Logo KBBA

movie kidnap,best ke??






kidnap,hakak rasa cerita ni dah keluar dekat panggung berbulan dah rasanya,cuma malam tadi baru hakak berkesempatan melayan movie.lakonan halle berry memegang watak Karla dan pelakon kanak kanak Sage correa sebagai Frankie,dah tengok so boleh la buat review sikit tentang cerita ni,tapi best ke?jom layan entri hakak tentang movie ni.

~Jalan Cerita~

Mengisahkan tentang seorang ibu yang kehilangan anak di salah sebuah taman permainan,macam mana si ibu bertukar watak,dari seorang yang sopan dan lembut,menjadi seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja semata mata untuk mendapatkan kembali anak lelaki tunggal kesayangannya,betapa bersungguh sungguh si ibu berusaha,mengejar penjenayah.bebagai halangan dan rintangan yang perlu di lalui oleh ibu terbabit.seyes weh,kalau benda ni jadi dekat diri hakak,pergh tak tahu la nak buat macam mana,mau kemurungan meroyan dibuatnya,tapi dalam movie ini pengarah cuba bawakkan sesuatu yang berbeza dan di luar jangkaan kita.



~Sudut Suram~

Cuma pada pandangan  hakak,movie bermula dengan scene yang agak membosankan slow,dialog terlalu banyak.Sampai hakak sendiri tertanya tanya,bila nak mula scene anak dia kena kidnap ni,dan hakak nyaris nyaris nak beralih arah ke scene lain,nasib baik la tengok dekat online,so hakak skip je terus cerita tu,terus lari ke scene Si ibu mengejar penjenayah yang menculik anaknya.scene action dia agak menarik,banyak juga yang membuatkan hati hakak suspen,so untuk menghilangkan hati yang gundah gelana hakak skip je movie tu...huhu.

~Pengajaran Dalam Cerita ini~

Sesibuk mana pun kita,berjalan sejauh mana pun,tolonglah,alert dengan keadaan sekeliling,terutama bila keluar di tempat tumpuan ramai dan kita membawak si cilik.Buat parents bila keluar dengan anak,simpan lah telefon bimbit tu,matikan seketika pun lagi bagus rasanya.

~Akhir kata~

hakak memang kaki movie,tapi untuk movie ni,hakak rasa hanya dari 5 bintang,movie ni hanya beroleh 2.5 bintang je.apa apa pun,citarasa setiap manusia ni berbeza,mungkin ada orang rasa cerita meletup kebabom,tapi pada hakak cerita hambar.maaf ye tu cuma dari pandangan peribadi hakak.

ok lah panjang dah hakak membebel,masa untuk tido,nanti nak bangun sahur lagi.nunite alls 😘😘

Share:

2 comments

  1. tak leh skrg tgk cite mak2 hilang anak ni,stress pastu nangis huhuuu

    ReplyDelete