Logo KBBA

Coco by Disney Pixar Cekalkan hati Untuk Cita-cita.


Mengisahkan tentang Miguel yang ingin menjadi seorang pemuzik yang hebat seperti Ernesto de la Cruz.Malangnya cita-citanya ditentang keras oleh keluarganya,dengan alasan keluarga mereka telah terkena Sumpahan.
Tapi kedegilan dan minat yang mendalam membuatkan miguel bertekad,tidak kira apa pun rintangannya,dia tetap akan menjadi pemuzik seperti datuknya.
Miguel ingin menyertai pertandingan yang di anjurkan di tempatnya,tetapi syarat utamanya,perlu membawa peralatan muzik sendiri,malangnya dia tidak mempunyai Gitar,
Miguel tekad cuba memcuri/meminjam gitar yang ada di makam pemuzik lagenda iaitu Ernesto de La Cruz.
Sebaik miguel memetik tali gitar tersebut,segalanya berubah,miguel bukan lagi di dunia manusia,tetapi di dunia orang yang telah mati,yang menariknya tempat tu indah sangat,berwarna warni.Dan di dunia orang mati tu jugak la miguel dapat bertemu Nenek makcik pakcik dan kaum kerabatnya yang telah mati.
Nak tahu apa yang terjadi pada miguel?dapat tak dia pulang ke dunia asalnya semula?Siapa Coco disebalik cerita ini,siapa datuk miguel yang sebenarnya?berjaya miguel memujuk keluarga untuk membenarkan dia menjadi seorang pemuzik?
Kalau nak tahu,korang wajib tonton cerita ini.
Ulasan hakak
Jalan cerita yang menarik,menonton cerita ini juga membuatkan kita bermain dengan emosi,mana tidaknya satu cerita yang mampu membuatkan kita berasa sedih yang meruntun jiwa,pengkhianatan seorang sahabat,dan yang paling hakak suka,banyak pengajaran dan teladan yang boleh anak kita contohi,tak lupa juga betapa banyaknya kisah kasih sayang sebuah keluarga yang cuba ditunjukkan di dalam movie coco by disney pixar ini.
Sangat sesuai untuk tontonan kanak kanak,usahkan kanak-kanak,orang dewasa pun patut tengok cerita ni,pengajarannya terlampau banyak,salah satu yang hakak nampak bila sahabat yang kita percayai menikam kita tanpa ada rasa bersalah.

So tunggu apalagi,tontonlah di pawagam yang berdekatan di tempat anda,hakak percaya kalian takkan menyesal.percayalah cerita kartun yang macam ni lagi banyak pengajaran dan menarik di tonton di bandingkan cerita cintan cintun dan samseng taik kucing yang makin melambak diMalaysia ni,yang bakal merosakkan minda anak-anak kita.

Share:

1 comments

  1. baru lepas tgok pengabdi setan
    lepas ni layan coco pulak

    ReplyDelete