Betapa kalutnya aku hari ni.

Lega dah sampai...eh tapi betul ke ni tempatnya...
"Korang nak tanya,TBS ni yang dekat bulatan pahang tu ke?"
"Kenapa baru hari ni nak tanya?TBS tu dekat bandar tasik selatan"
Ya ampun,matilanok,dengan over konpiden je aku rasa aku orang first yang sampai,sekali salah tempat la pulak.Jam dah pukul 7.30 petang,terang terang la jalan jam.Nasib baik la Mr.Hati yang hantar,dia temankan ambil komuter dan terus menghala ke Bandar Tasik Selatan,again salah stesen pulok,Mr.Hati confius,Salak Selatan dengan Bandar Tasik Selatan,maka berhuhu la kami menunggu train lain untuk ke Bandar Tasik Selatan,tepat jam 9.30malam aku sampai TBS,sekali handphone pulak putus nyawa,dah jenuh nak mencari geng yang lain,berlegar legar aku kat TBS tu.Nasib baik jumpa,jam 10 malam kami naik bas,elok je masuk bas,nak caj hp,power bank pulak buat hal,nak caj dekat mana ni,ada plug point,plug point pulak rosak,haish macamana ni,nak dijadikan cerita,bas berhenti dekat rnr Rawang,waktu bas nak gerak,co pilot cek penumpang cukup ke tidak,aku apalagi
"Bang,plug point ni tak boleh pakai ke?"
"Owh,rosak kot dik,cuba cucuk kat plug tepi kerusi ni"."owh terina kasih bang" la ada plug lain ke?kalau aku tau,awal² lagi aku dah caj hp.(padan muka sapa suruh tak cek kan,hahaha)
Dan akhirnya,sekarang ni aku duduk dengan tenang dekat dalam bas ni,gila kalut aku hari ni,pestime pegi travel jejauh macam ni naik bas.Harap² aku dan team kbba9 yang 10 orang ni selamat pergi dan balik.
Buat Mr.Hati terima kasih sudi hantar ai,dan sorry tak dapat nak calebrate besday awak hari ni,nanti saya beli hadiah special untuk awak okeh.

Share:

0 comments