Meredah Banjir Ke Tok Aman Bali Part 2

Penat tak tahu nak cakap,rasa nak baring nak tido je dah ni,dengan hujan yang tak berhenti dari tadi,confirm lena giler kalau tido ni.

Luas,Cantik dan Bersih

Sebaik melangkah masuk ke bilik,hakak rasa macam tak percaya je,betul ke ni bilik hakak,rasanya bayar tak sampai Rm200 pun.Tanya member dekat bilik sebelah,dia cakap rate di Tok Aman Bali memang macam ni.Wow hakak teruja,hilang terbang segala penat meredah banjir tadi.Biliknya cantik,sangat berbaloi kalau nak dibandingkan dengan harganya.

Boleh nampak apa yang ada dalam toilet tu haha

Buat ibu bapa yang bawak anak seusia Widad,memang sesuai menginap dekat sini,kalau hujan kat luar dan tak dapat terjun pool,suruh dorang berendam dalam bathtub je,Sambil tu kita pantau di sebalik cermin,tapi kali ni Widad tak ikut,so bathtub tu cuma jadi perhiasan la jawabnya.Insyallah ada rezeki dan masa nak bawak Nur Widad pulak.

Lake view Room
Bukak je tirai,boleh nampak tasik dekat luar tu,tapi sayang cuaca tak berapa cantik,so hakak terpaksa lupakan hajat hakak untuk bersantai dekat luar,dah sejuk beku dah ni.

Sesuai sangat kalau nak mengarang blog kan
Kalau datang atas urusan kerja,jangan risau,korang boleh siapkan kerja yang tertangguh dekat dlam bilik ni,Disebabkan hakak datang untuk meraikan perkahwinan kawan hakak ni,so hakak tak bawak la Mr.lappy.

Nampak tak bathtub tu?

Sambil mandi sambil tengok tv,hah gitu haha

Disebabkan hakak tido sesorang,apalagi,tido dengan buasnya la kan hehe

Katil dia empuk,terbenam rasanya,ni la punca hakak terlajak tido ni,haha.Kalau datang ramai-ramai boleh request extra bed,sebab bilik ni memang luas,kalau nak berhoneymoon pun sesuai sangat la.

Pool depan bilik je.
Keesokkan harinya,sebelum kami bertolak ke rumah kenduri tu,kami bersantai tepi kolam dulu,hat yang lelaki semua terjun tak ingat dunia,hakak nak terjun gak,tapi memandangkan tak de perempuan yang turun,hakak duduk la join dorang,membawang sekejap hahaha.

Hujan sudah turun.

Dan yang bestnya dekat sini,walaupun hujan,kami boleh berendam sepuashati tak de sorang pun staff Tok Aman Bali yang datang suruh kami keluar dari pool,geng lelaki apalagi,tunjuk skill,nasib baik widad tak de,kalau tak memang berendam sampai kecut la jawabnya.

Amboi bang,seronoknya berenang.

So buat korang yang plan nak ke Kelantan tapi tak tahu nak stay kat mana boleh la menginap dekat sini,Boleh booking secara online di Aplikasi Traveloka atau korang boleh hubungi terus talian kat bawah ni okeh.Cuti sekolah pun dh dekat ni,apalagi,jom la kita ber 'cuti-cuti malaysia'



Tok Aman Bali Beach Resort

Email : tabbrinfo@hsm.my

Address : Lot 6264 (1),
Pantai Bisikan Bayu,Semarak
16700 Pasir Putih,
Kelantan,Malaysia
Tel : 609 6918899
fax : 6096918890

Share:

1 comments