kemunculan pertama "Wangikanlah Hatimu" dari Noraniza Idris dan Tyka


Sebut je nama Noraniza Idris @ Kak Ani,secara spontan hakak akan terbayang dengan persembahan entik dan unik dari beliau,terkenal dengan lagu berirama malaysia.Antara lagu yang selalu hakak dengar di corong corong radio macam lagu Awallah Dondang,Zapin Pusaka,joget dondang sayang,tapi yang paling hakak suka lagu Dikir Puteri dengan hati kama.


"Tawanlah jiwaku 
Bebaskan sayap juwita
turutlah janjiku
tinggalkan segenap lara"

Setelah sekian lama Kak Ani menyepikan diri,akhirnya Kak Ani ada khabar gembira buat semua peminat beliau.


Kali ini Kak Ani akan muncul dengan single terbaru yang di dendangkan oleh beliau sendiri bersama Tyka,Pesert rancangan 3 Juara,dan yang menariknya,Single terbaru ini akan didendangkan sewaktu grand finale 3 Juara serentak di media sosial hari Ahad ini 15 January 2016 


"Wangikanlah Hatimu"

Lagu terbaru Kak Ani dan Tyka berjudul "wangikanlah Hatimu" Seharusnya berkonsepkan Irama malaysia dan kali ini mengetengahkan genre Pop Tradisional dan Entik Kreatif,ditambah pula elemen Pantai Timur,Siam dan Sunda.Menarik kan
Lagu ini hasil ciptaan Ag coco,Amir Jahari(lagu) dan Ahmad Fedtri Yahaya (penulis lirik)
Single edaran dari syarikat Luncai Emas.








Noraniza Idris


Serba sedikit tentang Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris ;

  • 32 tahun pengalaman dalam industri muzik
  • Wanita pertama Pengasas Pop Tradisional semenjak tahun 1996 dan diiktiraf oleh Majlis wanita Johor pada tahun 2001
  • Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada tahun 2001 oleh kerajaan Negeri Pahang
  • Tokoh Budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak tahun 2014
  • Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademik,sahsiah dan kokurikulum kepada 19,000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang tahun 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Zapin Kita



Tyra


  • 17 tahun pengalaman dalam bidang nyanyian,seawal usia 5 tahun dengan lagu-lagu irama Ghazal dan Asli
  • Artis kelahiran realiti seiras seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro),Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib Juara terbitan RTM),3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
  • Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada dengan cara tersendiri
  • Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyikan lagu genre balada dan R&B dengan baik
  • Mudah mesra dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira batas usia 


So buat peminat Irama Malaysia terutama peminat Kak Ani,korang jangan lupa saksikan Program 3Juara di TV3 15 Januari 2016 tepat jam 9 malam,dan buat pertama kalinya Lagu Wangikanlah Hatimu akan dipertontonkan kepada umum.
Jangan lupa okeh.jumpa di Sri Pentas esok.



Nak dengar teaser lagu ni?
wangikanlah hatimu

Maklumat lanjut :

Youtube : 
Noraniza Idris Production Ventures

Page:
Noraniza Idris

Instagram:
@Noraniza idris

Laman Web :
Akar Zapin Kita

Share:

0 comments