Logo KBBA

Widad Dan Lagu



"Nah ummi,Widad bagi lagu ni dekat ummi,tiap kali widad dengar lagu ni,mesti widad rasa nak nangis."
Widad dah tido baru la aku ingat nak dengar lagu dia bagi tu.
dinyanyikan oleh peserta got talent Britain's,ala² rap gitu,tapi bila difahami maksud dan bait² lirik lagu tu,tanpa sedar,airmata aku jatuh.Selama ni,ni ke yang Widad rasa?sebab ni ke Widad tak pegi sekolah?bermacam² persoalan yang bermain dibenak aku.
Usahkan disekolah,Masalah aku pun difikirkan sekali,Anak sekecil tu boleh memahami masalah aku,sedangkan aku...
Serius,lagu ni menikam jiwa aku,lagu ni menyampaikan,betapa terseksanya anak aku.maafkan ummi sayang.
Yes,lagu ni memang layak mendapat gold buzzer.

Hopeful

Serba ringkas tentang lagu ni.
#  kisah seorang anak yang sering dibuli disekolah

# yang merasakan dirinya malang bila ibu dan ayahnya dah tak bersama

# anak ni tak berani mengadu pada sesiapa,dan lagu ni dicipta untuk meluahkan isi hati dan segala hal yang sedang dia alami.






Widad Dan Lagu

Yup lagu ni sangat² kena dengan diri Widad,sepanjang persekolahan,ank ummi ni selalu dibuli,bukan setakat pukul,malah dengan ejekan² yang menyakitkan hati,ye anak ummi berkulit gelap,badan anak ummi berisi,malah keluarga kecil kami juga berantakan.Jadi pada siapa harus dia adukan,maka dia hanya memendam,dan akhirnya ditemukan lagu ni,atas bantuan guru bahasa inggerisnya,dia mencari maksud lagu ni,dan diberikan pada ummi,moga ummi tahu apa yang terbuka didalam hatinya selama ini.Banyak rupanya kesakitan yang anak ummi tanggung selama ni.allahu...

Ku mohon doa dari kalian,doakan kami terus kuat dalam menempuh ujian dan dugaan ini,moga kesakitan ini kian menghindari diri aku dan Widad,moga aku mampu dan terus kuat menjaga dan menyayangi harta pinjaman dari Allah ini.aminnn


Hopeful by bar and melody






Ummi sayang Widad.doa ummi moga suatu hari Widad kuat cekal dan jadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat,sayang,perpisahan kami bukan bermakna perpisahan untuk kamu.kami sayang kamu hingga hujung nyawa.

Share:

2 comments

  1. Kenapa la org sekeliling kejam buat widad macam tu kan..aunty doakan widad suatu hari nanti akan kekal cekal serta tabah, biar org buat widad..tp tp jangan widad buat org...semoga berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. bila manusia hanya pentingkan kejyaan dari akhlak yg mulia,u la jadinya,tq sis singgah blog hanie,nani hanie singgah blog.

    ReplyDelete