Ayam Masak Kapitam Versi Hanie Azura



Aku bukan sejenis manusia yang pandai
apatah lagi rajin memasak.Tapi aku jenis tak reti nak tolak bila ada orang yang minta tolong masakkan sesuatu makanan yang aku biasa buat.Sedaya upaya aku akan cuba cari masa n masakkan untuk orang tu.

Ayam Masak Kapitam

Aku dapat resepi ni dari majalah Mingguan wanita,11 tahun yang lepas(lama kan hahaha) rasa seakan rasa rendang,tapi tak menggunakan keresek.
Menu ni bukan hanya menjadi menu utama pada pagi Syawal,bahkan setiap kali aku buat kenduri atau sambutan harijadi,menu ni antara menu wajib yang aku masak.

Kebetulan hari ni,Mr.S mintak aku masakkan ayam kapitam ni,mengidam agaknya hahaha,maka dalam paksa tapi rela terhasil la Ayam kapitam dan Nasi Impit.

Ramai yang tanya resepi ni,so dengan ikhlasnya aku berkongsi resepi agar orang lain pun boleh merasa keenakkan Ayam Masak Kapitam ni.tak mengharapkan apa² pun,cukup sekadar kreditkan pada blog aku hehehe.

Ayam Masak Kapitam Versi Hanie

Bahan-bahannya

Ayam - 1ekor
Serbuk kari - 5 sudu makan (aku pakai serbuk kari babas yang hijau tu)
Cili giling - 5 sudu makan 
Santan - satu kotak kecil
Kiub ayam knorr - 1
Kentang - 4 biji
Tomato - 2 biji
Garam *
Asam keping*
Air*
*ikut citarasa sendiri.

Bahan Kisar
Serai -  4 batang
Daun limau purut - 5 helai
Bawang merah besar - 5 biji
Bawang putih -  4 biji
Kunyit hidup - 1 inchi
Halia - 1 inchi 

Jom Masak

1. Masukkan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan kedalam kuali bersama bahan kisar.(takpayah pakai minyak oke)
Biarkan ayam tu kecut.
2. Masukkan Kentang.
3. Masukkan cili giling.
4. Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air.biarkan mendidih.
5. Masukkan Tomato,Garam,asam keping dan kiub ayam knorr
6. Masukkan Santan dan secawan air.Biarkan mendidih.
Siap.

Kecutkan ayam bersama bahan kisar.

Mudahkan,boleh la dihidang dengan nasi impit,nak makan dengan nasi putih pun boleh nak cicah dengan cekodok pun boleh.

Selamat mencuba semua,kalau dah buat jangan lupa share kat sini okeh.







Share:

0 comments