Logo KBBA

Gemuk...sampai bila?


Gemuk,gemuk gemuk
Bila la lemak lemak tepu ni nak hilang,macam-macam cara hakak buat,Diet ikut mr.google diet tak makan nasi,pergi gym,ambil pil kurus tak usah cakap la,beribu dah habis,tapi kurusnya tak jugak,hakak stress.Sedih giler bila ada yang panggil hakak makcik,sedangkan yg panggil macam tu lebih kurang sebaya je.

Bila orang terdekat berubah

My sis Before & After

Sampai la satu saat tu hakak tengok kakak hakak join satu program ni.memang nampak la perubahan kat dia.Hati mula la rasa tercabar,tak boleh jadi ni,kakak hakak yang anak lima tu dah makin kecik,makin solid,hakak ni pulak,macam makin di pam pam.hakak pun nak kurus juga.So hakak pun selidik la program yang dia join tu.
Berpandukan Mr.Google dan cerita kakak hakak,hati ni macam tertarik pulak nak join program ni.nak tau program apa?jom baca dekat bawah.

JK1M


Program yang dinamakan Jom Kurus 1 Malaysia ni dah hampir 4 tahun di Malaysia,ditubuhkan oleh Sir Kevin Zahri.Misi utama dah tentu la nak bantu orang gemuk macam hakak untuk mendapatkan berat badan yang ideal.Sihat fit dan cantik.
Sesi JK1M ni akan berjalan selama 6minggu,dalam 6 minggu ni,macam-macam la aktiviti yang dijalankan.Bukan setakat bersenam dan beriadah,tapi peserta juga akan di ajar tentang pemakanan.

JK1M DI KAWASAN ANDA

Hakak duduk kawasan Sabak bernam,terfikir jugak,macamana la nak join,Kuala Lumpur Sabak Bernam bukan dekat,jauh jugak.Lepas tu ada kawan bagitahu,cuba la masuk website jom kurus,banyak la kawasan yang ada bukan dekat KL je,lepas puas hakak belek website dan kawasan yang ada,akhirnya hakak tertarik dengan JK1M Kuala Kubu Bharu.Makanya hakak pun buat pendaftaran untuk turut serta dalam team budak hulu.
Nak tahu kenapa hakak tertarik dengan Kawasan Kuala Kubu Bharu.Di entri akan datang hakak ceritakan lagi okeh.

Sedikit Info Tentang JK1M1
  •  Lebih 200 lokasi yang terlibat dengan program JK1M,termasuk Sabah,Sarawak,Singapore dan Brunei
  • Ini merupakan Musim ke 10 dalam jangka masa 4 Tahun
  • JK1M bukan sekadar program menurunkan berat badan,tetapi JK1M juga mendidik kita untuk menjadi lebih sihat dan berkeyakinan dengan diri sendiri.
  • Sejak 2014,lebih 25,000 peserta yang talah berjaya menurunkan berat badan dengan pelbagai kisah yang hebat dan menarik
  • Tenaga pengajar terlatihdan bukan tangkap muat.

Nak Sertai JK1M?

Buat masa ni,pendaftaran dah ditutup,tapi jangan risau,JK1M ni akan dibuka lagi untuk next session 2018.So sempat lagi la kalau korang nak survey kawasan kawasan yang berdekatan dengan korang.
caranya :

Follow media sosial di

Website       : @cabaranjomkurus.com
Facebook    : @SirKevinZahri
Instagram   : @SirKevinZahri

psstt...doakan hati hakak kuat dan cekal ea..dah tak lalu nak bawak badan ni,penat dok sarung badan orang gemuk.Mana tau bila slim nanti orang ingat Widad tu adik hakak plak kan,hahaha.

Share:

2 comments