Teh Tarik Ais Madu,wajib cuba.

Fuh penat betul hari ni,walaupun dok dekat JPAM je tak buat pape dan duduk saja,tapi cuaca panas hari ni buat aku letih dan dahaga giler,di tambah lagi dengan tak sahur pagi tadi,erm...mula la fikiran dok hasut suruh buka,no no no,kena kuat semangat,bukan setakat besar,dah tua bangka pun huhu...tengah lepak sambil borak-borak tetiba wassap berbunyi,amboi rancak sungguh dorang bersembang,baru pukul 2 dah cerita juadah berbuka sabo jela,nasib tak lapo...
Bila masing-masing dah bercerita pasal menu,aku pun dok teringat la pasal semalam.al kisahnya mencari juadah berbuka dekat Bazar Ramadhan dekat sana,berjalan la sepanjang bazar,tapi tak de satu pun makanan yang menarik perhatian aku,tiba-tiba lalu la dekat satu lorong ni,haish...baru tengok dah tergoda nak tau apa bendanya?jom usha kat bawah ni.



Jus Mangga,erm sedapnya...meleleh air liur den...tanpa berlengah aku pun pegi la beli,satu beg plastik besar RM3 je,nampak macam pekat,nak rasa tak boleh,puasa kan.
Lepas beli air mangga aku jalan lagi,alamak air wajib aku setiap kali bulan ramadhan lupa beli,so teruskan berjalan,dari jauh dah nampak orang beratur,Alhamdulillah,makin murah rezeki brader ni.nak tau air apa yang aku maksudkan?tengok kat bawah heee



Ini lah air yang aku maksudkan tu,Teh tarik ais madu,masuk tahun ni,tahun ke tiga aku jadi pelanggan tetap abam ni,tiap kali ramadhan,ni salah satu minuman wajib bagi aku,hee.
Air teh tarik ni,berbeza dengan teh tarik dekat kedai mamak tu tau,teh tarik ni,kaw memang urmphh.Teh nya rasa,manisnya rasa,madunya pun rasa,memang kena sangat la dengan tekak aku.kalau tak sedap orang tak beratur kan hee.
Sampai je waktu berbuka dimulakan dengan bismillah,aku pun tuang la air mangga yang aku beli tadi,erm...hakak bagi 4bintang dekat kau dik,memang sedap,terasa mangganya,macam makan buah mangga pun ada.dan tak lupa jugak dengan air teh tarik ais madu tu,alhamdulillah aku salute la dengan abam ni,walaupun dah meniaga dari tahun 2013,tapi rasa sama.bukan senang nak jumpa peniaga melayu macam ni kan.m alah harga pun sama RM3 jugak.Disebabkan hari ni berbuka kat luar,esok wajib aku terjah lagi.
Apa apa pun,aku harap lebih ramai peniaga melayu yang ikut jejak adik dan abam ni,berniaga bukan hanya untuk kaut keuntungan,dalam masa yang sama,kualiti dan kebersihan tetap terpelihara.
Buat korang yang terliur dengan air mangga dan teh tarik ais madu ni,boleh lah terjah ke bazar ramadhan Sabak Bernam,dekat tapak pasar malam jumaat.aku jamin korang takkan menyesal,insyallah.ingat,berbelanja jangan ikut nafsu okeh.๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜tata.




Share:

3 comments

  1. Macam sedap je. Teringin nak try

    ReplyDelete
  2. teh tarik madu... best niey... nak try la nanti.. hihi

    ReplyDelete