Laksa by Hanie Azura


Bahan-bahannya

Hakak memang penggemar laksa,berhantu kata orang,konon nak masak hari minggu yang lalu,tapi banyak undangan kenduri makanya baru semalam berkesempatan hakak buat laksa.
Buat korang yang baru nak belajar buat laksa boleh la cuba resepi dibawah,senang sangat,campak campak je hehe..cuma tang ikan tu je renyah sikit kerjanya.
Jom cuba buat sendiri.

Bahan-bahannya

Mee Laksa 2bungkus
ikan pelaling 1kg{rebus dan kisar}
ikan sardin 1kg {rebus dan kisar}
Bawang 8Biji {di kisar}
Cili padi 30biji {di kisar}
Timun
Asam Keping 5keping
Garam secukup rasa
Daun kesum Seikat
Bunga Kantan 3batang
Telur 10biji {direbus}

Cara caranya

*Rebus mee laksa bersama 2keping asam keping,kemudian toskan.(pastikan tidak terlalu kembang)

Cara memasak kuah laksa

  • Rebus Ikan pelaling dan Sardin,letak sedikit garam dan asam keping
  • Tos kan Ikan
  • Asingkan isi dan tulang ikan
  • Blander Isi ikan bersama air rebusan ikan
  • Blander Tulang ikan,dan tapis
  • Masukkan bahan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
  • Masukkan Asam keping Garam Daun kesum dan Bunga kantan.
  • Nak letak belacan pun boleh,tapi hakak tak masukkan sebab resdung sedang melanda
  • Rebus dengan api sederhana selama 1jam
settle untuk kuah laksa.
Bolehlah dihidang bersama telur rebus,cili potong dan timun.Tunggu apalagi,jom menjamu selera.


*1kg ikan = 4biji bawang merah bersaiz sederhana.
*Boleh juga menggunakan cili boh,ikut citarasa masing-masing.

Share:

7 comments

  1. Wowww dah jadi terapi ke? Heheh rajin gile

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai memang rajin hahaha,aura kak min dah melekat kat dlm diri zura ni haha.

      Delete
  2. wah..bestnya buat laksa sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zdatang rajinnya memang mcm ni,tapi bl time malas,pegi dapur pun menyampah haha

      Delete
  3. lama juga tak makan laksa ni.

    bukan faveret.

    tapi kalau jumpa, memang makan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila masak,orang suka makan.terasa di hargai hahaha

      Delete
  4. jmput join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete