Logo KBBA

FIM ASIA SUPERMOTO di SHAH ALAM


Picture by Mr.Google

Sabtu lepas hakak dan team kbba9 berpeluang menyaksikan sendiri perlumbaan FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016.Tak pernah terfikir pun nak saksikan perlumbaan SUPERMOTO ni,Selama ni hidup hakak banyak bergelumbang dengan perlumbaan kereta je...bukan tak minat pasal race motor ni,tapi takut nak tengok,mana la tau,kot ada yang tergolek terjatuh depan mata,seramm.Tapi sekali dah tengok,memang layan la,seronok tengok dorang terbang terbang.(macam motor cross tu).Dan yang paling pentiing perlumbaan ini selamat dan dilindungi insuran,sama sekali berbeza yang selulu kita tengok di Atas jalanraya okeh.

FIM ASIA SUPERMOTOR?




Buat korang yang blur pasal FIM ni meh hakak nak share serba sedikit apa yang menarik tentang perlumbaan kali ini.

FIM ASIA SUPERMOTO ni salah satu sukan di bawah THE FEDERATION INTERNASIONAL DE MOTORCYCLES atau lebih dikenali sebagai FIM
Perlumbaan kali ni merupakan perlumbaan musim ke empat(grand Finale)
Selain pelumba lelaki,ada seorang pelumba wanita yang mewakili pasukan dari Malaysia
Muhd Habibullah atau lebih mesra dengan panggilan Gabit telah mengharumkan nama Malaysia dengan menduduki tangga teratas untuk perlumbaan 2016

Bergambar bersama Pelumba dari Malaysia


PELUMBA WANITA

Siapa sangka dalam ramai ramai pelumba lelaki dari 18 negara ini terselit seorang pelumba wanita,Siti Fatimah Husna Muslim,berusia 25tahun tidak sombong dan yang menariknya beliau seorang Muslimah,dan mewakili Malaysia,tetiba impian Nur Widad untuk menjadi pelumba kereta terbayang bayang didepan mata hehe.


Pelumba Muslimah Siti Fatimah Husna Muslim

~AKHIR KATA DARI AKU~

Harapan dan pendapat hakak sebagai rakyat Malaysia,hakak harap,selepas ni tempat sebegini akan dibuka lebih banyak.Mungkin dengan adanya tempat macam ni gejala rempit di atas jalan raya akan berkurangan,bukan sekadar banyak,tapi biarlah mudah untuk golongan muda menyertainya.Dari apa yang hakak nampak dan dengar dari golongan mat rempit ni,mereka minat berlumba,tapi tak de tempat kalau ada pun bayarannya terlalu mahal,maka dorang lepaskan hobi mereka diatas jalanraya,walaupun mereka tahu risiko untuk mati katak itu besar.Bukan setakat merbahaya pada mereka,tapi juga pada pengguna jalanraya yang lain.

Sebelum hakak mengundur diri,hakak sajikan gambar sepanjang berada di perkarangan Perlumbaan ...




Jackie Chan dah tukar tukar bidang hehehe

Dah saa gelap dengan wall paper tu huhu




Share:

2 comments

  1. hebat² pelumba² Malaysia terutama pelumba wanita tu. memang respeklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..siapa cakap perempuan xmasuk sukan extreme.

      Delete