilik hotel ni okey,sangat berpatutan dengan harga,maka kurang la sikit panas hati aku tu.

Cerita belum habis disini,nanti aku sambung di next entri okeh.


Share:

0 comments