Logo KBBA

Bangi Wonderland Tak De Air??




Assalammualaikum semua,sihat ke?cantik betul cuaca hari ni,dah lama tak rasa terik matahari macam ni.Panas panas macam ni,dapat minum air jagung klebang sg.besar sedapp jugak kan hehehe,makan kuih cakoi plak perghh padu..Sebelum hakak merepek dengan lebih jauh lagi,hakak nak tunaikan janji hakak pada entri yang lepas.
Seperti yang dirancang minggu lepas,Hajat hakak nak bawak Widad ke taman tema air akhirnya tercapai jugak,dalam perancangan nak pergi bertiga,tapi tetamu jauh datang rumah,so hakak angkut la sekali,tq auntie As dan Uncle Zack,sudi memenatkan badan melayan kerenah ai.Nak tau Hakak ke mana?


Bangi Wonderland

Ye Bangi Wonderland menjadi pilihan hakak sekeluarga,Sepanjang 2 Tahun pembukaan Bangi Wonderland,yang terletak di Bandar Seri Putra,ni la kali pertama hakak ke taman tema air yang seluas 4.86 hektar ni,sebelum ni dengar cerita dari kawan kawan blogger je,akhirnya berjaya jugak hakak menjejakkan kaki ke sini.
Lepas beli tiket hakak singgah ke gift shop di sebelah Kanan pintu masuk,bukan apa,cover handphone kalis air hakak hilang,nak beli kat luar tak sempat,nasib baik dekat sini ada jual,tapi mahal sikit la.Segala urusan kat luar dah selesai,apalagi kami pun carik port la,Kebetulan kami sampai tu pukul 12 tengahari,so rilex bawah kemah sekejap,sambil dengar emcee berceloteh atas stage.
Siapa sangka,rupanya minggu tu,adalah hari terakhir Bangi Wonderland mengundang artis untuk hiburan kan pengunjung,Band kesukaan hakak plak tu,Khalifah dan Projector Band.Sambil makan sambil tengok persembahan artis,memang best.



Games
Seronok rupanya di Bangi Wonderland ni,banyak jugak permainan yang sesuai untuk kanak kanak dari umur 3tahun hingga seusia Widad,untuk orang dewasa pun ada tau.

~Kanak-kanak~

*Kids Adventure
*Body Slide
*Spiralex
*Insane Racer

~Dewasa(Extreme)~

*Water Cannon
*Wonder Loop
*The Fall
*Green Pearl
*Magic Funnel
*Boomeriang

Yang mana bawak baby tu,jangan risau korang boleh la bersantai dengan menyusur kat Typhoon River,Meander River atau korang boleh main ombak di Pirates Bay,atau merehatkan badan di Pirates Spa.

Water Pressure di Bangi Wonderland bermasalah?

Waktu Hakak post gambar di Bangi Wonderland,ada la beberapa orang kawan-kawan hakak yang pm,dok tanya okeh ke pegi sana,bukan dekat sana ada masalah air ke,okeh kat sini hakak nak bagitau ye,berdasarkan pengalaman hakak la,sepanjang hakak main di bahagian orang dewasa(extreme games) takde masalah langsung berkaitan pressure air ni,cuma bila korang main di kawasan yang tak sesuai dengan berat badan atau kawasan yang di khaskan untuk kanak-kanak,water pressure memang la tak selaju dan sederas tempat orang dewasa,dah nama pun permainan kanak-kanak kan,kang kalau air deras sangat bahaya pulak untuk anak anak kita.Tapi hakak main dekat Spiratax,insane Racer dengan body slide,ok je,cuma air tak selaju di kawasan extreme games la.So sebelum main sesuatu permainan tu,ada eloknya kita tahu,had berat badan untuk naik sesuatu permainan tu,kalau badan 80kg lepas tu korang main dekat gelongsor di kids adventure,memang tak bergerak la jawabnya.





Cerita dari Hakak

Korang gayat?tapi nak main jugak?hakak syorkan korang main Body Slide,memang best,sebab water pressure kat sini tak laju.

Jom berlumba,oyeah ni antara yang paling kerap hakak main,sampai krem kaki mendaki tangga hahaha.kalau datang dengan keluarga atau kawan kawan,cuba la main di Rider Racer,orang terakhir atau paling hujung sampai,kena belanja,nasib baik hakak tak kalah,selamat duit hahaha.



Melambung di udara,wow macam best kan,meh cuba water cannon,kalau korang nak tahu,water cannon ni hanya terdapat di Bangi Wonderland je tau.so kalau nak rasa jadi peluru,korang wajib cuba.


Hakak nak tanya,sila jawab dengan jujur okeh,pernah tak korang flush serangga di toilet?agak agak macamana la rasa kena flush kan,kalau korang nak tau macam mana rasanya kena flush,korang wajib meluncur di Green pearl ni.Memang best,rasa menyesal kalau main,tapi hati korang membuak-buak nak main lagi,tak percaya?meh datang Bangi Wonderland dan korang alaminya sendiri.satu pengalaman yang menarik tau.




Promosi

Korang,sepanjang cuti sekolah ni,Bangi Wonderland buat promosi tau,Harga tiket untuk 4 orang hanya serendah RM150.00 ntk hari Isnin hingga Khamis dan RM180.00 untk hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.Bukan tu je,Bangi Wonderland juga akan beroperasi pada setiap hari.Habis je cuti sekolah ni harga kembali seperti asal,nak tahu beapa boleh tengok dekat bawah:






Laman Sosial Bangi Wonderland
Untuk sebarang pertanyaan lanjut korang boleh hubungi talian di bawah dan boleh lah follow media sosial Bangi Wonderland.

Website

Facebook

Instgram 

Maps: 



#sedikit pesanan dari hakak buat korang yang belum pernah ke sini,ianya sesuatu yang berbaloi untuk di kunjungi,bersesuaian la dengan harga.

#pergi dan nilaikan sendiri,bukan dengar cerita orang dari mulut orang.

#taman tema air disini sangat sesuai untuk anak2 andai kata kalian dari golongan remaja yang meningkat dewasa,yang inginkan permainan yang lebih extreme dan dan giler-giler,ada baiknya kalian ke Sunway Lagoon,Sesuai la dengan bayaran dia kan.

ok tu je,kita jmpa lagi di lain entri. #muahciked

Share:

2 comments

  1. bagus entri ni. hehe. buat aku nk repeat lg kali ke 5..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ke 5?bestnya,aku pun rasa nak pegi lagi ni.seronok la plak..haha

      Delete