Meredah banjir menuju ke Tok Aman Bali Part 1
photo by Mr.Google |
Memalam ni tak de keje nak buat,hakak apalagi,dok belek album dan gambar-gambar lama yang ada dalam mr.lappy ni,mana yang tak berkaitan hakak nak campak masuk tong sampah.
Tiap gambar pasti ada kenangankan,tak kisahlah pahit atau manis,yang pahit kita cuba padamkan dari ingatan,yang manis kita simpan baik-baik,apapun semua tu dah masuk dalam lipatan sejarah.cewahh bermadah la plak.
Pengalaman buat aku
Tengah dok scroll gambar,keluarlah gambar-gambar waktu hakak dalam perjalanan ke Negeri Cik mek Molek,Kelantan.perancangan awal,nak pergi kenduri kahwin rumah staff kawan hakak ni,kalau tak salah berdekatan dengan nama tempat tu Pasir Putih dekat dengan Tok Bali,so kami pun amik homestay di kawasan Tok Bali je(dalam 10km macam tu).
Hujan Menyambut kedatangan Kami
konvoi 5bijik kereta,cuaca dari Sepang memang cantik,tak hujan,tapi masuk je kawasan Gua Musang,kami disambut dengan cuaca mendung dan hujan.Bukan setakat hujan,siap banjir lagi.first time tau pergi kelantan musim tenkujuh dan banjir ni,memang menakutkan la.
kalau banjir dekat Klang tu,kita boleh hadap lagi,paling tidak kereta je tenggelam,tapi kalau banjir kat kelantan,jangan buat main,kereta bukan takat tenggelam silap hari bulan,hanyut dibawak arus deras je nanti.Yang hakak ingat waktu kitarang lalu kilang bernas(tak ingat kat mana ntah,yang pasti kat kelantan huhu)Kilang tu banjir teruk.
Awan mula berarak kelabu |
menuju ke Gua Musang |
Jalan dah mula naik air |
Nasib baik la salah sorang member tu orang kelantan,so dia tau la jalan jalan tikus yang ada.tapi 3 4 kali jugak kami patah balik,sebab jalan tikus pun naik air.Walaupun bukan hakak yang bawak kereta,tapi seyes hakak dah rasa nak meroyan dok tengok jalan banjir.
Dugaan
Stress badan dah penat lesu.Kepala dah fikir cepat la sampai homestay hakakk nak tidooo,nak mandi semua bagai,seharian dok dalam kereta ni.Nak dijadikan cerita,Owner homestay call..'maaf azura,rumah akak naik air ni,jadinya homestay akak tu,akak tak dapat bagi sewa,sebab akak kena pindah kesana sementara air turun' perghhh hakak rasa macam nak makan orang dah ni,dah la hakak yang deal homestay ni,hakak tak kenal plak tu kawan2 member hakak,first time jumpa,matilanak.Terkezut member hakak tetiba dengar hakak menjerit,mak stresss.
Makanya kami berhenti dan bincang,nasib baik la dorang ni bekerja bawah link perhotelan,dorang dapat info,jalan Tok Aman Bali tak banjir,so cerita banyak pun tarak guna,kami call Tok Aman Bali dan buat 7tempahan bilik,settle masalah
Akhirnya
hampir 3jam meredah banjir,kami sampai jugak ke Tok Aman Bali,settle amik gambar sekeping dua,kami masuk bilik masing-masing,Melangkah je masuk bilik,terbang segala kepenatan,Dengan harga bilik yang tak sampai Rm200,kami disajikan dengan bilik nan indah.Siap bathtub babe,lake view lagi.cantik sangat,tapi tak larat dah nak meronda dekat luar,hujan pun tak berhenti lagi,so kami plan pukul lapan kami keluar makan,katanya nak makan pulut ikan bakar,ada 3jam lagi ni,makanya hakak bersantai merehatkan badan di bilik je.
Pulut Ikan Bakar
Tengah sedap tido aku rasa pintu bilik macam kena gegar terkejut beruk dibuatnya,rupanya member sebelah ketuk ajak pegi makan...seram hakak tau.Nasib dah mandi,tukar baju terus pegi lobi,semua dah berkumpul,cerita banyak pun tarak guna,jom pegi makan...hakak lapar..hahaha
Ni la rupa bentuk Pulut ikan bakar tu. |
Memang sedap menu malam tu,siap tapau bawak balik bilik lagi,teh ais dia pun power,padu baq ang..haha
Perut dah kenyang,badan dah penat,mata pun dah layu,makanya kita tido dulu,esok hakak sambung cerita pasal bilik dan gambar-gambar kami di Tok Aman Bali ok.
Nak tau cantik ke tak biliknya,tunggu di next entry.
1 comments
musibah tak dapat dielakkan, boleh enjoy sat sementara air surut, hehehe
ReplyDelete